🌸PART 25🌸

1.4K 119 0
                                    

"Comelnya baju ni sayang. Omma nak beli ni lah." Sooyoung mencapai baju bayi yang berwarna biru.

Dia masih lagi tidak tahu apa jantina anaknya. Biarlah menjadi kejutan pada hari lahir anaknya itu.

Perutnya diusap. 6 bulan dia duduk di negara orang dan sekarang kandungan dia sudah masuk 8 bulan. Makin aktif anaknya itu didalam. Dia pula tidak letih. Ada masa dia akan bersiar- siar di bandar itu.

Sooyoung ke kaunter pembayaran dan membayar baju bayi yang dibelinya.

"Thank you." Dia melangkah keluar selesai sahaja membuat pembayaran. Dia berjalan menuju ke kafe yang berhampiran dengan kedai bayi itu. Perutnya minta diisi.

"Anak omma lapar ye." Sooyoung tersenyum. Pelayan datang menghampirinya dan dia mula membuat pesanan.

🌸

[COMPLETED] WIFE 아내 (WONWOO SVT)Where stories live. Discover now