Temu

20 0 0
                                    

"Agak pak Halim, boleh ke kita jual lembu ni?", Jali di bahagian kanan lembu.

"Jangan Li, bukan kita punya", Halim di sebelah kiri lembu.

Dalam perjalanan membawa lembu putih itu ke rumah Tok Ketua Kampung.

"Tapi macam mana nak tau sapa tuan dia, ape bende pun takde kat lembu ni"

"Tu la sebab tak boleh"

"Tapi pak Halim, kalau jual, saya boleh kongsi-kongsi duit hasil tu dengan pak Halim, bukan murah lembu macam ni"

Halim diam sahaja. Faham sangat perangai orang muda. Darah mereka berderu panas, segalanya keuntungan. Apalah sangat yang ada di kampung ini untuk anak muda seperti Jali ini.

"Pak Halim ni diam je, mesti tengah kira berapa nak bahagi ni"

"Aku nak bawak ke Tok Ketua lepas tu aku nak balik, nanti bini aku bising kau ke nak jawab?"

Jali pula terdiam. Pernah dulu dia kena kejar dengan Cik Jah, bini Halim, dengan parang, sebab curi getah buku dia. Ketakutan Jali dalam peristiwa itu disebabkan oleh 2 faktor, 1) Cik Jah dah tua tapi laju 2) Parang yang meligan Jali itu pernah diguna Pak Halim semasa 13 Mei dahulu yang dikatakan telah penggal 12 kepala orang Cina.

Menderu laju di sebelah mereka sebuah Mercedes putih lama. Perasan Halim yang itu kereta Tok Ketua Kampung. Mungkin baru balik dari pekan gamaknya.

Jali jadi gelisah. Niatnya mahu memiliki lembu itu mungkin akan tinggal impian sebentar sahaja lagi.

***

"LAAAA ILAAAA, HA I'LLALLAHHHHH"

Bertadah tangan Halim dan Jali membacakan doa selepas azan. Bang Asar dari masjid kampung pada petang itu di azan oleh bilal Man.

"Sedap suara cik Man azan"

"Habistu takkan nak harap kamu azan?"

Pedas.

"Assalamualaikum, Tok Ketua!"

Tiada siapa menyahut. Kereta Mercedea putih itu ada di bawah verandah rumah Tok Ketua. Kalau salam tak dijawab mungkin Tok Ketua akan keluar jugak untuk ke masjid.

"Kena kuat sikit kot pak Halim, ASSALAMUALAIKUUUMMM!!!"

Dari dalam rumah,"Waalaikumsalam"

"Eh, Kak Sah, Tok Ketua ada?"
"Ada, tengah mandi, ada kamu Jali"
"Ada Cik Sah, ada je sini"
"Tu lembu sapa yang kamu bawak tu Halim"
"Ini yang nak diceritakan ni Kak, nak kena jumpa Tok Ketua dulu ni"
"Tunggu jap, Tok kamu karang habis la mandi tu, dia nak ke masjid tu"
"Kalau macam tu kami tunggu sini dulu la"
"Ha tunggu le bawah ni, tambat kan lembu tu bawah ni, eloknya terus je kome ikut Tok ke masjid"
"Elok jugak tu"

Jali resah. Panas badan dia kalau nak ke masjid. Air todi yang dikongsi dengan Pa'an tadi pun tak jadi air kencing lagi.

"Terbakar la aku masuk masjid ni", fikir Jali.

***

Samsul turun dari bas dengan muka mengantuk dan pipi berkerak. Terus dia mencari tandas terdekat untuk melunaskan niatnya. Kencing yang ditahan dalam perjalanan selama 2 jam bukanlah perkara main-main.

"Babi punya pak cik bas! Aku dah mintak berenti dia boleh lupa!"

Niagara Waterfall pun tak mampu menandingi kelajuan air kencing Samsul.

