Cerita ni berlaku pada author sendiri.
Pada hari kejadian,ahli bilik aku tinggal 7 orang dari 14 orang sebab yang lain lain pergi kem JPAM.
Malam tu,sebab semua dah mengantuk,kami baca surah Al Mulk sahaja.Patutnya kami kena baca Al Mulk,dua ayat surah(sorry ni tak ingat)surah Al Kahf ayat 1 sampai 10 dan 99 sampai 110 serta surah Taha ayat 1 sampai 10.
Masa baca doa Rabitah,tiba tiba kami semua terdengar bunyi orang berjalan sambil seret plastik padahal bila toleh takde orang.
Aku still husnodzon,ingat dalam hati kawan aku AJK Disiplin tengah round,tapi memang takde bayang orang langsung.
Kawan aku Sarah start baca doa kuat kuat,pastu kami yang lain ikut je.Habis baca doa,aku tanya Sarah kenapa dia baca kuat kuat,dia jawab adelah.Mungkin tak nak semua orang panik sebab bilik kami banyak katil kosong.
Maka,malamtu,siapa yang tidur katil atas letak quran atas katil masing masing dan tidur kat katil bawah.
Esoknya,aku tanya adik bilik aku,Sulha tentang semalam.
Dia kata,
"Oranglah ada cerita kat saya,sebenarnya setiap blok asrama memang ada 'penghuninya'.Kalau blok yang kita duduk iaitu blok C,orang jalan sambil seret plastik.Kalau blok B,orang sapu sampah kat koridor.Kalau Blok A unik sikit.Mereka ada makcik jual karipap"aku angguk je dengar cerita dia.
Fuh,seram jugak bila ingat balik.
YOU ARE READING
Seram Ke?
RandomAnda bosan? Ikuti kisah Seram Ke? untuk hilangkan kebosanan disamping merasa ketakutan. Hahaha. Start:22/4/17