Pasolini

26 0 0
                                    

Kematian selalunya tanpa kita sedar boleh jadi terlalu dekat. Kadang-kadang dekat sangat sampai nak kena batang hidung sendiri. Tapi pengalaman menghampiri kematian macam tu akan diakhiri dengan deru testosteron kelegaan. Ye lah, kau tak mati. Berbeza dengan kematian yang bukan pada kau (badan kau) tapi kematian pada orang lain. Yang itu selalu kita terfikir.

Tujuan kematian adalah untuk memberi ruang pada yang baru mahu hidup. Tujuan kematian juga adalah untuk memberi kesedaran pada yang hidup. Banyak lagi tujuan kematian. Malah lebih teruk sesuatu kematian tu jika kita sendiri ada sangkut paut dengan sesuatu kematian itu. Tidak kira lah dari perspektif dan faktor apa sekalipun. Range kematian yang aku cakap ni terlalu luas, jadi aku kecilkan kepada faktor sentimental sebab ini yang aku nak kupas.

Kematian yang sentimental terbahagi kepada dua. Satu, kau despise the dearly departed. Dua, kau intimate with the dearly departed. Bila kau despise, kau puas bila dapat tahu dia mati. Even, saat-saat terakhir kematian dia adalah keresahan yang sangat menyusahkan dan kau berharap dia boleh mati cepat sikit, atau kau rasa lebih baik kau setelkan terus. Tapi bila antara kau dan si dearly departed ada nilai intimacy semasa hayat-nya bersama kau, itu membuatkan kau mula soalkan realiti.

Realiti antara Samsul dan atuknya adalah dia tergantung antara dua faktor itu. Dia despise atuk dia dan ada ruang intimacy antara dia dan atuk-nya. Hayat atuk Samsuk tak lama, dia pergi pada pagi yang sangat sejuk. Que hujan pagi ini kena dengan berita mengejut pasal kematian atuknya.

Atuk dia pernah lempang dia sebab tengok filem Pasolini. Baru 5 minit kedalam filem itu dan atuknya masuk bilik semasa dia masih tidak berseluar dan galak beronani dalam salah satu babak dalam filem itu. Atuknya mengamuk dan melempang Samsul yang tidak berseluar itu dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada dia. Samsul tak pernah lupa dengan ayat atuknya pada petang itu.

"Ini bilik arwah opah kamu! Katil arwah opah kamu! Tu tuala opah kamu!"

Samsul ingat lagi kejadian tu. Masalahnya, macam mana samsul nak balik dari shah alam ke kedah pagi tu dengan hanya RM10 dalam poket? Samsul tak banyak fikir, dia bakar joint dan isap tenang. Dia fikir, baik high kejap untuk clearkan minda. Rancangan dia berjaya, dia fikir untuk mintak mak dia masukkan duit. Chet! Baik tak payah isap joint kalau tu je dia punya plan.

Samsul mula mengemas barang. Dalam barang-barang dan baju busuk dia, dia terjumpa kamera super 18 yang diberi atuknya bersempena kemasukan dia ke salah sebuah universiti kerajaan. Atuk dia sangat bangga dengan Samsul, mana tak-nya sebab Samsul ambik course filem. Atuk-nya peminat filem. Samsul tak minat filem. Samsul minat Marxist.

Samsul belek-belek kamera lama itu, entah bagaimana dia mahu mencari filamen super 18 di dunia serba android ini. Samsul fikir, kalau nak bikin filem, pakai Iphone pun boleh. Buat apa nak pakai barang lama ni? Dah la mahal filem-nya. Antara quote atuk-nya semasa memberi kamera itu kepada nya adalah :-

" lepas ni kalau kau dah reti pakai ni, nak pakai 16mm ke, 36mm ke dah tak de masalah dah, reti? "

Samsul tak faham ape benda yang atuk-nya cakap.

Lembu Where stories live. Discover now