"Woi,cepatlah bagi aku duit!"tangan Amran terketar ketar menyeluk poket sebelum sekeping not 10 diambil.
"Nah"dengan penuh tak rela,Amran hulurkan duit tu.Zack mengukir senyum sebelum mencapai duit itu dengan ganas.
"Mana lagi?"soal Zack dingin.Amran menggeleng.
"Aku ada banyak ni je.Duit-"Bukkk!!!!
"Uhuk uhuk"Amran terbatuk kecil sambil menekan perut yang senak dek ditumbuk Zack.
"Esok,bawa lagi banyak dari ni atau -"Zack buat gaya kelar leher sebelum terus berlalu pergi.
Amran hanya memerhati sambil menggegam penumbuk.
Senak di perut tak sama dengan sakit yang bertamu di hati
Tiba tiba
"Kau kena buli lagi ke?"Amran tersentak.Terus dia menoleh ke arah empunya suara.
"Oh,Kau ke Jeman?Aku ingatkan hantu mana.Apasal kau menyorok dalam semak?"soal Amran sambil bangun perlahan lahan.
Jeman ukir senyum.
"Kau kena buli lagi kan?"Amran buat tak tahu sebelum jalan perlahan perlahan meninggalkan Jeman.
"Kau kena buli lagi kan?!"tiba tiba Jeman memintas Amran sebelum mencekak lembut kolar baju seragam sekolah Amran.
"Hish kalau iye pun,kacau hidup kau ke?"Amran menolak kasar tangan Jeman.Jeman senyum.
"Dia memang macamtu,dari dulu lagi.Tak pernah berubah.Melampau betul"
"So?"soal Amran malas.
"Kalau kau setakat nak bercerita pasal tu,sorry lah aku tak minat nak dengar"sambung Amran sebelum berura ura untuk berlalu namun Jeman sempat menghalangnya.
"Bukanlah,aku cuma nak.."Jeman seluk sling bag yang dibawa dari tadi lagi.
"Ni!!Aku nak jual benda ni kat kau"Amran kerut dahi sambil melihat patung kecik yang berada dalam genggaman Jeman.
"Patung?"
"Patung ni jangan buat main main.Power kot.Btw ni patung sumpahan buatan aku sendiri.Harga satu RM40.Dengan patung ni,kau boleh hapuskan orang yang kau benci dengan mudah"huluran Jeman,Amran pandang sebelah mata.
"Cara nak guna-Eh kau nak kemana?!"Amran yang sudah berjalan melepasi Jeman berhenti melangkah.
"Siapa nak percaya benda karut marut ni?Dahlah aku blah dulu"ujar Amran tanpa menoleh ke arah Jeman sebelum berlalu.
"Kau tak percaya sebab tak nampak kesan.Aku dah ikat rambut dia dengan patung ni,kau tengoklah bala apa akan menimpa dia!!"laung Jeman.Amran buat tak tahu.
- "Kyaaahhh!!!!"Gedebuk!
"Aaaaaa!!!!Ada orang jatuh tangga"langkah Amran terhenti sebelum perlahan dia menoleh ke belakang.
'Apa jadi?'
Perlahan dia hampiri mereka yang sedang mengerumuni sesuatu.
"Cepat,lapor pada cikgu!!"arah seseorang pada siapa entah.
Amran makin mendekati mereka dan.....
'Tu..tu Zack!'Amran terkelu.
Segera mata melingas ke arah kiri dan kanan.
Zapp!!Anak mata tertangkap pandangan Jeman yang berdiri tidak jauh sambil tersengih.
Adakah ini angkara Jeman?!
-
"Haih"Amran mengeluh perlahan sebelum mengemas buku buku nya."Ai,pembuli dah mati pun kau mengeluh lagi?"Amran menoleh ke arah Jeman.
"Apa kau nak?"soal Amran malas.Jeman tersengih.
"Hehe betul kan cakap aku.Sumpahan patung tu menjadi"Amran rolling his eyes.
"Kau jangan mengarutlah.Ntah ntah kau suruh sesiapa tolak dia jatuh tangga"Jeman merenung tajam ke arah Amran.
"Kau still tak percaya?Takpe"patung dikeluarkan dari sling bag sebelum rambut ditarik sedikit dan diikat pada patung itu.
"Lepasni,kau akan percaya"Amran mula cuak.
Tiba tiba
Jeman mula mencekik diri sendiri!
Mata Amran terbeliak.
"Je-Jeman kau-kau jangan main main"
"Bukanlah.Tangan aku bergerak sendiri.Ni-ni semua punca dari sumpahan tu"dalam kepayahan Jeman bersuara juga.
"Ohok!Hek!Hek!"ruang mata menjadi putih sebelum dia jatuh menyembah bumi.
-
Esok,berita Jeman mati terpampang di akhbar.Amran terpaksa naik turun balai polis,menceritakan apa yang sudah berlaku.
"Haih,betulke apa yang Jeman cakap tu?"Amran masih tertanya tanya.
Tiba tiba.........
"Arghh!!!!"
"Ap-apa dah jadi?!"Amran berhenti melangkah.
Situasi harini sama dengan situasi haritu.Something smells fishy right now.
Amran terus berpusing,sebelum merapati mereka yang sedang mengerumuni sesuatu.
"Ada orang jatuh dari tingkat 3"sayup sayup Amran terdengar bicara seseorang yang sedang mengerumuni mangsa.
"Fuh!Tak sangka sumpahan tu menjadi"telinga Amran dapat menangkap kata kata itu.Terus dia menoleh ke arah kanannya.
Dilihat,Amin budak gemok kelas sebelah sedang tersengih sambil memegang patung buatan Jeman.
Amran terkedu.
YOU ARE READING
Seram Ke?
RandomAnda bosan? Ikuti kisah Seram Ke? untuk hilangkan kebosanan disamping merasa ketakutan. Hahaha. Start:22/4/17