Hantu loker

7.4K 205 26
                                    


Cerita ini diceritakan oleh kawan lama ketika bersekolah disalah sebuah sekolah berasrama disemenanjung tanah air. Setiap seorang pelajar akan diberikan loker untuk kegunaan seharian. Kebiasaannya loker tersebut tidaklah sebesar mana, cukup ruang untuk menyimpan pakaian, makanan kering dan sebagainya. Kedudukan loker juga cuma bersebelahan dengan katil empuk pelajar. Ceritanya bermula pada suatu senja ketika dia menuju ke arah lokernya. Kebetulan pada waktu itu dia datang bulan semasa berada disurau sekolah. Dengan segera dia pergi mendapatkan pad di dalam lokernya. Cuma dia seorang saja dalam dorm tu.
Pada mulanya dia rasa seperti biasa. Apabila dia cuba untuk membuka loker dia dapat rasakan sepasang mata sedang memerhatikannya disebalik loker dihujung dorm. Dia menyelak helaian baju untuk mencari bungkusan pad namun tidak menjumpainya.
"Liza... Liza.. " seseorang memanggil namanya disebalik loker. Ya! Namanya memang Liza. Jantungnya berdegup laju. Siapa pula yang panggil dengan suara bergetar.?
Panggghh! Bunyi loker ditutup kuat. Rasanya tadi tiada loker yang terbuka selain daripada lokernya. Sedang dia asyik mencari pad tiba-tiba ekor matanya terlihat jari jemari halus dipintu loker. Liza tergamam dan terkejut. Tanpa berlengah dia terus berlari keluar dari dorm. Sampai ditangga yang terakhir Liza mendongak kearah dorm.. cuba teka apa yang Liza nampak..
Liza nampak lambaian tangan kecil tadi disebalik tingkap dorm. Dia teruskan perjalanannya menuju ke surau..Dia hanya duduk diluar surau dalam keadaan terpinga-pinga. Rakan baiknya datang menghulurkan pad setelah mendengar keluhan Liza.
"Kau tak jumpa apa-apa ke?"
"Ada!"
"Kau jumpa apa? "
"Ni ha aku jumpa dompet kau kat atas katil. "
"Syikin,aku tak bawa dompet pun. Aku tinggalkan kat dalam loker. "
"Haihhh..biar betul?Memang aku jumpa atas katil kau. Ambil ni. "
Liza mengambil dompetnya lalu bangun untuk ke tandas.
"Syikin jom temankan aku pergi tandas."
Syikin menggangguk setuju.
Liza memerhatikan tingkap dorm yang terbuka luas.Namun tiada apa-apa disitu. Dengan pantas Liza membuat apa yang perlu. Dia tak sedap hati apabila Syikin tiada diluar tandas. Puas dia memanggil nama Syikin tetapi tiada sahutan. Liza berlari keluar dari tandas. Dari jauh dia dapat melihat Syikin berjalan beriringan dengan seseorang.
"Syikin! Tunggu aku!"
"Laa kau kenapa..Kau kan kat..... se.. se..sebelah aku.?"
Sekelip mata susuk tadi hilang.
Langkahku terhenti. Syikin menuding jari ke arah aku.
"Siapa tu?"
Liza tidak berani untuk menoleh malah dia terus berlari ke arah Syikin. Malam itu mereka ceritakan apa yang berlaku tetapi cuma segelintir sahaja yang percaya. Liza cuba melelapkan mata. Dalam kesamaran lampu koridor dia ternampak sesuatu diatas loker dihujung dorm. Sesuatu yang membongkok merenung kearahnya. Berambut panjang mengurai serta berpakaian kotor. Liza terus memejamkan matanya..

Hantu SekolahWhere stories live. Discover now