Arisha P.O.V
Aku dah fikir habis habisan. Nak pergi office hari ni. Aku kuatkan je hati nak hadap manusia manusia dekat sana. Yang paling aku takut si Hadiff lah. Aduh harap harap lah mamat tu dah okay. Aku melangkah keluar dari lif menuju ke pejabat Azref dan Hadiff. Suasana lengang je. Tapi aku nampak Azref sedang membuat kerja. Kusyuk benau mukanya."Assalammualaikum"sapaku dan buat muka Azref bersinar tanda gembira jumpa aku balik. Lol lah dia ni."Waalaikumussalam.Arisha!"kata dia sambil tersenyum manis."Ha Azref, awak free tak?Saya nak tanya awak something"kataku sambil mata ligat memandang ke arah bilik Hadiff. Mana tahu mamat pelik tu tiba tiba keluar ke, memang mati kutu aku."Sekarang?Free je. Jomlah pergi tempat biasa"kata Azref sambil tutup laptop dia. Lalu kami berdua bergerak ke rooftop. Sampai je, aku rasa tenang sangat. Teringat moment kiteorang lunch sama sama. Moment Hadiff skateboarding dengan Azref bila ade free time. Angin bertiup lembut menyapa kulit mukaku. Nyaman.
"Ha Arisha, ada apa datang sini?Lama lah wei tak jumpa"kata Azref mematikan lamunanku."Hah tulah, saje datang"kataku lembut."Yeye je, rindu Hadiff lah tu"kata Azref mula dah nak mengejek. Aku buat muka tak puas."Mengarut je"kataku laju."Haha kalau bukan sebab tu apa benda pulak"tanya Azref lagi."Tahlah Azref, dah dekat 3 bulan saya berhenti kerja tapi saya still tak tahu apa yang jadi dengan kes design tu"kataku dan Azref dah mula senyum.
"Gotcha!Agak dah mesti pasal ni. Saya nak call awak untuk bagitahu but operator cakap your number dah deactivated"kata Azref. Aku senyum
"Tulah, phone saya rosak tu yang terus tukar number baru"kataku polos."Oh I see. Tapi serious lah wei, kes ni banyak sangat drama"kata Azref buat aku lagi teruja nak tahu."Kenapa?Tell me lah"kataku."Haha benda now awak memang tak salah. Ada orang dah curi design awak"kata Azref buat aku berkerut."Curi?How can?Saya jaga punya jaga tahu semua data dalam computer dalam bilik saya tu"kataku pada Azref."That's it. Cip dalam computer tu ada orang manipulated"kata Azref buat aku lagi bingung."How can-"kataku lagi."I know awak mesti wonder kan macam mana orang tu boleh buat. But benda ni takkan boleh jadi melainkan owner computer tu sendiri yang buat"kata Azref lagi.
"Maksud awak?The old graphic designer?Miss Azalea?Girlfriend Hadiff?"tanyaku bertalu talu."Exactly!But she's not Hadiff's girlfriend lah. Now she's currently in relationship with Harris"kata Azref buat aku shock gila. Wow interesting. Tak sangka pula aku korang yang aku adore sanggup buat kerja macam ni."Tapi bukan diaorang dah get back balik ke lepas Hadiff pecat saya?"tanyaku inginkan kepastian."No lah, they just pergi lunch everyday together but tak couple pun"kata Azref dan aku hanya mengangguk lemah. Kesian Hadiff.
"Mesti awak tak sangka kan?"tanya Azref.Aku menggangguk."Haha jangan lah shock sangat,sebab tu kita tak boleh senang senang nak percaya kat orang or jangan ingat orang yang sayang kita tu baik and orang yang nampak macam tak care dekat kita tu jahat"kata Azref sedikit sebanyak membuka mindaku. Aku terdiam.
"Mana Hadiff?Dia ada kat bilik dia tak?"tanyaku tiba tiba. Azref tersenyum nipis."I'm sorry to say this, but Hadiff takde kat office and takde kat Malaysia now"kata dia buat aku desperate nak tahu keberadaan Hadiff."Dia pergi mana?"tanyaku."Dia bawak parents dia pergi umrah. Tapi dia balik dalam minggu ni rasanya"jawab Azref singkat buat aku rasa lega. Ingatkan Hadiff pergi mana.
"Oh, so nampaknya saya tak dapat nak jumpa dia lah today"kataku sambil melepaskan keluhan berat. Azref ketawa kecil sambil menggelengkan kepala dia."Why awak ketawa"tanyaku."Takdelah, korang berdua ni, asal salah seorang nak ajak jumpa mesti salah seorang takde kat Malaysia"kata Azref."Takde jodoh macam ni lah"kataku seakan pasrah.
"Haha frust nau bunyi. Hah by the way jangan lupa datang my wedding weekend ni"kata Azref buat aku terkejut."Wah nak kahwin dah?Dengan siapa ?"tanyaku."Zulfa"jawab Azref buat aku menepuk tangan."Agak dah korang memang love each other. Congrats!"kataku."Haah, Alhamdulillah.Minggu ni turn saya, mana tahu minggu depan turn Arisha dengan Hadiff pulak"kata Azref buat aku rasa nak marah dia tapi aku hanya tersenyum kecil.
Hadiff P.O.V
Alhamdulillah,dapat juga bawa mama and papa pergi umrah sama sama. Tak pernah terfikir dek benak aku akan dapat peluang ni seawal umur aku macam ni. And jujur, dulu aku agak lalai dengan duniawi sampai lupa bab bab akhirat ni sume. Tapi tah lah, lepas kenal Arisha and family dia, macam dapat hidayah nak kembali pada jalan Allah.Alhamdulillah, bersyukur sangat Allah pertemukan aku dengan keluarga orang yang baik baik pada waktu aku masih muda ni. And apa yang jadi pada syarikat lately ni buat aku rasa nak muhasabah balik diri ni. Mungkin aku terlalu leka nak kejar harta dunia sampai kadang kadang mengabaikan apa yang Allah tuntut. 2 minggu dekat tanah Haram sangat buat aku rasa dekat dengan Allah.
And the most important thing,ada orang tersayang di sisi aku. Memang berat hati lah nak tinggalkan tempat paling suci dalam dunia ni. Tapi apakan daya, aku still banyak kerja yang nak diselesaikan dekat Malaysia. So, hari ni dah gerak balik.Mama and papa pun nampak sedih je. Aku rasa bersyukurlah sebab dulu mama dengan papa pun agak kurang dengan bab bab agama ni.
Tapi, orang kata sekejap je Allah boleh ubah hati hamba-Nya, sama ada ke arah yang baik atau yang buruk. Alhamdulillah, kami sekeluarga terpilih untuk berubah ke arah yang lebih baik. Aku harap dapat terus istiqomah dan bukan berubah atas sebab harta, takhta mahupun wanita kerana itu semua mainan dunia yang akan merosakkan saham akhirat kita.
![](https://img.wattpad.com/cover/118528129-288-k664813.jpg)