Jijik tak dengar tajuk ni?
Kalau tahu jijik, kenapa tak bersihkan betul-betul? Kenapa dibiarkan terapung-apung dan berenang-renang? Kenapa dibiarkan melimpah-ruah? Kenapa dibiarkan terpalit di sana sini? Dan kenapa dicorakkan tempat duduk tandas tu dengan corak tapak kasut adik?
Tandas awam di Tanah Melayu ni macam tak ada perubahan sejak merdeka dahulu hinggalah sekarang. Takkanlah nak tunggu sampai lima generasi atau 200 tahun lagi baru nak berubah? Tandas je pun. Lepas guna tu pamlah dan pastikan semuanya hilang. Kalau masih ada sisa, gunalah paip air tu dan cucilah.
Takkan itu pun abang nak ajar, dik?
Kat rumah, siapa yang buat semua tu? Emak? Ayah? Bibik?
Kebersihan adalah perkara asas yang wajib diamalkan dalam diri setiap manusia. Apatah lagi kita yang beragama Islam dituntut supaya menjaga kebersihan. Tapi kita di Tanah Melayu, sebuah negara yang didiami oleh majoriti manusia yang beragama Islam ni kenapa tandasnya kotor? Kenapa longkangnya kotor dan busuk? Kenapa air sungai keruh dan penuh dengan sampah sarap?
Kenapa? Kenapa?
Pengalaman abang di Jepun, sampah adalah benda yang tabu yakni ia adalah benda yang memalukan dan tidak akan dibiarkan kelihatan. Jadi kalau berjalan di kota Tokyo tu, nak jumpa sampah sangatlah payah. Nak jumpa puntung rokok? Jauh sekali. Tandas awam semuanya bersih dan kering.
Cuba tengok di tempat kita pula. Semua jenis sampah terutama puntung rokok sangat mudah dilihat. Pergilah ke ceruk mana pun, pasti jumpa. Kalau nak masuk tandas yang bersih dan selesa, kenalah masuk tandas di kompleks membeli-belah yang hebat-hebat sikit atau terus cari hotel empat lima bintang. Baru selesa dan aman nak melepaskan hajat.
Cuba masuk tandas di tempat awam seperti di stesen bas contohnya, sanggup tak nak melepaskan hajat besar di situ? Cuba masuk ke mana-mana restoran yang biasa-biasa sahaja dan tengok tandasnya. Paling menarik, cuba masuk ke tandas masjid atau surau. Macam mana keadaannya?
Jijik tak?
![](https://img.wattpad.com/cover/120998510-288-k882815.jpg)
YOU ARE READING
(TEASER) Mentaliti Jamban - Khairul Abdullah
Non-FictionKHAIRUL ABDULLAH adalah seorang pereka grafik dan laman web yang pernah bekerja dan menetap di Jerman. Beliau juga mempunyai pengalaman yang agak luas dalam dunia backpacker dan kembara serta pernah mengunjungi banyak bandar utama di dunia. Segala y...