🌸PART 128🌸

901 44 2
                                    

"Awak tak salah faham kan?" Sooyoung menggeleng laju. Dia membaringkan kepalanya di peha Wonwoo.

"Tapi Won saya rasa macam tak sedap hati kebelakangan ni. Kenapa ya?"

"Awak banyak berfikir kot." Wonwoo mengelus lembut rambut isterinya. Sesekali dia mencium. Wangi.

"Entahlah. Macam- macam saya fikir semenjak Haera tumpang rumah kita ni. Dah masuk dua minggu awak. Tapi saya tak pernah nampak dia keluar nak cari kerja or rumah pun." Tegur Sooyoung tentang apa yang dilihat pada Haera. Gadis itu banyak memerap di dalam bilik. Apabila Wonwoo sudah pulang ke rumah, barulah gadis itu akan keluar dari biliknya.

Wonwoo pula sudah ditempatkan di syarikat yang berada di Seoul. Mujurlah dekat dan senang untuk Sooyoung.

"Nanti biar saya cakap dengan dia."

Sooyoung mengangguk. Lega hatinya.

"Saya dengar tadi awak merungut dengan Somin dekat phone yang awak tak dapat shopping? Ye ke?"

Sooyoung pandang muka Wonwoo yang dekat dengannya.

"Awak dengar?" Bibirnya digigit.

Wonwoo angguk. Pucuk hidung gadis itu diciumnya.

"Esok kita shopping ya." Serta merta senyuman Sooyoung terukir cantik.

🌸

[COMPLETED] WIFE 아내 (WONWOO SVT)Where stories live. Discover now