Part15-Happy?🍦

87 3 5
                                    

Arisha P.O.V
Serious lah dah lama tak datang Australia ni. Dulu selalu juga sebab abang dulu study sini. Banyak juga tempat yang dah sebati dengan aku. Aku kalau ikut kan nak pergi Italy tapi masih tak berkesempatan. Rindunya tempat belajar aku dekat sana. Nantilah if ada rezeki pergi sana ajak ibu and ayah."Hai Arisha, menung je dari tadi"tegur Kak Yasmin masa kami tengah syok shopping.

"Eh mana ada kak"kataku lembut."Arisha ada nak beli apa apa ke untuk ayah ibu?"tanya Kak Yasmin."Oh memang ada. But the most important thing is Arisha nak cari kan colour pencil untuk anak murid Arisha dekat orphanage tu"kataku laju."Oh kalau macam tu jom lah kita pergi tempat stationary"ajak Kak Yasmin sambil menarik tanganku. Aku hanya menurut. Alhamdulillah, barang barang yang aku nak cari semua ada.

Barang untuk ayah dengan ibu pun dah beli."So,Arisha balik Malaysia bila?"tanya Kak Yasmin sambil menikmati ice cream gelato dia."Em tak tahu lah kak. Ni dah masuk seminggu kat sini. Tengok lah lagi 2 or 3 hari lagi"kataku lembut."Okay sayang, nanti apa apa bagitahu akak. Akak boleh uruskan pasal ticket semua"kata Kak Yasmin lembut.

Arash P.O.V
Aku masih ragu ragu dengan kedatangan Arisha ke Australia. Dia nampak tak begitu happy pada mata aku. Memang lah hari hari dia ketawa semua, nampak macam happy. But aku tahu dia tu macam mana. And now aku officially dekat Istanbul. 3 days dekat sini tak dapat nak spent time sangat dengan Arisha.

Semalam, Hadiff ada call aku. Aku terkejut jugak sebab dah lama tak contact dia. Hadiff ada tanya keadaan Arisha dekat sini. Jujurlah, aku nak sangat lelaki macam Hadiff ni yang kahwin dengan Arisha. Bukan nak menjodohkan orang tapi aku nampak sangat Hadiff care pasal Arisha just Arisha yang nampak macam malas nak layan. Haih Arisha Sofea, asal lah kau tolak tuah?

Arisha P.O.V
Aku bangun pukul 3 pagi macam biasa. Semenjak hari Hadiff datang dekat airport hati aku rasa tak tenang. Kadang kadang sampai termimpi mimpikan dia. Allahu, asal lah hubungan aku dengan dia boleh jadi sampai macam ni. Hmmm. Aku tepis laju laju perasaan ni dan menjalankan rutin harianku untuk qiamulail. Rasa tenang sikit hati ni bila dapat buat.

Rasa nak tambah lagi ketenangan yang ada, aku capai tafsir al-Quran yang ayah hadiahkan masa birthday aku time aku form 2. Aku mengaji sehingga lah masuk waktu subuh. Selesai solat, aku keluar dari bilik untuk bantu Kak Yasmin di dapur. Waktu macam ni selalunya Kak Yasmin dah bangun. Abang still tak balik lagi. Bosan lahai husband pilot ni. Mintak jauh lah.

"Eh morning sayang"sapa Kak Yasmin yang sedang membancuh air Nescafé."Morning kak"aku balas dengan senyuman."Hari ni akak buat pancake je untuk breakfast. Takpe kan?"tanya Kak Yasmin."Eh takpe lah. Makanan yang akak buat semua sedap. Untung abang ada wife macam akak ni tau"kataku lagi."Ada je tau Arisha ni"balas kak Yasmin malu malu. Baru sahaja nak sambung berbual handphone Kak Yasmin berdering. Kak Yasmin laju mengangkat call.

Aku hanya diam dan menikmati pancake buatan dia. Tiba tiba Kak Yasmin datang dengan perasaan kalut."Ya Allah, kak kenapa ni?"tanyaku."Abang Arash call tadi"jawab kak Yasmin."Kenapa dengan Abang Arash?Dia okay tak?"tanyaku sebab risau."Dia okay just"kata Kak Yasmin lagi."Just apa kak?"tanyaku seakan tak sabar."Ayah accident last week"kata Kak Yasmin buat aku terkejut."Apa?Asal baru hari ni nak bagitahu. Ya Allah"kataku."Itulah, abang kata ibu tak bagi bagitahu Arisha"kata Kak Yasmin lagi.

