Hantu nenek berbaju putih

1.5K 43 3
                                    

     Aku mengajar di salah sebuah sekolah di kampung. Sekolah aku terletak agak pedalaman tapi ada rumah disekelilingnya. Ketika mula-mula aku mengajar disitu aku tidak rasa apa-apa yang pelik sampailah suatu hari hujan turun dengan lebatnya.  Dalam keterujaan melihat banyak daun yang gugur kerana angin kencang aku mencapai telefon bimbit dan dengan tangkasnya aku mengambil gambar. Beberapa minit kemudian hujan dan angin kencang semakin reda. Aku mengambil keputusan memberanikan diri untuk ke tandas. Sekembalinya dari tandas aku terus membelek gambar-gambar yang aku ambil tadi.
     Mataku terpaku pada paparan skrin telefon.. Ada kelibat seseorang di kereta rakan sekerja. Aku yakin tiada sesiapa di situ pada ketika aku mengambil gambar dan yang peliknya kelibat itu berpakaian putih dan fizikal yang agak rendah jika dibandingkan dengan kami semua.
Meremang bulu roma apabila aku dapati raut wajah kelibat itu agak tua dan bangkok. Aku tunjukkan pada rakan-rakan dan mereka juga bersetuju itu adalah kelibat nenek berbaju putih. Aku juga ditegah untuk tidak lagi mengambil gambar ketika hujan dan angin kencang. Mereka kata mungkin ketika itu makhluk halus juga sedang cari tempat untuk berteduh. Walaupun mereka minta aku padam gambar tersebut, aku masih lagi simpan sebagai tanda kenang-kenangan.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 26, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Hantu SekolahWhere stories live. Discover now