Haira tiba di tempat yang dijanjikan tepat jam sepuluh pagi.Ketika itu, dapat dilihat ramai orang sedang sibuk menguruskan dewan besar itu Dapat dilihat satu pentas panjang di mana para peragawati akan berjalan dan menunjukkan rekaan fesyen terkini daripada pereka-pereka fesyen terkenal.Itulah yang bakal terjadi dalam beberapa jam lagi.
Bila terimbau kekecohan semalam aku dengan Izzati bertungkus lumus untuk siapkan baju si model cerewet ditambah pula dengan mulut yang super power tu,ikutkan hati nak je buat baju tak siap. Siap nak saman syarikat tempat aku bekerja lagi, siapa tak panas, hah? Lebih kurang jam tiga pagi semua selesai dengan jayanya. Yang tak syoknya, pagi ni aku dah terpacak dekat sini semata-mata nak hantar baju si Thalia ni. Masalahya, batang hidung minah tu pun aku tak nampak dari tadi lagi, Dah la, dengan ramainya orang lagi menyesakkan dada aku yang tengah mendidih ni.
Haira sempat menyekat langkah seorang wanita cantik yang tengah memegang satu fail putih.
" Miss, sorry kacau you. Miss Thalia, dekat mana, ya?" tanya Haira. Senyum dimaniskan.
Wanita itu pandang pelik kepada Haira.Pasti pelik apabila Haira mencari orang paling penting dalam majlis tu. Sorry sikit, aku pun tak ingin stay lama-lama dekat sini.
"Oh, I am Haira. A friend of her." Haira memperkenalkan diri. Takut juga kalau dianggap pengendap Thalia. Dah la aku tipu minah dekat depan ni. Tipu sunat takpe kan? Tak nak la jadi kawan kepada minah tak siap macam tu.
Reaksi wanita itu berubah sebaik sahaja Haira menyebut namanya.
"Oh, you Haira kawan kepada Thalia? You tahu tak dia pergi mana? Dari tadi lagi kitorang tunggu kehadiran dia. Majlis dah nak mula dalam sejam lagi. Suka sangat buat masalah last minute minah tu.
" Anyway, I, Mel." Dalam kesibukan Mel, sempat dia dan Haira berbalas salam.
"Boleh tak you follow I pergi kat bilik belakang sekejap." arah Mel.
"Haa, okey."
"Okey, terima kasih."
"Sama-sama." senyum dalam keterpaksaan dan terus mengikut langkah wanita itu dari belakang. Nampak sibuk sangat. Sampai-sampai berjalan pun macam nak marathon. Aku dekat belakang hampir tersungkur disebabkan ingin kejar Mel .
Setibannya Haira dekat sana, Haira terpaku buat seketika. Pertama kali sebenarnya dia datang ke tempat-tempat macam ini. Kalau bukan sebab Thalia, rasanya tak mungkin dia jejakkan kaki ke sini. Jejak satu ibu jari pun tak rasanya. Sebab dia memang tak minat langsung pasal modelling ni. Dia hanya suka menjahit dan mereka sahaja. Selebihnya, dia serahkan tugas macam ni dekat Si Cherry.
Haira nampak Mel tengah berbual dengan seorang lelaki yang dia tak kenal. Dari tadi aku kat sini, aku hanya kenal insan bernama Mel sahaja. Malas nak kacau, Akhirnya, Haira duduk diatas kerusi kosong dibelakang Mel. Walaupun Mel tak pelawa tapi aku dah penat sangat duk terpacak macam anak patung kat belakang dia ini. Dari jauh, dia nampak muka Mel yang khusyuk mendengar dan sesekali berbicara dengan lelaki itu. Huh... Tak lain tak bukan. Cakap pasal kerja dialah tu! Masalahnya sekarang, Kenapa aku dibawa kesini?
![](https://img.wattpad.com/cover/122190998-288-k897362.jpg)
YOU ARE READING
Lovely One
RandomSinopsis Disebabkan Syem, Haira menjadi seorang yang dingin dengan lelaki. Sebab itulah Haira tak suka dengan lelaki yang cuba rapat dengan dia. Kehadiran seseorang lelaki telah berjaya mencairkan ego Haira. "Will you be my wife, sweetie?" -FARES ER...