"Ya Allah, kalau macam tu Arisha balik Malaysia today lah. Ibu sorang sorang dekat sana"kataku kalut."Hah tulah akak rasa better Arisha balik hari ni. Ticket flight abang Arash dah uruskan. Arisha balik dulu, esok lepas Abang Arash sampai sini kita orang terus balik Malaysia okay"kata Kak Yasmin panjang lebar."Okay kak Arisha packing baju dulu"kataku dan melangkah ke bilikku dengan laju.

Kak Yasmin P.O.V
Aku menghantar Arisha ke airport. Memang agak tergesa gesa. Harap harap lah ayah mertuaku tak apa apa."Arisha gerak dulu ye kak"kata Arisha dan memelukku lembut."Okay have a safe flight sayang. Nanti dah sampai terus call akak and inform macam mana keadaan ayah k?"kataku sambil memegang tangan Arisha. Arisha mengangguk dan mula melangkah pergi meninggalkanku. Bila tubuh genit Arisha sudah hilang dari pandanganku aku terus melangkah keluar dari airport.

Azref P.O.V
Macam orang hilang hala tuju aku tengok si Hadiff ni. Hari hari mood tak baik. Asal aku tanya kenapa dia taknak jawab. Tapi aku dapat agak. Mesti pasal Arisha. Dia tak sempat nak dengar Arisha maafkan dia. Kalau aku pun tak senang duduk. Nak tidur pun tak lena. Tapi nampak lah perubahan positif Hadiff. Every weekend dia akan penuhkan masa sama ada skateboarding or if ada ceramah dekat mana mana masjid mesti dia pergi. Kadang aku join dia jugak tapi Hadiff memang tak pernah missed. Sejuk sikit ah mata tengok dia macam tu. Dah perfect untuk ada isteri.

"Azref"sapa Hadiff perlahan."Ye boss?"aku tanya dia."Hari ni aku ada berapa meeting?"tanya dia."Oh hari ni ada 5 meeting"jawabku polos."Kau cancel semua. Aku rasa tak sedap badan lah"kata Hadiff sambil membuat muka. Hekeleh alasan je tahu."Baik boss. But boss"kataku dan Hadiff berhenti melangkah. Dia baru nak masuk ke bilik dia."Apa dia?"tanya dia."Kes Arisha tu kan dah selesai kan?And Mr.Simpson dah declare syarikat kita yang akan pergi ke New York"jelasku.

Terpancar sikit kegembiraan dekat muka Hadiff kalau tak macam orang kene sampuk je."Seriously?Oh bagus lah macam tu"kata dia dan aku menunjukkan thumbs up pada dia."Tapi kalau Arisha ada mesti lagi best. Kalau tak sebab kan dia mesti kita tak dapat project ni"tambah Hadiff lagi. Alolo sayu aku dengau. Kemahen lah dua dua ni. Kalaulah aku ni tok kadi dah lama aku nikahkan dua dua."Hoi kau dengar tak aku cakap apa"kata Hadiff di depan aku.

"Dengar. Pasal Arisha kan"jawabku polos."Dah habis lah bab tu. Kau berangan apa hah?Zulfa eh?Tahu lah dah nak kahwin"duga Hadiff."Eh jangan nak macam macam eh"jawabku dan Hadiff dah mula buat muka annoyed. Baru sahaja Hadiff melangkah masuk ke dalam bilik dia, buah hati pengarang jantung aku pun sampai. Siapa lagi kalau bukan Zulfa yang si Hadiff mention tadi. Zulfa dah tak boyish. Bertudung litup dah sekarang. Tertarik dengan cara Arisha katanya.

Aku pun biarkan jelah sebab benda baik kan?Hehe tak sangka lah aku dengan dia dah nak kahwin dah. Selama ni dok kenenkan Hadiff dengan Arisha last last kitaorang kahwin dulu sebab Hadiff dengan Arisha ni dua dua ego melangit. Tengok aku dengan Zulfa, bila dah confess terus masuk meminang, tunang and on the way nikah hehe.

crazy yet trueWhere stories live. Discover now