KLIA 2
" Haishh mana la Azeem ni ? Janji nak ambil aku pukul 2 petang sekarang dah nak pukul 3 dah ! " bebel Ayden sendirian.
Sedang dia tunggu tiba-tiba dia mendapat panggilan dari Azeem. Azeem menyuruhnya agar tunggu dia di tempat menunggu. Sedang dia berjalan tiba-tiba dia terlanggar seorang gadis. Gadis itu seperti pernah di lihatnya. Apabila gadis itu menangkat kan mukanya, dia tergamam kerana wajah gadis itu persis wajah wanita yang dicintanya ketika di zaman persekolahan. Gadis yang sudah lama menghilang tanpa dijejak. Gadis yang amat dirinduinya. Gadis itu seperti ingin mengelakkan diri daripada menjumpa dia. Tidak sempat dia ingin memberikan gelang milik gadis itu, gadis itu terus pergi meninggalkan dia yang terpinga-pinga.
Tiba-tiba telefon milik Ayden berbunyi
" Helo! Ayden mana kau ni ? Aku tunggu kau dah dekat 30 minit dah ni kat Pintu masuk Klia ni " bebel si pemanggil
" Walaikumasalam! Yayaya kejap lagi aku datang. Aku otw ni " kata Ayden
" Ok aku tunggu tapi jangan lambat sangat sebab aku nak cepat ni " kata pemanggil
" ok sayang " kata Ayden gedik lantas mematikan panggilan itu. Dia tergelak-gelak sejurus mematikan panggilan itu. Dia pun berlalu pergi
Di kereta
Ayden terus memasuki kereta milik Azeem
" Weyy Ayden, asal kau lambat tadi ?"tanya Azeem
" Aku jumpa dia " kata Ayden tanpa sedar.
Azeem yang mendengar itu terus mengeluh. " kau masih tak boleh lupakan dia ke ? " tanya Azeem
" Aku tak boleh lupakan dia. Dia first love aku, tapi aku dah buat salah dekat dia. Aku tahu dia benci aku, tapi tolongla aku nak tebus balik kesalahan aku tu " kata Ayden
" Haish aku harap kau tabah selepas ini " kata Azeem
" Thanks bro ! " sejurus Ayden berkata itu kereta mereka terus melucur ke destinasi yang ingin dituju mereka.
Cafe
" Haishh mana abang ni ? " kata Amyra sendirian.
Tiba-tiba seorang lelaki datang kearahnya dan terus memeluknya " Adik! Lamanya tak jumpa. Dah kurus adik ni! Pipi pun makin comel. " kata Adrean. Dia tidak hiraukan pandangan orang di keliling mereka
" Erghhh. Lepaskan adik la abang ! Tak malu ke orang tengok ? Dah la lambat ambil adik! Macam ni adik tak nak kawan " kata Amyra geram dan marah
" Yela adikku comel. Abang mintak maaf. Ok jomla balik dulu sebab mama dan papa dah tunggu adik tu " kata Adrean
" ok! " jawab Amyra lantas itu Adrean terus menarik adiknya itu.
Setelah tiba di rumah Amyra berjumpa dengan mama dan papanya. Banyak soalan yang ditanyakan oleh papanya. Akan tetapi ada satu soalan yang agak membunuh sedikit
" Hah adik! Study dah habis, kerja pon tunggu di panggil je. Jadi bila nak bagi mama dengan papa menantu " soal Papanya
Amyra yang mendengar itu terus tersedak " herkk.. Herkk.. " sedak Amyra
Adrean cepat-cepat memberikan air kepada Amyra.
" Ehhh papa ni ,adik masih muda la. Tak payah la fikir pasal kahwin dulu " kata Amyra
" Apa pula tak payah fikir! Umur awak tu dah nak masuk 23 ye. Anak dara tak baik membujang " sampuk mamanya
" Erkkkk nanti-nantila adik cari . " kata Amyra
" Hah kalau adil tak ada calon papa dengan mama dah ada dan papa and mama berharap sangat adik berkahwin dengan dia " kata papanya
" Nanti adik fikirkan dulu. Okla pa,ma adik naik bilik dulu " sejurus itu dia terus ke dapur membasuh pinggan dan selepas itu dia pergi ke biliknya.
Selepas membersihkan diri Amyra terus duduk di birai katilnya. Dia melihat ke arah patung yang dihadiakan oleh Ayden. Parung itu masih tersimpam dengan elok. Sebenarnya dia amat merindui lelaki itu walaupun Ayden pernah menolak cinta dia tapi diabl tidak berasa benci terhadap Ayden kerana baginya cinta tidak boleh dipaksa.
Selepas lama mengelamun dia terus merebahkan dirinya di atas katil empukndan menarik patung itu di dalam pelukannya. Dia berharap supaya bila dia sudah bangun nanti,ia akan jadi lebih bermakna baginya.
Tbc ❤
Jangan lupa vote dan comment ye ! ❤
YOU ARE READING
Kau Aku Punya La Wei [✔️]
Teen FictionHighest Ranking #12 in teenfiction - 13.4.2018 [ LIT TEEN FICTION BOOK] TAMAT ! [ EDIT ] " Haishh mana la Farish ni ? Janji nak ambil aku pukul 2 petang sekarang dah nak pukul 3 dah ! " bebel Ayden sendirian. Tiba-tiba telefon milik Ayden berbuny...