Melbourne, Australia
Keindahan kota Melbourne itu membuatkan dirinya merasakan tidak mahu pulang ke tanah airnya. Setelah bertahun-tahun tinggal di Melbourne, Australia dia merasakan bahawa hatinya sudah sepenuhnya berada di negara itu. Akan tetapi dia juga tidak meluparkan tanah airnya. Di mana, dirinya dikahirkan.
Dia menikmati keindahan itu dengan sepuasnya, kerana selepas ini ianya akan menjadi sebuah kenangan sahaja. Walaupun dia akan pulang ke tanah airnya, segala memorinya tidak akan hilang begitu sahaja. Namun, ianya akan kekal tersemat di dalam lubuk hatinya.
Fokusnya terganggu apabila dia merasakan sakit di bahagian belakang akibat dipukul oleh sesuatu
Buk...
" Adoii sakitlah ! " jerit Amyra sambil menggosok belakangnya lalu memandang ke arah si pelaku.
" Sorry " kata si pelaku . Dia yang melihat Amyra di dalam keadaan sakit itu terus berasa bersalah kerana semua ini berpunya daripada dirinya sendiri.
" Abang nak apa kacau Amyra ni ? " Tanya Amyra geram
Lelaki itu terdiam seketika. Soalan yang diajukan oleh gadis itu terhadap si dia dibiarkan berlalu begitu sahaja kerana si dia sedang ralit memandang muka Amyra yang bakal dia merindui dan meamati muka gadis itu. Dia bakal merindui gadis ini kerana celotehan dia. Tika dia sedih dulu, gadis ini yang selalu bersamanya tak kala susah dan senang .
Walaupun mereka seperti anjing dengan kucing, akan tetapi gadis ini amat memahaminya. Walaupun beza umur mereka hanyalah 3 tahun tapi bukan penghalang untuk mereka berkawan. Amyra adalah diantara sepupunya yang paling rapat bersamanya . Sesungguhnya dia sudah jatuh cinta terhadap gadis ini akan tetapi waktu tidak mengizinkannya. Dia hanya mampu mendoakan yang baik-baik sahaja.
Soalan yang ditanyakan oleh Amyra tadi dibiarkan berlalu begitu sahaja. Amyra berasa sangat geram dengan itu dan dia terus " Kasyaf kenapa ni? " kata Amyra kasar sambil menarik telinga Kasyaf. Ya nama lelaki itu Adalah Putera Kasyaf
" Aduiii sakitla weyyy ! " rengek Kasyaf sambil memukul tangan Amyra. Amyra bertindak lebih pantas dengan cepat-cepat menarik tangannya itu daripada dipukul oleh Kasyaf.
" Memang sakitla ! Dah adik tanya abang lepas itu abang palaukan Myra ! " kata Amyra geram
Sekali Lagi Kasyaf berasa bersalah dengan Amyra kerana mengabaikan soalan yang ditanya oleh Amyra kepadanya. " Ermmm.. Maafkan abang ye adik. Abang tidak perasan tadi "
" Hurmm okey ! " jawab Amyra
Amyra kembali ke termenung
Wajah di sebelahnya itu yang bakal dia rindui. Walaupun mereka tidak sebulu akan tetapi mereka tetap rapat dan tidak dapat dipisahkan. Kemana-mana sahaja mesti mereka akan bersama. Dia juga akan merindui pergaduhan kecil antara mereka. Tatkala mereka gaduh, pasti nendanya akan ikut campur sekali kerana sikap Amyra yang manja dengan nendanya.
Dia jugak pasti akan merindui nenda yang selama ini bersamanya. Tatkala orang lain bersama keluar, dia hanya bersama nenda kerana dia sendiri tidak tahu puncanya mengapa. Dia berharap setibanya di Malaysia, abang kandungnya sanggup melayan kerenah dia nanti.
" Huh " satu keluhan dari Amyra
Putera Kasyaf yang seakan-akan faham dengan apa yang mengganggu fikiran Amyra terus mengajak Amyra untuk berbual.
" Amyra , kamu pasti dengan keputusan kamu itu ? Abang harap kamu dapat membuat pilihan dengan terbaik ye. Kamu fikirkan apa yang terbaik untuk kamu. Abang hanya mampu berdoa untuk kamu. Yang lainnya, kamu kena usaha sendiri. " kata Kasyaf
YOU ARE READING
Kau Aku Punya La Wei [✔️]
Teen FictionHighest Ranking #12 in teenfiction - 13.4.2018 [ LIT TEEN FICTION BOOK] TAMAT ! [ EDIT ] " Haishh mana la Farish ni ? Janji nak ambil aku pukul 2 petang sekarang dah nak pukul 3 dah ! " bebel Ayden sendirian. Tiba-tiba telefon milik Ayden berbuny...