Hantu Dorm 12

2.8K 74 4
                                    


      Sebenarnya kisah ni sedikit menyentuh perasaan aku. Peristiwa ini berlaku beberapa tahun yang lepas melibatkan seorang pelajar lelaki. Pelajar tersebut berasal dari Kelantan melanjutkan pelajaran di semenanjung tanah air. Sudah menjadi rutin hariannya untuk pergi ke dobi sebelum menghadiri kelas. Dobi yang terletak berhampiran cafe menjadi pilihannya. Pada suatu hari dia tidak sempat sampai dobi kerana mengalami kemalangan dihadapan dobi. Lori yang melanggarnya adalah lori cafe berhampiran.  Kemalangan berlaku apabila dia cuba melintasi jalan yang berbukit. Tetapi malangnya dia tidak kelihatan sehingga dilanggar lori dan mati di tempat kejadian.
      Memandangkan keluarga arwah jauh  pihak sekolah menyempurnakan jenazah di sebuah bilik yang dinamakan Dorm 12. Dari urusan memandikan sehinggalah mengkafankan dilakukan di dalam dorm 12. Dorm tersebut dipilih kerana lebih luas dari dorm yang lain. Suasana sepi dan pilu atas apa yang terjadi. Kejadian itu memberi kesan kepada dorm 12 walaupun telah lama perkara itu berlaku. Jika kedudukan katil dan loker dialihkan ke tempat lain sesuatu yang pelik dan tak masuk akal pasti akan berlaku keesokan harinya. Setiap perabot yang dialihkan akan ditempatkan semula ke tempat asalnya.  Bukan sekali dua tetapi ianya berlaku setiap kali perabot dialihkan sama seperti kali terakhir arwah diletakkan sementara disitu. Keadaan itu berlaku sehingga ke hari ini. Tiada sebarang perabot yang kekal untuk dialihkan.

Hantu SekolahWhere stories live. Discover now