AMEENA berbaring sambil melihat akaun Facebooknya sebelum melelapkan mata. Tidak sabar mahu pulang berjumpa dengan neneknya esok. Dia melihat Aqilla di sebelah yang masih ralit dengan telefon pintarnya itu.
Tiba-tiba telefonnya berdering, tanda ada panggilan masuk. Lama diperhatikan nombor yang tertera itu.
"Siapa?" soal Ameena kepada dirinya sendiri.
Aqilla yang melihat reaksi Ameena hanya tersenyum. Ameena terus menjawab panggilan tersebut.
"Helo." Perlahan kedengaran suara Ameena.
"Helo, assalamualaikum." Orang yang tidak dikenali tersebut memberi salam.
Laju Ameena menjawab salam tersebut dan bertanya siapa gerangan yang menelefonnya itu.
"Abang ni," jawab lelaki tersebut.
"Abang?" soal Ameena terpinga-pinga.
"Abang akulah!" laung Aqilla di katil sebelah.
Terdengar suara ketawa lelaki itu. Ameena masih lagi keliru. Tidak tahu hujung pangkal.
"Meen," panggil Ryan di talian.
"Ya." Perlahan Ameena menjawab. Barulah dia tahu siapa yang menelefonnya itu. Ryan!
"Takkan dah tak ingat abang?" soal Ryan kembali.
"Ingat, mana boleh lupa." Jujur Ameena menjawab.
Tersenyum Aqilla yang tiba-tiba duduk bersebelahan dengannya. Aqilla menyuruhnya membuka pembesar suara kerana dia juga ingin mendengar apa yang dibualkan dengan Ryan.
Laju dia menggelengkan kepalanya dan menolak lembut bahu Aqilla agar menjauh.
"Meen dah tidur ke?"
"Belum." Hanya sepatah yang dijawab oleh Ameena. Perasaan malu menguasai diri.
"Macam tak sudi aje nak bercakap dengan abang." Suara Ryan kedengaran perlahan seakan-akan merajuk.
"Eh, bukan. Meen terkejut abang telefon. Itu aje." Jujur Ameena menjawab.
Dia tidak menyangka, malam ini dia akan menerima panggilan daripada Ryan. Kelu lidahnya mahu menutur kata.
"Kenapa abang telefon Meen?" sambung Ameena lagi. Ingin mengetahui niat sebenar lelaki itu menghubunginya.
"Macam ni, tadi abang ada WhatsApp Qilla, cakap abang nak join balik kampung Meen esok. So, Qilla suruh abang tanya Meen sendiri. Dia yang bagi nombor Meen dekat abang." Panjang lebar Ryan memberi penerangan.
Dia mengambil keputusan mendadak ingin mengikut Nenek Safura dan adiknya pulang ke kampung Ameena kerana ingin menenangkan fikiran. Fikirannya serabut dengan sikap Mellina. Pelbagai kerenah Mellina yang terpaksa dihadapinya. Stres!
Mula-mula, dia bercadang mahu melepak di rumah Idhwan untuk menenangkan fikirannya yang serabut itu. Tetapi, Idhwan terpaksa ke Bali atas urusan kerja. Begitu juga dengan Mellina, kerana Mellina merupakan model yang dipilih oleh syarikat kecantikan BeautyCare untuk mempromosikan produk baru syarikat tersebut.
"Qilla bagi nombor Meen?" Jelingan maut diberikan kepada Aqilla. Geram. Laju dia mencapai bantal miliknya dan dibaling ke arah Aqilla yang sedang ketawa mengekek.
"Boleh kalau abang nak ikut," sambung Ameena lagi, memberi persetujuan.
"Abang," panggil Ameena.
Tiba-tiba Ryan senyap pula. Dua tiga kali dia memanggil lelaki itu, tetapi masih sama. Hanya diam saja.
"Kenapa?" soal Aqilla ingin tahu. Ameena hanya angkat bahu tanda tidak tahu.
YOU ARE READING
Kembalikan Cinta
RomanceComel! Itu kata Ryan Amsyar. Saat pertama kali melihat Ameena Jasmin. Namun, dalam hatinya telah terukir satu nama, Mellina. Dia lelaki yang setia pada cinta. Akhirnya, dia dan Mellina diijab kabul. Tetapi, bahagia yang dicari hanya seketika. Hanya...