Part2-First🍦

251 8 0
                                    

Hadiff P.O.V
"Ha Azref mana graphic designer yang aku  suruh kau uruskan?"aku bertanya kepada secretary ku."Oh, aku dah call dia semalam. Kejap lagi sampai lah tu"jawab dia perlahan."Okay suruh dia masuk dalam bilik aku as soon as dia sampai"kataku lalu mengatur langkah ke bilikku.

Azref P.O.V
"Uish memang angin tak baik si Hadiff ni. Haih nasib badan lah girlfriend dah pergi jauh"aku mengomel sendiri. Bukan aku tak kenal si Hadiff tu. Dah kawan dengan dia dari sekolah menengah. Aku pilih bekerja bawah dia pun sebab aku ada minat yang sama dengan dia. Main skateboard. That's why lah dia buka syarikat ni yang buat design for skateboard collaborate dengan syarikat besar from oversea. Vans Malaysia dia lah yang pegang."Hoi,menung apa hah"tegur Zulfa salah seoarang staff from bahagian pemasaran."Ish sibuk lah kau ni"kataku dan buat dia ketawa. Zulfa ni macam tomboy sikit. Budak skate jugak."Weh aku dengar cerita graphic designer kita dah berhenti kerja betul ke?"tanya Zulfa."Tahu je kau ni."kataku pendek."Haruslah, girlfriend boss tu. Siapa taknak ambil tahu"kata dia lagi.

"Dah lah kau. Pergi sambung kerja. Kang boss keluar baru tahu"ugutku."Yelah aku chao dulu"kata Zulfa lalu meninggalkan aku. Baru sahaja aku nak sambung kerja ada orang menyapa aku."Good morning." sapa seorang gadis bertudung kelabu dengan vans dadu."Ha morning ada apa yang saya boleh bantu cik?"tanyaku."Awak Azref ke?Saya Arisha yang awak call semalam"kata dia lembut.Ya Allah,macam mana aku boleh lupa hari ni new graphic designer baru nak masuk."Oh sorry saya lupa. Cik Arisha Sofia kan?Okay jom kita jumpa boss"kataku lantas mengajak Arisha ke arah pintu bilik Hadiff. Aku mengetuk pintu dan Hadiff mengarahkan aku masuk."Boss, new graphic designer dah sampai"kataku."Suruh dia masuk"Hadiff jawab singkat. Aku menoleh ke belakang dan menyuruh Arisha masuk ke bilik Hadiff.

Arisha P.O.V
Fuh siapa je tak berdebar oi first time masuk kerja. Aku mengatur langkah ke arah meja bossku setelah Azref menutup pintu bilik ini. Aku langsung tak pandang muka lelaki di hadapanku ini."Have a seat"arah dia tegas.Aku duduk dan hanya berdiam diri."Okay, I'm Mr.Hadiff your leader, so Miss Arisha Sofia welcome to my office. I dah baca your portfolio and malas nak tanya any question lagi."kata dia dan aku hanya mengangguk."My expectation tinggi cause you're pelajar lulusan university from oversea"kata dia lagi."Thank you, I'll do my best"aku jawab dengan yakin.Dia hanya tersenyum nipis."Okay but boleh kan kalau I nak ber kau-aku dengan you sebab starting from today kita akan banyak buat kerja sama sama"kata dia dan aku mengangguk lembut. Tak kisah pun aku lagi suka.

"Sure,awak boleh ber kau-aku dengan saya but saya akan ber awak-saya dengan awak as rasa hormat saya"kataku."Sure then"kata dia dan mula mengalihkan pandangan ke luar tingkap."Ingat, aku orang terpenting dalam syarikat ni but kau orang number 2 penting. Kau tak perform,nama aku akan buruk sekali. So, please dengar cakap aku"kata dia sambil menatap tepat ke anak mata coklatku. Aku menelan air liur dan hanya mengangguk."Okay kau boleh start kerja sekarang"kata dia dan mula menatap screen MacBook dia. Aku termanggu. Apa benda yang mamat ni nak suruh aku buat sebenarnya?Haih. Aku mula mengatur langkah untuk keluar dari biliknya.

