Dah seminggu sejak konsert itu.Dan dia dah lupakan apa yang berlaku.
Kalau nak ingat peristiwa hari itu dia lagi geram dengan Si Sehun tu kut.Menyampah betul dia dengan orang yang berlagak.Tv dibuka dan saluran sbs dibuka.And yeahh muka mamat tu.Saluran Kbs pula dibuka.Dan sekali lagi terpampar manusia-manusia berjenama Exo.Dia tak suka melihat Si Sehun tu.'Apasal Tv ni penuh dengan muka idol kesayangan kau ni Saera?Serabutlah aku.Bulan ni asyik muka dia orang je perform dekat music bank dengan inkigayo'dia pun dah hafal nama-nama rancangan kegemaran Saera itu dan dia terpaksa melihat juga kadang-kadang rancangan itu kerana dia bukan tinggal seorang di kondominium itu.
'Eh mestilah.Dia orang comeback lagu baru kut.Mestilah.And fyi,Exo will always exist on tv tak kira masa sebab dia orang tu artis worldwide,okay?' kata Saera sambil duduk di sebelah Faza yang mencebik mendengar ayatnya.
'Hah.Faza.Aku ada hal nak cakap ni'
'Apadia?'mata masih memandang ke dalam Tv.Saluran HBO itu lebih menarik minatnya sekarang ini dari Saera yang berada di tepinya itu.
'Ermm..cam mana nak cakap eh?Ermm...kalau aku bagitahu ni...kau jangan terkejut'Faza masih tidak mengendah.Hanya anggukan diberikan sambil mata menghadap ke kaca tv.Air soya di atas meja diambil dan diminum.
'Staff SM Ent nak jumpa kau' Faza memandang ke kanannya dan...
Puhhhh.....
Semburan soya tepat mengenai muka kawannya itu.
'What the hellll?Faza apa kau dah buat ni?' Faza menutup mulutnya.
'Sorry..sorry babe.Aku terkejut ni'tisu diberi kepada Saera.Sambil mulut meminta maaf.
'Erghhh kau ni.Kan aku dah cakap jangan terkejut'
'Kau tipu aku kan?Apasal nak jumpa aku?Aku buat apa?'
'Buat apa aku nak menipu.Nah ni surat.Ambiklah.Tu cop SM Ent ada tu.Aku terbukak tadi'
Sekeping sampul surat diserahkan ke arah Faza.Sampul surat dicapai.Isi kandungan surat itu dibaca.Dia taklah faham sangat tulisan.Tapi ada lah serba sedikit dia faham dan ada tertera di situ "이모를 만나고 싶다"
(imoleul mannago sipda)Bermaksud ingin berjumpa cik.Mata Faza membulat.'Apa yang aku dah buat?Aku apply nak masuk jadi trainee sm ke?Memang tak ah.Masih teguh lagi iman aku ni dan takkan baru nak jadi trainee bila umur dah nak masuk 25 tahun'
'Kau ni kan.Jangan nak perasan sangat.Muka kau ni nak jadi artis dorang.Memang tak lepas lah'Faza memukul tangan kawannya itu berkali-kali.
'Kau nak aku kata tak cantik ke?Kau lupa berapa ramai tergila-gilakan aku masa U dulu?'
'Yalah-yalah.Kau lah cantik.Eh back to the topic.Kau pergilah jumpa. Manalah tau dapat jumpa Exo sekali.Atau kau daat kerja dekat situ ke?Kau kerjalah situ ya Faza.Apa-apapun kalau kau jumpa dorang,tolong kirim salam aku dekat dorang ehh?'kepala Saera ditujah.Jelingan diberikan.
'Kepala otak kau ah.Dah ah.Tengoklah nanti aku nak pergi ke tak.Tak penting pun'Faza menuju ke bilik meninggalkan Saera di ruang tamu sambil otak memikirkan kenapa staff syarikat hiburan itu mahu berjumpa dengannya.
***
Bangunan di hadapannya kini dipandang.Rasa gementar pula.Dia macam dah bermimpi kerana berada di syarikat hiburan terkenal itu.
'Masuk ke tak?Masuk ke tak?'Faza berkira-kira sambil memandang ke bawah dan kakinya berjalan ke hulur ke hilir pada jarak dekat.Surat di tangan dipegang erat.
'Hey.Faza kan?'Faza macam kenal dengan suara itu.Air liur ditelan dan kepala mula diangkat perlahan-lahan.
Lelaki berhoodie hitam dan sedang membuka mask hitam itu betul-betul berada di hadapannya.
YOU ARE READING
IF I AM REALLY IN YOUR WORLD
FanfictionFaza,seorang mahasiswi di Seoul,Korea.Seorang yang happy go lucky dan peramah.Dia belajar di Korea bukan kerana minatnya kepada mana-mana artis di sana tetapi dia tertarik dengan budaya masyarakat mereka. Oh Sehun manusia yang tidak pernah dia teri...