Sooyoung terus tersedar dari lenanya. Dia terus bangun dan meraup mukanya. Badannya masih berasa letih.
Dia menoleh ke kanan. Kemanakah Wonwoo pergi?
"Won?" Sooyoung bangun dan mencari Wonwoo sekitar balik. Kosong. Hanya dia sahaja berada disitu. Di dalam kamar mandi juga kosong.
Sooyoung terus ke ruang tamu dan melihat Haera sedang berbual mesra dengan seseorang lelaki.
"Haera, siapa suruh kau bawa lelaki masuk rumah."
Soal Sooyoung terkejut.
"Eh morning Sooyoung. Baru bangun. Macam mana malam tadi? Seronok?"
Sooyoung kerutkan dahinya.
"Apa kau cakap ni?"
"Kau lupa ke apa yang terjadi semalam Sooyoung? Lelaki ni yang tidur dengan kau." Membulat mata Sooyoung.
"Kau jangan nak fitnah aku lah Haera. Semalam tu Wonwoo."
"Kau lupa ke Wonwoo balik esok? Ouh ye mesti dia lupa nak inform kau. Kau tak rasa ke yang Won tu bukan pergi bekerja tapi pergi berfoya- foya."
Terus naik darah Sooyoung. Apa cuba Haera sampaikan.
"Kau nampak ni? Gambar kau dengan lelaki ni? Kau tak sedar ke?"
Sooyoung menekup mulutnya.
"Kau tak guna Haera. Aku fikir kau dah berubah tapi tak. Kau keluar dari rumah ni!"
Haera tersenyum sinis.
"Kau fikir aku hamak sangat nak duduk sini. Memang taklah." Haera terus bangun dari duduknya. Dia terus membawa lelaki yang tidak dikenali itu pergi.
"Won, saya minta maaf. Saya tak
tahu." Sooyoung jatuh terduduk dilantai. Dia menangis. Menangis sepuas- puasnya.🌸
YOU ARE READING
[COMPLETED] WIFE 아내 (WONWOO SVT)
Historia Corta#5 in short story (211217) Kahwin dengan Jeon Wonwoo tak semudah yang disangka. Dulu sebelum kahwin dia lain. Dan lepas kahwin dia lain. Dia berubah. Berubah sehingga tinggalkan isteri semata demi perempuan. Bila semuanya dah terbongkar, mulalah si...