Lembu putih

36 0 0
                                    

Terkejut Halim bila nampak lembu putih tu dekat atas kubur Imam Jalil. Mana tak nya, arwah baru meninggal 3 hari lepas. Tak pernah pulak sapa-sapa dalam kampung tau yang Imam ada bela lembu. Bela ayam pun mati, ni kan lembu. Berdiri 5 minit Halim tengok lembu tu.

Lembu putih tu pun memandang tepat ke muka halim. Takde tali, takde tag, makna-nya lembu tu bukan sapa-sapa punya. Kalau Pa'an yang jumpa lembu tu, agaknya dah kena jual dah lembu tu. Sapa tak kenal Pa'an anak sedara arwah Imam Jalil yang kaki mabuk tu. Tapi, oleh kerana Halim yang jumpa lembu tu, selamat la jugak, sebab sekarang ni Halim tengah terkumat kamit beristighfar.

"Jin kot...", dalam keimanan dia, persoal jugak kalau lembu tu jelmaan jin. Tapi halim tak takut, kalau malam mau dia lari, tapi ni tengah hari pukul 2, mana ada jin.

Halim angkat tangan berdoa, moga Allah permudahkan urusan dia untuk mengkambuskan tanah kubur Imam (dah mendap, 2 malam hujan), dan membawa ke tepi lembu putih itu. Halim ke perigi berdekatan ambil sebaldi air dan cari tali bawah pondok jenazah kalau-kalau ada tali.

Halim bawa lembu itu ke bawah pokok rambutan, tambat dan beri minum. Mungkin dah lama lembu tu berada atas kubur tu, mungkin dia dah lama melilau tak bertambat sampai berhenti atas kubur Imam kepenatan. Sampai jumpa Halim.

"Penat kau ye, sapa la tuan kau ni"

Baik lembunya, tak melawan. Elok ditambat tali, dibagi minum terus minum.

"Tok ketua dah balik ke dari pekan? Elok ke dia aku bawak lembu ni", bercadang Halim sendirian.

Terus dibiarkan lembu itu di bawah pokok rambutan dan Halim pun memulakan kerja nya untuk menambah tanah di kubur Imam Jalil.

Bunyi-bunyi hutan merancakkan sunyi sambil kepala Halim gila memikirkan asal lembu putih itu. Sekejap dia paling ke lembu itu sambil menyangkul. Tak pernah pulak ada orang terlepas lembu dalam kampung ni. Takkan la Senah punya lembu terlepas? Rasanya riuh satu kampung kalau lembu dia terlepas, baju kurung kedah dia tak siap pun dia dah canang satu kampung yang Mak Sah tak reti menjahit, ni kan lembu dia hilang. Mau gila perempuan tu. Nasib la kaya, kalau tak, takde sapa pun nak layan dia.

Dari jauh, ada mata sedang memerhati. Mungkin sedang resah memerhati antara lembu putih itu dan Halim. Resah dia bersebab. Sambil dia memandang, di belakang sepasang mata itu ada Pa'an.

"Hang rasa la, sape punya lembu tu?", bisik Pa'an.

"Aku tak kesah sapa punya, janji lembu tu aku nak"

"Emm, kalau lembu tu macam mukjizat Imam, camna?"

"Kau ni bodoh ke mabuk lagi? Mana ada mukjizat dah zaman-zaman ni"

Pa'an menggaru kepala,"Ha'ah la, mukjizat tu untuk nabi nabi je ek"

"Baguih jugak otak hang ni ha, ingat dah cemuih dengan ayaq todi semua"

"La aku sakit, tu kan ubat aku"

"Sakit celah pungkoq hang"

Jali. Seorang yang tiada pendirian. Tiada kekangan. Untuk apa dia nak lembu tu, Tuhan saja yang tau.

Lembu Where stories live. Discover now