AMEENA dan Aqilla bergegas mengambil barang-barang milik mereka untuk dibawa turun ke bawah. Mereka ada kelas pada jam 10.00 pagi. Sebaik saja sampai di bawah, mereka meletakkan barang-barang milik mereka berdekatan dengan pintu utama.
Selepas itu, mereka berdua menapak ke dapur untuk menikmati sarapan pagi terlebih dahulu. Ahli keluarga Aqilla telah berada di meja makan. Sedang menikmati sarapan pagi.
"Jemput makan, Meen," pelawa Nenek Safura.
Ameena tersenyum manis dan menuju ke kerusi kosong di sebelah Nenek Safura yang berhadapan dengan Ryan. Aqilla pula duduk di sebelah abangnya.
Ryan terus mendongak saat terdengar nama itu. Matanya terpandang wajah Ameena yang ayu bertudung biru lembut. Comel pada matanya. Ralit dia memerhatikan Ameena.
Nenek Safura yang perasan akan kelakuan Ryan yang ralit memerhatikan Ameena, terus berdeham.
Terkejut! Malu dibuatnya saat melihat senyuman neneknya itu. Kali kedua neneknya perasaan akan kelakuannya itu.
Puan Amira yang berada di sebelah Ryan, hairan dengan tingkah laku anaknya itu. Tajam matanya memerhatikan Ameena. Tidak suka ibu mertuanya melayan Ameena sebegitu rupa, baik semacam.
Ameena perasan akan renungan tajam daripada Puan Amira, kepalanya ditundukkan saja. Gerun bertentang mata dengan wanita itu. Seperti dia melakukan kesalahan yang besar.
"Meen, kau tak makan ke?" soal Aqilla lembut setelah melihat Ameena hanya meminum air.
Ryan terus mencedok mi goreng di hadapannya itu dan diletakkan di pinggannya. Setelah itu, dia mencedok lagi dan disuakan ke pinggan Ameena.
"Nah," sua Ryan.
Kalut Ameena mengangkat pinggannya dan disuakan kepada Ryan. Tidak mahu makanan itu tertumpah.
"Cukup?" soal Ryan kepada Ameena.
"Macam puteri dilayannya," tegur Puan Amira sinis.
Terdiam Ameena dibuatnya.
"Mira, apa yang Mira tak puas hati ni?" tegas Nenek Safura.
Semua yang berada di situ terdiam. Ameena yang berada di sebelah mengusap lembut paha Nenek Safura. Cuba menenangkan Nenek Safura.
"Mummy gurau aje tok mi," jawab Aqilla. Tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.
Dia perasaan layanan mummynya terhadap Ameena berbeza sekali. Seakan-akan tidak suka dengan kehadiran Ameena.
"Sedap mi goreng Mak Som hari ni," kata Encik Rizqi tiba-tiba sambil menyuap lagi ke mulutnya. Ingin menceriakan keadaan.
"A'ah daddy, sedap. Lain daripada biasa," tambah Ryan pula.
"Bukan Som yang masak," jawab Nenek Safura setelah kembali reda dengan emosinya.
"Habis tu, tok mi ke yang masak? Patutlah sedap," puji Ryan pula dan mencedok lagi mi goreng di hadapannya itu dan diletakkan ke pinggannya.
"Bukan tok mi, tapi Meen yang masak." Jujur Nenek Safura berkata.
Puan Amira terus meletakkan sudu di tangannya. Seleranya tiba-tiba mati. Tidak tahu kenapa, dia benci dengan Ameena. Mungkin dia cemburu dengan layanan ibu mertuanya kepada gadis tersebut. Ditambah lagi, dengan layanan baik anak-anaknya pula.
"Hmm, sedaplah Meen," puji Aqilla pula.
Ryan hanya menganggukkan kepalanya tanda setuju.
"Oh, lupa Qilla nak cakap. Daddy, minggu depan Qilla nak pergi ke kampung Ameena. Boleh tak?" Aqilla meminta izin daripada daddynya terlebih dahulu untuk pergi ke kampung Ameena.
YOU ARE READING
Kembalikan Cinta
RomanceComel! Itu kata Ryan Amsyar. Saat pertama kali melihat Ameena Jasmin. Namun, dalam hatinya telah terukir satu nama, Mellina. Dia lelaki yang setia pada cinta. Akhirnya, dia dan Mellina diijab kabul. Tetapi, bahagia yang dicari hanya seketika. Hanya...