Mama sakit lalu kenapa kau yang beria tetibe menghantar pesanan ringkas kepadaku dan bertanya mengenai mama . Kenapa kau harus bertanyakan soalan itu kepada aku.
Aku sudah lupa sebenarnya akan cinta yang dulu aku sanjung tinggi , cinta yang dulu aku kejar sehingga aku buat diri aku seperti seorang perempuan yang tidak mempunyai maruah.
Terhegeh-hegeh akan peluang untuk bersama kau. Sumpah aku dah boleh lupakan kau. Tapi kenapa kau harus datang kembali meragut sakitnya hati ini.
Kau ws aku bertanya itu ini mengenai kehidupan aku sekarang selepas setahun kau pergi. Kau ingin menguji aku ? Kononnya aku tidak dapat penganti kau. Kononnya aku tidak bahagia selepas setahun kita berpisah.
Kau silap !
Aku struggle untuk move on dari kau. Melihat diri kau gembira buatkan aku nak menjadi seperti kau juga. Aku berjaya akhirnya.
Aku sudah boleh terima kenyataan bahawa aku tidak akan memiliki kau.
Walhal aku sudah lupa semua perkara mengenai kau. Lalu kenapa kau harus datang kembali !Lalu , apa harus aku lakukan kini ?

YOU ARE READING
Aku Move On
Random▪Ya Allah , jika dia bukan tercipta untukku ,jauhkanlah dia dari pandangan mataku. Jika benar dia tercipta untukku , kau satukan kami dengan restu. Amin. ▪Belajarlah melepaskan kerana Allah. InshaAllah kau akan kuat. 💪 ▪Untuk manusia yang tak kuat...