🌸PART 8🌸

1.8K 189 5
                                    

Setelah tamat mesyuarat, Sooyoung mencapai telefonnya dari dalam beg tangannya. Aplikasi whatsapp dibuka dan nama adiknya dicari. Dia mula menaip dan menghantar kepada Somin.

Drrt--

Laju sahaja Somin membalas pesanannya. Ditutup kembali telefonnya dan diletakkan di dalam beg tangannya.

"Selamat tengah hari puan." Tegur staff Syarikat Kim Holding itu.

Sukanya dia dengan syarikat ini adalah pekerja dekat sini sangat baik dan tak lupa juga peramah. Sebab tu dia mudah bergaul bila berada disini.

"Selamat tengah hari Hyemin. Dah lama tak nampak awak?"

Gadis yang bernama Hyemin itu tersengih.

"Saya baru je kahwin puan."

"Oh ye ke? Selamat pengantin baru. Patutlah muka berseri. Maaflah tak dapat nak hadir."

"Terima kasih puan. Tak apalah. Lagipun Cik Somin datang majlis saya haritu. Saya dengar puan pregnant. Tahniah."

Sooyoung tersenyum.

"Terima kasih."

"Jaga baby puan baik- baik." Pesan Hyemin.

"Haha awak tu pun sama. Dah kahwin buatlah anak." Malu Hyemin dibuatnya. Muka gadis itu sudah merah menahan malu.

"Ada- ada jelah puan ni. Okay lah puan. Saya buat kerja dulu." Hyemin meminta diri.

Sooyoung mengangguk dan membiarkan gadis itu meneruskan kerjanya.

Dia berjalan ke pejabat mendiang abangnya.

"Kyla, kalau Cik Somin datang beritahu saya dekat dalam bilik Taehyung oppa."

"Baik puan." Kyla sebagai pembantu peribadi mendiang Taehyung mengangguk.

Walaupun majikannya sudah pergi meninggalkan dunia tetapi dia masih lagi setia berada di syarikat ni. Segala perkara yang telah diamanahkan kepadanya dibuat dengan teliti.

Sooyoung melangkah masuk ke dalam pejabat abangnya. Kaki melangkah menghampiri meja kerja abangnya. Kemas dan tersusun rapi.

Bingkai gambar yang terletak dipenjuru meja itu dicapai. Punggungnya dilabuhkan di atas kerusi.

Gambar tiga beradik itu dilihatnya lama. Rindu. Rindu kenangan semasa mereka bertiga dahulu.

"Yah oppa! Jangan lah. Basah baju Sooyoung nanti."

"Ada oppa kisah." 

Taehyung terus menerus memercikkan air kearahnya.

"Unnie. Kita balas dendam pula." Somin menghampiri Sooyoung. Kalini mereka balas dendam pula kepada abangnya. Tadi, Somin juga turut jadi mangsa percikkan air abangnya.

Splashh!! Splashh!!

"Janganlah. Basahlah baju oppa macam ni." Tangannya dihalang dihadapan tapi masih lagi boleh terkena percikkan air itu.

"Welkk welkk." Somin menjelirkan lidah. Suka betul membuli abang dia.

"Dah. Dah. Jom kita ambil gambar sekejap." Taehyung mengeluarkan kameranya. Dia mendekati adiknya dan pinggang kedua- dua adiknya dirangkul. Kini dia berada di tengah- tengah.

"Okay. One Two Three."

Snap!

Pap!

Terhenti lamunan Sooyoung dibuatnya. Dipandang kehadapan dan terlihat adiknya disitu.

"Bila Somin sampai?" Soal Sooyoung dan membetulkan kedudukannya.

"5 minit yang lalu."

Jawab Somin. Sooyoung meraup mukanya.

Basah. Jelas dia menangis tadi.

"Unnie okay?"

Sooyoung lambat- lambat mengangguk.

"Unnie cuma rindukan oppa."

Somin mendekati kakaknya dan dirangkul tubuh itu.

"Somin pun sama."

🌸

Hey guys. Part kalini panjang sikit. Dan masih bang wonu tak keluar lagi😂 Nanti dah tiba masanya keluar lah dia tu. Kita layan kisah Sooyoung dulu ye💕

 Kita layan kisah Sooyoung dulu ye💕

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[COMPLETED] WIFE 아내 (WONWOO SVT)Where stories live. Discover now