Hantu Pak Guard

2.2K 64 0
                                    


      Pada suatu hari Pak Khalid bertugas shift malam di sebuah asrama sekolah. Berbekalkan air kopi panas dan biskut kering dia duduk didalam post guard sambil mendengar radio. Dia sudah bekerja selama dua tahun di asrama sekolah yang baru itu. Selama itulah dia belum pernah diganggu atau berjumpa dengan kejadian pelik disitu sedangkan rakan sekerja yang lain sudah mengalami pelbagai gangguan dan jelmaan.
"Alah... korang semua memang lemah semangat. Tengok aku mana dia berani kacau. " kata-kata yang pernah Pak Khalid lontarkan.
      Pada malam dia berada dipost guard ada sebuah kereta menuju ke arah pintu pagar asrama. Lampu kereta yang terang mengganggu penglihatan Pak Khalid. Dia bingkas bangun untuk melihat. Apabila dia menghampiri pintu pagar kereta tadi tiada lagi disitu. Dia melihat keluar pagar kiri dan kanan memang tiada kereta yang dipakir dikawasan itu. Pak Khalid kembali berada dipost guard. Apabila dia melabuhkan punggungnya tiba-tiba kereta tadi muncul kembali dengan laju beserta lampu yang terang benderang. Kereta tersebut dipandu laju menembusi pintu pagar lalu hilang dihujung jalan. Kelihatan muka tanpa wajah dari dalam kereta. Pak Khalid tercengang-cengang dan menggigil ketakutan.
      Bukan kali pertama kejadian itu berlaku. Bila diselidik kemungkinan besar ianya jelmaan pak guard yang pernah bekerja ditapak asrama tersebut yang merupakan sebuah ladang estet. Sejak hari itu Pak Khalid tidak lagi berkata besar.

Hantu SekolahWhere stories live. Discover now