Part 3

25 1 0
                                    

Telefon bimbit Izzati berbunyi lagi. Sempat dia mengerling ke arah pergelangan tangan. Sudah hampir pukul 6:30 petang. Matilah dia kali ni kene bebel lagi.

"Izzati! Kau kat mana tu? Dah balik kerja ke belum? Kenapa tak sampai lagi ni? Aku dah lama tunggu kau tau." Haira terus membebel sebaik sahaja Izzati menjawab panggilannya.

"Ya, ya. Aku dalam perjalananlah ni. Jalan sesak ni. Kau tunggulah sekejap," balas Izzati. Agaknya semua orang spesis Haira ni memang jenis suka membebel kut. Bunyi pun kedengaran lebih kurang sama sahaja. Izzati masih sempat menelah.

"Tadi aku suruh kau balik awal kan? Sekarang ni, dah pukul berapa? Aku ni dah berpeluh tau sebab tunggu kau lama sangat. Kau ni tolonglah hargai masa sikit. Masa itu kan emas, respeklah sikit." bebelan Haira semakin menjadi-jadi.

"Amboi! Haira cakap pasal reskpeklah pula. Habis, masa dia ni ada Haira respek? Sesedap hati sahaja Haira tuduh dia begitu. Ini buat dia rasa nak naik angin.

"Kau ingat, jalan kat bandar ni macam jalan kat kampung ke? Lengang tak ada kereta? Aku baru habis mesyuarat tadi. Nak kene layan perut dulu. Memang la makan masa sikit." Izzati membalas dengan menekan sedikit suaranya.

"Ya, ya. maaflah aku kusut sangat ni. Cepatla balik." kedengaran suara Haira telah berubah.

"Yela, sekejap lagi aku sampai. Aku tengah memandu ni. Bye." Izzati meletakkan telefonnya di tempat duduk sebelah.

"Assalamualaikum! Mana laa si minah bertuah ni. Tadi beria-ria call suruh aku balik cepat sebab ada hal penting pasal respek masa pun dia kaitkan. Haa, sekarang ni batang hidung pun tak nampak." Bebel Izzati menuju ke ruang tamu melepaskan lelah sebelum mandi.

"Wa'alaikumussalam., Ha sampai pun kau. Aku ada masalah besar ni, si Cherry tadi alang-alang aku dah masuk lambat dia kaitkan aku dalam urusan saman syarikat dia, maksud aku syarikat tempat aku cari rezeki. Aku apa lagi, terkejut la makhluk mana la hati busuk sangat tu. Kau kenal tak artis yang baru nak naik tu?"

"Nama dia tak silap aku Thalia," jawab Izzati.

"Haa! minah tu la yang berani nak saman syarikat aku tu. Si Cherry tak ada pilihan lain dan suruh aku siapkan satu koleksi untuk si Thalia tu. Dan aku nak kau tolong aku siapkan baju tu malam ni juga," please..

 Lovely OneWhere stories live. Discover now