5.3 - Tahi

67 1 0
                                    

Abang pernah jumpa bilik air atau tandas rumah yang lebih teruk daripada tandas awam. Menjijikkan, tahu tak? Tandas ni tempat kita membuang sisa. Di tandas juga terkumpul segala macam bakteria dan punca segala macam penyakit. Tandas yang sentiasa lembap memudahkan bakteria membiak dan berkumpul dengan banyak. Kalau tandas tak bersih dan tak terjaga, maka penyakit mudah merebak.

Itu fakta mudah.

Tandas atau bilik air kita kebanyakannya jenis basah dan lembap. Kita guna air secara maksimum ketika memberus gigi, mencuci muka, berwuduk, dan juga mandi. Bilik air atau tandas mesti basah lencun setiap kali selepas kita melakukan aktiviti tersebut.

Maklumlah, bil air murah di Tanah Melayu ni. Ada satu negeri tu, bil air percuma. Apa lagi, gunalah semahunya. Biasalah, benda percuma ni mana orang nak hargai sangat.

Selain itu, cara kita mandi juga menjadi faktor utama bilik air basah lencun dan juga berlaku pembaziran air. Memandangkan bilik air kita yang disekalikan dengan tempat mandi dan tandas itu saiznya sangat kecil, maka kita tidak dapat mengelak daripada membasahkan keseluruhan bilik air ketika mandi.

Namun sebenarnya kalau nak bilik air dan tandas bersih dan kering, kita ada seribu satu cara untuk melakukannya. Kita boleh asingkan tempat mandi dengan memasang tirai mandi (shower curtain). Kalau ada pilihan, kita boleh mandi dengan lebih beradab dan sopan tanpa perlu memercikkan air seperti mandi di dalam tab mandi. Kita boleh berwuduk dengan tertib dan menggunakan air dengan kadar paling minimum.

Kita sudah terbiasa begitu. Sejak dari kecil begitulah kita dididik dan begitulah cara kita menggunakan tandas dan bilik air. Tak ada sesiapa yang menegur kita bagi menyatakan cara itu salah. Jika kita menggunakan tandas di rumah kawan atau jiran sehingga lencun pun, kawan atau jiran tadi tak akan menegur kita.

Maka bagi kita, itulah caranya. Tiada yang lebih baik berbanding cara sedemikian. Selepas menggunakan tandas, tarik pam tandas dan terus keluar. Biarlah apa nak jadi pun kepada hasil buangan kita itu. Itulah punca masalahnya. Memandangkan sekarang ramai yang berura-ura nak tukar kerajaan, apa kata kita tukar sekali cara penggunaan tandas?

Boleh, kan?

(TEASER) Mentaliti Jamban - Khairul AbdullahWhere stories live. Discover now