Hantu Sabun

600 19 5
                                    

Idea daripada pengalaman my sir

Korang nak tahu tak sekarang aku kat mana?

Cece bajet je geleng sebenarnya dalam hati nak tahu kan aku kat mana hehe..

Sekarang ni aku kat hutan.Hutan Jelebu kat Negeri Sembilan.

Ada aktiviti perkhemahan anjuran pihak sekolah dan akulah,antara mangsa terpilih terpaksa ke sana selama 3hari 2 malam ketika semua orang sedang syok cuti.

Biasalah,buat kem perkhemahan tak sah kalau buat tak dekat dengan sungai kan?

Dan,biasalah jika sungai tu juga lah punca tempat nak mandi dan basuh baju.

Jadi,nak elakkkan aktiviti merebut tempat dengan 39 pelajar lain,aku pun dengan beraninya bawa baju,bawa sabun dan berus ke sana iaitu sungai pada jam 3.00 pagi seorang diri.

Huhu...seram pun seram tapi abaikan jela.

Syok syok aku tengah gosok baju,tiba tiba...






Aku rasa macam ada benda kat belakang aku!










Gulp!







Pelan pelan,aku toleh belakang.Kotla member saja nak pekena ke apa kan?





Eh takde.Aku tarik nafas lega.
Aku pusing depan balik.Walaweh!!!!












Sabun aku hilang!!!






Serasa aku,elok je tadi sabun tu ada depan aku,takkanlah dah plop!masuk sungai????


Tiba tiba aku rasa bulu roma aku meremang.

Cepat cepat aku celup dua tiga kali baju dalam sungai sebelum lari balik ke kawasan kem.

Sampai sampai je kat situ,aku sidai cepat cepat baju aku yang basah kat ampaian sebelum lari masuk bilik.Oh ya,berus yang aku bawa tadi dah selamat masuk sungai tapi tak pe,berus kita boleh cari lain di kedai RM2.

Esoknya,dalam perjalanan balik,aku cerita kat member aku pasal hal ni.

Kau tahu apa dia jawab?

"Lah yeke Zam?Aku ingatkan kisah hantu sabun tu lagenda je tapi tak sangka ada"aku terkejut bila dengar ayat Zul.

Jadi,memang betullah sangkaan aku.

Benda tu cilok sabun aku.Ceit!

"Yele.Tak sangka aku wujud juga hantu sabun tu ye.Haih sabo jelah"aku mula memejamkan mata.

Ngantok seyh.Semalaman aku tidur tak lena.

Pengajaran lepasni,jangan pandai pandai pergi sorang sorang ke sungai.













Seram Ke?Where stories live. Discover now