Amyra dan Irdina bersama-sama shoping. Mereka sememangnya sudah lama tidak berjumpa. Mereka melepas rindu bersama-sama dengan bershoping (AHAHAHHHA BANKRUP AZEEM DENGAN AYDEN)
Selepas penat membeli belah akhirnya mereka berhenti makan di kfc ini juga atas permintaan Amyra yang katanya teringin ingin makan kfc
Selepas selesai order Amyra dan Irdina duduk di meja makan. Pada mulanya Irdina terkejut dengan pesanan Amyra kerana makanan yang dipesannya seperti 5 orang yang hendak makan pesanan itu.
Dia musykil dan dia terus menyoal Amyra" Weyhhh Amyra, boleh ke kau habiskan semua ni. ? " tanya Irdina
" Of course la boleh " kata Amyra
Nadya hanya menanggukkan kepalanya " Weyhh Amyra kalau aku tanya ni jangan marah tau " kata Irdina
" Hah go on " kata Amyra
" Sekrang ni kan aku tengok kau makin berisi " kata Irdina
" Eyhhhh ye ke ? Aku tengok biasa je " kata Amyra
" Yela... Ke kau mengandung ni ? " soal Irdina
" Entah aku pun tak tahu . Tapi kan kalau aku mengandung kenapa tak de simptom " kata Amyra
" Tak semestinya orang yang mengandung tu semua kena simptom.. Entah-entah morning sickness kau tu pergi kat Ayden " kata Irdina
" Entah aku pun tak tahu " kata Amyra
" Tak pe, sebelum balik ni kita pergi watson " kata Irdina
" Ehhh nak buat apa pulak ? " tanya Amyra
" Wahai Amyra yang pandai lagi cantik, kita pergi watson nak beli tempat check kehamilan tula " kata Irdina
" ouhh ok ! " kata Amyra selepas itu dia menyambung semula makannya
Nadya hanya menggeleng - gelengkan kepalanya.
Manusia yang bernama Amyra Naylin sememangnya kuat makan mahupun semasa mengandung ataupun semasa remaja dahulu
🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼
Sesampainya dia di rumah , Amyra terus memasuki tandas biliknya untuk membuat test kehamilan. Dia melihat ke arah alat itu. Alat itu menunjukkan 1 bar sahaja. Tiba-tiba 1 bar lagi kelihatan. Amyra teruja dia terus mencapai telefonnya dan mendail Nayde
Tut.. Tut..
Panggilan disambungkan
" Weyy Irdina betulla tekaan kau ! " kata Amyra teruja
" Hah... Alhamdulillah.. Tahniah weyhhhh.. Mesti kau tak sabar-sabar nak bagi tahu mereka " kata Irdina
" Hah aku ingat sabtu ni la nak kasi tahu. Lepas balik kenduri Adriana aku kasi tahu. Baru la romantik kalau bagi tahu sabtu ni sebab kan hari annivesary kita orang " kata Amyra
" Ermm apa-apa la. Hah okla weyy aku letak dulu sebab ada kerja ni " kata Irdina
" Hah ok, kirim salam dekat Azeem. Assalamualaikum " kata Amyra
" ok. Waalaikumusalam " selepas itu, panggilan terus dimatikan
🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼
Ayden pulang ke rumah seperti selalunya. Apabila dia masuk ke bilik didapati Amyra dan Adam sedang tidur berpelukan . Dia pergi ke arah mereka. Dia melihat jam baru pukul 5 jadi dia mengambil langkah untuk tidur bersama-sama. Dia memeluk kedua-dua insan yang teramat disayangi nya.
Amyra tersedar pada pukul 7 petang. Dia merasakan ada tangan yang memeluknya. Dia memandang ke sisi dan ternamapak Ayden di situ. " Abang.. Abang bangun " kata Amyra
Ayden sedar. Dia mepisat pisatkan matanya itu. " Ermm dah pukul berapa sayang ? " tanya Ayden
" Dah pukul 7 malam bang. Pergi mandi dulu nanti kita solat sama-sama " kata Amyra
" Hurmm ok " kata Ayden. Dia mengambil tuala dan terus membolosi pintu bilik air itu. Amyra hanya menonton sahaja.
