SPECIAL CHAPTER 5

16 2 3
                                    

Ha Na terjaga dari tidur bila dia mendengar suara tangisan Min Ha. Dia segera ke bilik Min Ha untuk memastikan anaknya itu baik-baik sahaja.

Tangisan Min Ha mulai reda apabila kelibat ibunya muncul di hadapannya. Anak kecil itu memeluk erat tubuh ibunya.

"Waegeurae, sayang omma??" Jemari Ha Na lembut mengusap rambut anaknya.

"Min takut hik..hik"

"Jangan risau omma ada dengan Min Ha. Omma tidur dengan Min Ha ya sayang"

"Yaksok yang omma takkan tinggalkan Min Ha seorang diri bila Min Ha tidur nanti?"

"Ya, Min Ha baring ya. Omma nak tengok Ha Jin sekejap" Min Ha hanya menganggukkan kepalanya. Ha Na bergerak ke tempat tidur anak bongsunya yang baru berumur setahun 3 bulan. Didukung anaknya dan dia membaringkan anaknya di sisi Min Ha sebelum dia turut berbaring di sebelah Ha Jin.

"Ha Jin comel kan omma" Min Ha tersenyum menunjukkan giginya.

"Comel sangat sayang"

"Min Ha rindu appa, appa dah macam tak sayang Min Ha. Dia abaikan Min Ha dan Ha Jin"

"Appa sibuk sayang. Omma kan ada. Tidur ya sayang"

"Eung"

Tidak sampai beberapa minit anaknya sudah terlelap. Dia menutup lampu dan kini dia turut terlena.

Tanpa Ha Na sedari, Jimin mendengar kesemua perbualan mereka. Kedudukannya yang agak tersorok membolehkan dia mencuri dengar perbualan diantara isteri dan anaknya.

"Oppa tak sangka yang perbuatan oppa buatkan chagi dan anak-anak tersisih, mianhae chagiya~" setitis demi setitis air mata mulai turun di pipinya. Dia menutup pintu dan turun ke dapur.

Jam yang menunjukkan waktu 3a.m tidak dihiraukannya. Dia mengambil apron dan memakainya. Niatnya untuk membuat kek untuk isteri dan anak-anak yang tercinta.

Hampir dua jam barulah dia mampu menyiapkan kek coklat buatannya. Kini, dia hanya perlu biarkan kek coklat itu sejuk dan hidangkan untuk keluarganya. Dia menyimpan kek ke dalam peti ais dan dia berlalu pergi ke biliknya.

Jimin membersihkan dirinya dan dia mengenakan seluar jean bersama t-shirt berwarna kuning. Dia kemudian mencapai kunci keretanya dan keluar dari rumah.

Hampir 20 minit memandu dia kini sampai di sebuah bakery yang terkenal dengan keenakan rotinya. Bakery itu adalah milik sahabatnya, Kin Seok Jin.

Jimin memarkirkan keretanya di sebelah kereta J-Hope. Dia lewat 3 minit dari yang sepatutnya.

"Maaf hyung, Chim lambat" Jimin mengambil tempat duduk di sebelah Minhyuk.

"Kwenchana" Minhyuk hanya memberikan segaris senyuman.

"Hyung patut bersyukur kerana kami sanggup tolong hyung di awal pagi begini tau" Jimin ketawa perlahan mendengar rungutan dari Jungkook.

"Okay, berhenti berbual tentang perkara lain. Sekarang kita perlu bincangkan tentang agenda untuk tengah hari ini." Semua menumpukan sepenuh perhatian kepada Yeji apabila wanita itu bercakap.

"Semua dah sedia ke?"

"Semua dah sedia Jimin. You tak perlu risau, you just perlu bawa Ha Na"

"Dan macam yang dijanjikan, V dan Jungkook akan jaga Min Ha dan Ha Jin" kata-kata Jin membuatkan V dan Jungkook melompat kegembiraan.

"Thanks hyung. Yeay!!! Dapat jaga Min Ha yeay!!" Jimin menggeleng kepalanya melihat V yang terlompat-lompat itu.

"Kook jaga Ha Jin." Memang tidak dapat disangkal lagi, Jungkook memang sayangkan Ha Jin. Kelatah bayi itu amat mencuit hatinya.

"Okay, now semua kena jalankan tugas. Suga, you kena ingat you punya tugas!" Semua ketawa mendengar Suga dimarahi Yeji.

"Aku tahu la"

"Jina, you tahu kan apa you nak buat?"

"I tahu, don't worry"

Kenapa semua jumpa senyap-senyap ni??ヘ( ´Д')ノ pening otak author.....fuh fuh....

[C]MY LOVELY BOYFRIEND Where stories live. Discover now