Hai uolls!!! Hope korang enjoy ye!! Vote jgn lupa. Sis mohon😉
.
.
.--------------------------------
Bab 1
Suasana hening di malam hari membuat hatiku bertambah pilu dan terluka. Dia yang aku impikan telah menjadi hak milik orang lain. Betul apa orang cakap, kalau dah suka jangan tunggu lama-lama nanti dikebas orang. Mungkin aku dengan si dia tidak ditakdirkan bersama.
"Haira!!! Jom kita pergi makan. Aku lapar."Rengek Izzati kepadaku.
Aku masih setia di balkoni melihat keindahan malam tanpa menghiraukan renggekan si Izzati di sebelah.
"Haira!!! Kau dengar tak ni? Sudah-sudahlah fikirkan pasal dia tu. Just move on. Aku tak nak dengar dan tengok kau sedih tak bermaya macam ni. "Pujuk Izzati sambil mengusap bahuku.
"Aku bukan apa, terkejut bila dapat tahu yang dia dah bertunang. Aku sayang sangat-sangat dekat dia. Setiap malam dan pagi dia selalu bagi ucapan dan kata-kata semangat. Aku cuba untuk lupakan dia. I will!! Thank you, Izzati. You are the best. Jom, aku teman kau makan." Terus aku memaut lengan sahabat tercinta untuk masuk.
Aku meliarkan mata melihat suasana restoran dengan pandangan sayu tanpa mengusik sedikit pun makanan yang terhidang di depan mata. Serius, aku rasa tak berselera langsung. Tetiba, Izzati bersuara.
"Kau ni kenapa? Dari semalam kau tak makan." Bebel Izzati sambil merenung tajam ke arah aku.
Aku hanya mampu tersenyum tanpa melihat muka bengis sahabatku itu. Bukan aku sengaja tak nak menjamah, tekak langsung tak nak terima sebarang makanan buat masa ni.
Akhirnya, Izzati mengalah dan mengajak aku pulang kerana hari sudah larut malam. Aku akur dan bangun untuk membuat pembayaran. Aku terus menuju ke parking kereta kerana Izzati telah menunggu disana. Baru sahaja ingin melangkah sepasang sejoli yang amat aku kenali menegur.
"Assalamualaikum, Haira. Nak ke mana ni?" Tanya Syem kepadaku.
"Waalaikumussalam, nak balik ke rumah." sambil membalas senyuman kepada Julia, yang bergelar tunang kepada Syem beberapa hari lalu.
Lalu aku meminta diri kerana tidak tahan melihat kemesraan yang ditunjukkan oleh pasangan bahagia itu. Airmata kembali membasahi pipi dengan lebatnya tanpa dapat ditahan lagi. Setibanya di parking lot kereta aku terus memeluk Izzati dan melepaskan segalanya tanpa menghiraukan pandangan orang yang lalu lalang disitu.
"Haira, kau kenapa ni? Siapa buat kau sedih macam ni? Ada orang kacau ke?" Bertalu-talu soalan yang dilemparkan.
Tapi aku hanya senyap dan terus masuk kedalam kereta di seat penumpang sebelah pemandu. Aku penjamkan mata tanpa menjawab sebarang persoalan Izzati."Bila dah sampai,kejutkan aku."kataku lantas menutup mata.
-------
"Huargh! Pedihnya mata aku. Pasti bengkak." Bisik hati aku. Tanpa membuang masa aku bingkas bangun menyucikan diri dan melaksanakan kewajipan bagi seorang muslim kepada penciptanya. Selesai solat, aku menghirup udara pagi di balkoni bilik sebelum menyediakan sarapan. Aku termenung mengenangkan apa yang terjadi semalam.
"Kau kene kuat, jangan tunjuk diri kau lemah. Hidup mesti diteruskan. Allah Maha Adil. Dia tidak akan menguji hambanya melebihi kemampuan kita. Kau kene percaya Allah telah aturkan perjalanan kehidupan ni dengan sebaiknya. La Tahzan Wa La Tahinu , Qawi Lillahi Ta'ala
Jangan bersedih dan jangan lemah , Kuatlah kerana Allah Ta'ala." Pujuk hatiku."Ya! Aku kene teruskan. Kau boleh!" Laungan aku menyebabkan Izzati tercegat didepan bilik aku dengan muka terkejut.
"Kau kenapa? Terkejut aku dibuatnya." Jelingan maut dihadiahkan.
"Nothing my dear. Pasal semalam nanti senang aku cerita ya." Terus aku meninggalkan sahabatku menuju ke dapur.
"Sedapnya bau. Kau masak nasi goreng kegemaran aku, Haira?"sambil menghidu aroma nasi goreng yang terhidang di atas meja.
"Ya, semenjak dua hari ni,
aku selalu susahkan dan biarkan kau makan sorang-sorang."kataku sambil mencedok sesenduk nasi kedalam pinggan dan mempelawa dia makan.Selesai makan, aku tinggalkan Izzati di dapur untuk mengemas sementara aku terus menuju ke ruang tamu untuk menonton cerita kartun. Well, aku dah masak dia yang kemas. Deal, right.
![](https://img.wattpad.com/cover/122190998-288-k897362.jpg)
YOU ARE READING
Lovely One
RandomSinopsis Disebabkan Syem, Haira menjadi seorang yang dingin dengan lelaki. Sebab itulah Haira tak suka dengan lelaki yang cuba rapat dengan dia. Kehadiran seseorang lelaki telah berjaya mencairkan ego Haira. "Will you be my wife, sweetie?" -FARES ER...