Hantu Cafe

4.3K 95 4
                                    


       Kisah terjadi disalah sebuah IPTA. Kenalan saya bekerja sementara dikedai photostat dalam kawasan Ipta tersebut. Waktu bekerja sehingga lewat malam. Memandangkan umurnya waktu itu baru 17 tahun maka ramailah yang menasihatinya supaya sentiasa berjaga-jaga dan jangan pergi ke Cafe berhadapan dengan kedai photostat tersebut. Pada mulanya dia tak kisah apa yang pekerja lama dan pelajar disitu nasihatkan. Kenapa pula tak boleh pergi ke cafe selepas pukul 11 malam? Tetapi apabila ramai yang memberi peringatan yang sama dia mula rasa tak sedap hati.
      Setiap malam dia lihat cafe terang benderang dan terdapat orang didalamnya. Cuma yang peliknya semua orang membelakangkan kedai tempat dia bekerja. Dia tidak pernah nampak sesiapapun yang menunjukkan muka. Situasi dalam cafe itu sama seperti cafe yang lain orang duduk makan, jalan dan berbual namun semuanya hanya bahagian belakang badan. Hanya cafe itu sahaja yang beroperasi setiap malam selepas pukul 11 malam.
      Segala pertanyaannya terungkai apabila polis bantuan disitu berkata
"Dik, jangan pergi cafe selepas pukul 11 malam sebab dalam tu semuanya bukan orang... Adik ingat tu. "
Patutlah kelakuan orang dalam cafe itu pelik dan tak masuk akal. Selepas itu setiap malam dia perhatikan tindak tanduk makhluk di dalam cafe tersebut. Manalah tahu rezeki dia dapat lihat wajah sebenar mereka.

Hantu SekolahWhere stories live. Discover now