Amyra kembali menoleh kepalanya ke katil lalu melihat Adam. Dia melihat anaknya itu tidur " Ermmm mesti sakit kepala nanti anak mama tidur macam ni " kata Amyra lalu membetulkan tidur anaknya itu.
" Semoga jadi anak dan abang yang baik " kata Amyra lalu mencium dahi anaknya itu
Amyra bangun dan melangkah ke wadrobe untuk mensiapkan baju suami dan anaknya.
🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼
Setelah selesai Ayden mengaminkan doanya , Amyra terus menyalami tangan Ayden dan Ayden terus mencium dahi Amyra. Adam pula sudah selesai meyalami Amyra dan Ayden. Selepas selesai mengemas sejadah dan keperluan solat, Amyra terus duduk di birai kata dan memulakan bicaranya
" Ermm abang ! " panggil Amyra
" Ye sayang ! " sahut Ayden
" Boleh tak sabtu ni kita pergi kenduri kahwin kawan sayang " kata Amyra
" Hah boleh je , tapi siapa yang kahwin ? " tanya Ayden
" Ermm Adriana " kata Amyra
" Hah. Adriana ! Abang tak benarkan " kata Ayden
" Tapi... "
" Tak da tapi.. No means no " kata Ayden
" Abang please. Lagipun sayang dah baik dengan dia bang. Dia dah tak macam dulu " kata Amyra
Ayden berfikir sejenak " Hurmm tengokla nanti " kata Ayden
" Boleh ye bang ! " kata Amyra
" Hurmm ok " jawab Ayden
" Wahh thanks abang sayang.. Love u ! " kata Amyra terus mencium pipi Ayden tanpa sedar
Ayden tersenyum dan Amyra mula sedar apa yang dia baru lakukan sebentar tadi dan mukanya terus berona merah
" Hah malu la tu " usik Ayden
Amyra malu lalu menekupkan mukanya ke bantal " Eeeee.. Abang ni ! Tak nak kawan " kata Amyra
Dan Ayden terus tegelak.
Adam tiba-tiba datang " papa kenapa muka mama merah-merah ? " tanya Adam
" Mama lapar " kata Ayden
" Ouhh mesti mama nak cendol macam dalam video awek ninja tu " kata Adam san Ayden gelak
Amyra yang dengar itu terus membulat matanya " ni mesti abang ajarkan ! " kata Amyra . Adam dan Ayden tergelak dan bergemala ketawa mereka di dalam rumah itu.
Adam dan Ayden semakin dekat dengan Amyra lalu mereka menggeletek Amyra
" AHAHAHAHAHAHHAHA.... PLEASE STOP.. " rayu Amyra
Mereka masih menggeletek Amyra. Dan tergelak-gelak. Amyra sudah tercungap - cungap bernafas kerana penat ketawa. Ayden yang melihat itu terus berhentikan geleteknya itu.
Amyra baring sekejap selepas itu dia bangun dan terus menangkap kaki Adam dan terus menggeletek anaknya itu. Sesungguhnya mereka sangat bahagia ketika itu..
Tbc ! ❤
Finally tinggal 1 je lagi bab sebelum tamat story ni. Harap u guys gembira dengan karya saya sebab ni adalah pertama kali saya menulis. Apa pun thanks baca jangan lupa vote dan comment !
YOU ARE READING
Kau Aku Punya La Wei [✔️]
Teen FictionHighest Ranking #12 in teenfiction - 13.4.2018 [ LIT TEEN FICTION BOOK] TAMAT ! [ EDIT ] " Haishh mana la Farish ni ? Janji nak ambil aku pukul 2 petang sekarang dah nak pukul 3 dah ! " bebel Ayden sendirian. Tiba-tiba telefon milik Ayden berbuny...