Sejak peristiwa itu berlaku Amyra menjadi seorang yang pendiam. Irdina,Najiha,Azirmah,safiah,Bagas, Afimie dan Azeem hanya memandang sesama sendiri dan mengangkat bahu mereka. Irdina yang melihat rakan-rakannya itu tidak tahu apa terjadi terus pergi ke arah Amyra
" Weyhhh Amyra kenapa lately ni, kau senyap je ?" tanya Irdina
" Erkkk tak de ape-ape pun. Aku senyap sebab nak fokuskan pembelajaran aku. Lagipun pt3 lagi 3 minggu weyhh. So aku nak belajar dan cuba mendapatkan keputusan yang terbaik " kata Amyra dengan bersungguh -sungguhnya
" Tapi -- " tak sempat Irdina menghabiskan katanya, Amyra terus memotong katanya
" Kau tak perlu risau pasal aku. Yang penting kau jangan lupa study keyhh. Good luck pt3 nanti " kata Amyra dan terus berlalu keluar dari kelas. Sebelum keluar dia sempat memberitahu ketua kelasnya itu.
Sewaktu Amyra ingin ke tandas dia terserempak dengan Ayden. Ayden memandang ke arah Amyra akan tetapi pandangan itu hanya dihiraukan sahaja..
Setelah berbulan-bulan mereka belajar , peperiksaan pt3 pun bermula. Sebelum Amyra memasuki dewan peperiksaan Ayden sempat menyampaikan ucapan semoga berjaya melalui Adrean untuk Amyra. Amyra hanya mendengar sahaja dan tidak memberikan respon.
Setelah seminggu ujian itu berjalan akhirnya mereka bebas daripada segala ujian. Akan tetapi spm menanti mereka.
" MERDEKA!! " laung Ming Kang dengan terujanya.
Amyra hanya melihat mereka dengan ekor matanya. Sedang dia termenung tiba-tiba seorang budak form 2 datang ke arahnya dan memberikan sebuah kotak dan anak patung.
" Erkkk ni kak Amyra kan ? Kalau betul, tadi ade seorang abang senior tu, dia suruh saya kasi benda ni kat kakak. " kata pelajar itu
Amyra memandang mereka sambil tersenyum. " Terima kasih ye dik! Tapi boleh akak tahu sape nama abang senior tu ? " tanya Amyra lembut
" Ouhh nama abang tu Amir" kata pelajar itu dan terus berlalu pergi
Amyra hanya mengerutkan dahinya. Siapa pula Amir ni. Selepas penat memikirkan hal itu dia terus mengambil begnya dan pulang ke rumah kerana pemandu mereka sudah sampai.
Peperiksaan besar bagi tingkatan 5 akan tiba tak lama lagi. Sudah semestinya pelajar tingkatan 5 haruslah bersedia untuk menghadapi peperiksaan ini. Ayden tengah tekun belajar tiba-tiba dia dia mengalihkan matanya ke arah sebelahnya itu. Adrean yang dari tadi mengacau Ayden terus terbantut perbuatannya.
" Bro, kau tak de kerja ke nak kacau aku ?" kata Ayden
" aaduhh chill la Ayden ! Kau ni rajin sangat. Kita kalau dekat nak periksa ni, kita kena tenang dan tak boleh baca buku nanti dia akan membuatkan otak kau jem " kata Adrean
" Herhhh aku tahula kau pandai. Tula kau boleh cakap macam tu je " kata Ayden sambil membuat muka toya
" Kita sama bro " kata Adrean tersenggih
Hari peperiksaan spm sudah tiba. Ayden dan Adrean sudah bersedia dengan kelengkapan peperiksaanya. Sebelum masuk ke dewan periksa Ayden mengharapkan bahawa Amyra datang dan mengucap " semoga berjaya " terhadapnya. Akan tetapi harapannya hampa. Dia terus memboloskan dirinya di dalam dewan peperiksaan .
Amyra hanya menjadi pemerhati dari jauh. Dia mendoakan agar kawannya itu berjaya. Sungguhpun dia kecewa akan tetapi dia tetap sayang akan hubungan persahabatan mereka.
Harini adalah hari terakhir persekolahan bagi pelajar tingkatan 1-4 bersekolah. Sudah tentunya hadir perasaan sedih di dalam diri Amyra kerana cuti yang panjang akan tiba.
" Amyra aku harap nanti kau tak lupa kami dah " kata rakan baiknya
" Ye aku takkan lupakan kau ! " kata Amyra.
Sebelum pulang ke rumah mereka sempat bersua foto sebagai tanda kenang-kenangan di tingkatan 3 . Ayden yang daripada jauh hanya memerhati gadis itu.
7 tahun kemudian
Seorang gadis yang tingginya seperti model keluar dari balai ketibaan KLIA 2 . Dia tercari-cari kelibat abangnya di lapangan terbang itu. Sedang dia mencari tiba-tibe seorang lelaki yang lengkap Berpakaian seperti ahli koperat terlanggarnya.
" Erkk sorry miss. Saya terlanggar awak! Sorry sangat-sangat saya nak cepat " kata pemuda itu
" its ok. Saya baik-baik sahaa " kata wanita itu
Apabila wanita itu menangkat wajahnya itu melihat lelaki itu dia terus tergamam. Adakah ini mimpi kerana setelah 7 tahun akhirnya dia terjumpa juga dengan lelaki itu . Sedar akan keterlanjuran itu Amyra terus melangkah kakinya pergi dari situ kerana lelaki itu mengingatkan dia terhadap peristiwa 7 tahun lepas. Ya Tengku Amir Ayden adalah manusia yang mrmberi dia rasa cinta dan menghilangkan cinta itu. Akhirnya mereka dipertemukan
Ayden hanya menghantar pemergian gadis itu dengan ekor matanya. Dia juga tidak sangka akan menemukan gadis itu setelah 7 tahun tidak berjumpa. Dia berasa amat lega. Dia baru terperasan yang gelang milik gadis itu tercicir di situ, tapi malangnya dia tidak sempat memberikan gelang itu kepada gadis itu kerana gadis itu telah berlalu pergi.
❤promote ❤
1. Populariti !!!? By nurirdina15
Tbc ❤
Jangan lupa vote dan comment ! ❤
YOU ARE READING
Kau Aku Punya La Wei [✔️]
Teen FictionHighest Ranking #12 in teenfiction - 13.4.2018 [ LIT TEEN FICTION BOOK] TAMAT ! [ EDIT ] " Haishh mana la Farish ni ? Janji nak ambil aku pukul 2 petang sekarang dah nak pukul 3 dah ! " bebel Ayden sendirian. Tiba-tiba telefon milik Ayden berbuny...