"Hye baby omma. Sihat dekat dalam?" Sooyoung mengusap perutnya yang sudah menampakkan bentuknya. Tapi dengan keadaannya yang kurus itu, orang lain takkan dapat cam yang dia sedang hamil.
"Omma harap sihat je. Jangan aktif sangat. Omma penat nak layan kamu. Omma tak sabar nak tungu kamu keluar sayang. Jadi anak yang baik. Yang boleh jaga omma ya." Air matanya yang bergenang diseka.
Sooyoung membetulkan kedudukannya kerana berasa tidak selesa. Seharian dia berbaring dari pagi tadi. Penat dia menahan rasa mualnya. Berulang- alik dia keluar masuk bilik air.
Telefonnya disebelah dicapai. Skrin dibuka dan terpampang wajah Wonwoo yang menjadi wallpaper telefonnya.
Dia tidak dapat dinafikan lagi yang dia masih cintakan lelaki itu. Perasaan itu susah untuk dia buang kerana separuh mati dia mencintai lelaki itu.
"Baby, omma rindukan appa. Rindu sangat. Walaupun omma sakit hati dengan apa yang appa dah buat, tapi perasaan ni tak boleh nak halang sayang. Omma terlalu cintakan appa. Kalau satu hari nanti ditakdirkan omma berpisah dengan appa, sayang tolong pesan dekat appa yang omma sayang dia ya. Omma sayang awak dengan appa."
🌸
Saya pun sayang wonu💕😊
Yg blum baca SEVENTEEN IMAGINE🌸 tu, meh ramai- ramai baca ye😊
YOU ARE READING
[COMPLETED] WIFE 아내 (WONWOO SVT)
Conto#5 in short story (211217) Kahwin dengan Jeon Wonwoo tak semudah yang disangka. Dulu sebelum kahwin dia lain. Dan lepas kahwin dia lain. Dia berubah. Berubah sehingga tinggalkan isteri semata demi perempuan. Bila semuanya dah terbongkar, mulalah si...