❤Special Chapter ❤

2.2K 80 7
                                    

Dalam sedar atau tidak sudah 18 tahun mereka mendirikan rumah tangga mereka . Dalam sedar tak sedar juga jodoh, ketentuan mereka sangat kuat. Walaupun terpisah bagaimana sekalipun mereka tetap bersama.

Kini Amir Ayden dan Amyra Naylin bahagia bersama dengan  penyeri rumah tangga mereka Adam Aisy dan Ardila Afrina  . Dalam mereka sedar atau tidak Adam Aisy juga sudah menjangkau umur 17 tahun manakala Fina pula berusia 13 tahun.

Sudah remaja anak mereka berdua. Perangai Adam sebijik menyerupai bapanya Amir Ayden. Dalam kedinginan Adam Aisy itu dia juga seorang yang menyimpan masalahnya sendiri. Tidak mahu menyusahkan mama dan papanya.

Mereka juga dikurniakan dengan cahaya mata kedua mereka iaitu Ardila Afrina. Fina anak kedua mereka yang sangat manja. Dalam manjanya itu, dia juga sudah matang untuk memikirkan sesuatu perkara. Walaupun dia begitu manja akan tetapi bila bersama abangnya dia tidak la begitu manja kerana Adam tidak memanjakannya. Walaupun Adam dingin dengan adiknya akan tetapi Adam sangat menyayangi Afrina.

" Bahhh " sergah Fina dari arah belakang.

" Haishh sayang anak mama ni  ! Terkejut tau mama  ! " kata Amyra

" Hihihihi Sorry mama. Afrina dah lama ada dekat sini sempat tengok mama termenung tula Afrina terkejutkan mama. Eh mama mana abang dengan papa ?" tanya Afrina

" Hurmm papa awak tu biasalah sibuk sekarang ni. Abang Fina tu pulak kan sibuk study next week nak exam dah " kata Amyra

" Okey la macam tu. Ma, Fina nak pergi kacau abang kejap  " kata Fina dan melangkah pergi

" Ehh sayang jangan kacau abang  nanti dia marah mama tak tolong ye  ! " kata Amyra

" Okey ma  ! "

Ardila Afrina melangkah laju ke bilik Adam Aisy yang terletak di tingkat 3.

" Huh penatnya naik tangga ni " kata Afrina lalu menuju ke arah pintu bilil milik Adam.

Dia memulas tombol pintu itu. '  tidak berkunci' lantas Afrina memasuki bilik abangnya.

Dia mencari kelibat abangnya akan tetapi tidak kelihatan sewaktu itu. Afrina suka sikap abangnya yang kemas itu. Bilik abangnya sangat kemas. Walaupun Adam itu lelaki tetapi dia seorang yang pengemas.

" Haish abang ni, husband type dah ada tapi takkan la tiada girlfriend kot " kata Afrina sambil tangannya menari nari di atas almari yang diletakkan gambar raya mereka sekeluarga.

Tiba-tiba

" Hah kau buat apa ni  ? " sergah Adam

Afrina yang terkejut itu terus berdiri tegak " Erk-kk mana ada buat apa, ni Fina tengok tengok je " katanya sambil tersengih.

" Yela tu. ! Entah entah tengah mengata aku " kata Adam

" Ehh tak baik tau abang buruk sangka ! " kata Fina

" Yela  ! " Adam beralah

" okeyla abang Fina keluar dulu  ! " kata Afrina ingin cepat cepat melarikan diri dari abangnya.

" Ehh tunggu kejap  ! " kata Adam

Ardila Afrina berhenti daripada melangkah dan Adam Aisy semakin mendekatinya.

Cupp

" Lain kali jangan jadi nakal ye  ! Jadi adik yang baik " kata Adam selepas melabuhkan ciuman pada dahi adiknya itu

" Yela " kata Afrina buat muka toyanya. Adam hanya menggelengkan kepalanya dan Afrina melangkah  pergi.

......................................................................

Kau Aku Punya La Wei [✔️]Where stories live. Discover now