Perjalanan Samsul dalam Uber ke kampung halaman selama 45 minit ditambah dengan sedikit kecelaruan informasi dengan pemandu Uber berkaitan lokasi yang dituju menyebab kan Samsul terpaksa membayar lebih. Duit Samsul makin berkurang dan Mak nya dah menyatakan duit seterusnya akan di masukkan lagi 2 minggu. Samsul makin serabut. Perutnya berbunyi.

"Ni kepala Lembu pun aku boleh makan ni"

Berheti mengejut Uber nya. Tak sangka yang Samsul boleh lupa yang pemandu Ubernya itu adalah seorang pak cik India. Terus bergaduh dan dihalaunya keluar dari kereta.

Dalam sesal, rupanya Samsul tak sedar yang dia sebenarnya sudah sampai di kampungnya. Lokasi yang diberikan Google Maps pun menunjukkan perkara yang sama. Samsul sudah sampai.

"Samsul?"

Suara dari belakang nya menegur, dia pernah dengar sebelum ini. Samsul berpaling. Seorang tua, seorang remaja dan seekor lembu.

"...Ye. saya?"
"Kamu ni cucu arwah Imam Jalil, kan?"
"Ha'ah"
"Lambatnya kamu balik?"
"Ha'ah, tu la"
"Kamu yang belajo kat Shah Alam tu kan"
"Ha'ah, saya la"
"Ha! Betul la kamu cucu dia, cucu sulung dia"
"Ha'ah, saya la tu"
"Kamu nak ke kubor atok kamu ke?",Jali mencelah.
"Eh, bukan la sekarang"
"Memang la bukan sekarang, dah petang sangat dah ni"
"Kenapa kamu lambat beno baliknya?"
Samsul rasakan soalan-soalan ini semakin menjerat diri dia.
"Kamu kenal ke aku sapa?", tanya Halim.
"Rasanya kenal kot"
"Ye beno kamu kenal aku, dah lama sangat kamu tak balik sini"
"Kenal la rasanya, In Syaa Allah ingat"
Halim hanya memandang teruja kepada Samsul. Manakan tidak, cucu arwah Imam Jalil yang selalu dicanang-canang arwah itu sudah balik ke kampung.

"Ni kamu nak kemana?"
"Nak ke rumah atuk, arwah atuk"
"Kamu nak tido sana ke?"
"Ha'ah"
"Berapa lama kami kat sini?", Jali mencelah lagi.
"2 ke 4 hari mungkin"
"Kamu kalau takde apa-apa datang le rumah", Halim menjemput Samsul. Jali memandang Halim. Risau.
"Ha In Syaa Allah"

Lembu itu memusing-musing kan kepala nya. Mengibas nyamuk yang mula mengerumun kepalanya. Perhatian mereka bertiga bertukar ke lembu itu.

"Lembu sapa ni cik?"
"Buat apa kamu nak tau?", Jali masuk.
"Lah, kena la dia tau, jumpa pun atas kubur atuk dia"
Samsul terkejut.
"Atas kubur atuk?"
"Ha'ah, aku nak ratakan tanah kubur atuk kamu, dah mendap, 2 malam hujan, elok aku sampai, ada lembu ni, sapa punya pun aku tak tau"
"Takkan takda pemilik dia"
"Kamu ni berminat sangat nak tau ni kenapa?"
Pelik Samsul dengan soalan dari Jali. Entah untuk apa lah yang dia mahu dengan lembu itu, padahal dia baru sahaja sampai.
"Tak, saya saja tanya"
"Tak payah tanya banyak, ni bukan lembu sapa-sapa, kami nak simpan lembu ni, sampai tuan dia cari"
Halim mencelah,"bukan kami, aku yang simpan, kamu dengo apa tok ketua cakap tadi"
Jali memandang tak puas hati.
"Dah, dah nak maghrib ni, pegi la kamu ke rumah atuk kamu, nanti senang-senang mari ke rumah"
"In Syaa Allah pak cik"

Halim dan Jali pergi meninggalkan Samsul. Mega langit keemasan menandakan dekatnya waktu maghrib.

"Aku rasa aku high lagi ni", ngomel Samsul.

Lembu Where stories live. Discover now