Hantu Pak Guard 2

2.2K 74 15
                                    


      Hari sudah agak lewat. Selepas perlawanan bola sepak antara kolej Arman terlelap kerana terlalu penat. Kira-kira pukul 12.30 malam barulah dia bangun untuk mandi. Suasana hening sedikit pun tidak menyeramkan Arman. Dia memang terkenal dengan keberanian dan kelantangan dalam bersuara malah dalam apa sahaja. Arman masuk ke dalam toilet dan terus menuju ke tandas tanpa menyedari ada sesuatu yang menantinya disebalik tingkap atas tandas.
      Usai mandi,Arman berjalan keluar dengan hanya memakai tuala.
Cepek...cepek... cepek...!!!! bunyi selipar getah Arman. Setibanya disebuah bilik kosong dia lihat ada cahaya dibawah pintu bilik. Setahu dia bilik itu memang berkunci dan bermangga dari luar. Dia tidak mengendahkan cahaya tersebut dan terus menuju ke biliknya.
      Kiiiokkkk...bunyi pintu bilik dibuka.
"Man!  Kau dah siap presentation esok?"   Soal David rakan sebilik Arman.
"Belum lagi. Nasib baik kau ingatkan aku. " Arman membuka laptop diatas meja. Sedang dia asyik menaip dia ditegur seseorang.
"Arman, bakul mandian kamu tertinggal dekat tandas."
"Oh..yeke.. terima kasih bagitahu ye."
David yang baru hendak memejamkan mata merenung tajam ke arah Arman.
"Kau cakap dengan siapa?"
"Dengan pak guard tu lah."
Dia menuding jari ke arah luar tingkap bilik.
"Bro! Kau tak sedar ke kita kat tingkat 3?! Tu bukan pak guard... kau tengok dia jalan kat mana tu? "
Arman mengangkat mukanya dan memandang keluar tingkap.
"Dia terbang lahhhhh!!"

Hantu SekolahWhere stories live. Discover now