"Ha bilik kau dekat depan meja Azref tu"kata dia dan terus menyambung kerja dia. Aku keluar dari bilik dia dan masuk ke bilik yang dia maksudkan tadi. Aku agak amaze lah jugak dengan bilik ni. Agak besar and selesa. But why ada barang atas meja ni sume macam ada orang duduk je. Aku mula pelik. Takut pulak aku salah masuk bilik orang lain. Aku mengatur langkah untuk bertanya Azref."Azref, bilik ni saya punya ke?"kataku.Azref mengangguk."But why ada barang atas meja"kataku. Azref  menepuk dahi dia. Aku kaget.

"Ohhh sekejap ye Miss Arisha"kata dia sambil membawa kotak dan melangkah ke bilikku."Sorry ye saya lupa nak kemas. Lagipun our old graphic designer pun berhenti kerja mengejut."kata dia sambil memasukkan barang barang ke dalam kotak."Kenapa dia berhenti?"tanyaku."Oh dia ada family prob"jawab Azref polos."Ohhhh"aku menjawab panjang."Okay lah Miss Arisha saya keluar dulu"kata Azref setelah selesai mengemas barang."Okay but Azref tak payah lah nak ber miss dengan saya panggil Arisha je"kataku dan Azref hanya tersenyum sambil mengangguk."Okay Arisha"kata dia dan berlalu keluar.

Aku menatap screen computer yang memang dah disediakan di atas meja dengan pandangan kosong. Aku mula mengeluarkan sketch book aku yang memang dari zaman belajar tak boleh tinggal. Banyak jugak design yang aku dah buat. Aku mula masukkan design yang aku simpan dalam pen drive ku ke dalam computer di hadapanku ini. Aku buat folder baru untuk organize kerja kerja aku. Sedang aku leka,seorang lelaki menerjah masuk ke dalam bilikku. Agak terkejut jugak aku. Siapa lah yang kurang ajar sangat tak tahu nak ketuk pintu dulu. Baru sahaja nak marah, terus terbantut bila bossku yang masuk.

"Ikut aku"kata dia pendek. Aku terus mengambil notebookku dan mengikut langkah dia. Jalan dah lah bukan main laju. Aku sibuk mengutuk dia dalam hati sampai tak perasan dia dah berhenti dekat depan aku. Baik tak terlanggar lah. Lahmak."Apa yang kau mengomel dari tadi?Dah masuk"kata dia yang sedang membuka pintu satu bilik di hadapan kami. Aku hanya menurut. Wah lawa gila ruang ni. Ada banyak skateboard yang disusun kemas di rak.

"Kau tak payah nak buat muka jakun sangat. Ni antara design yang syarikat kita dah pernah buat. Aku nak kau tengok betul betul. Lagi 3 bulan akan ada pemilihan the best design from Malaysia untuk skate terbaru 2018. Aku taknak kita kalah. Syarikat kita dah menang 5years berturut turut."kata dia dan aku mengangguk. Wah hebat jugak dia ni.

"So, aku nak kau buat design yang tak pernah ada dalam bilik ni. Aku nak new idea"kata dia lagi."In sha Allah"jawab aku pendek."Okay good. Kau pergi tengok design yang ada"arah dia dan aku mula meneliti setiap skateboard yang ada. Nak dekat setengah jam jugak lah aku dalam bilik ni."Dah?jom keluar."kata Hadiff dan kami melangkah keluar.

Sebelum aku masuk semula ke bilikku Hadiff sempat cakap "3 months ada 90 hari, aku nak tengok satu hari satu design everyday before kau balik"kata dia dan terus melangkah ke bilik dia. Nenek dia lah ingat aku apa. Aduhai nasib badan. Azref yang dengar perbualan kami membuat muka kesian dekat aku. Aku hanya tersenyum lemah.

crazy yet trueWhere stories live. Discover now