Hujan

71 3 0
                                    

End of Faza's Pov

Hari ni adalah hari kelima Faza bekerja di SM Ent.Takdelah teruk mana pun.Tak banyak kerja langsung yang perlu dia buat.Setakat ini vitamin-vitamin adalah apa yang dia wajib berikan kepada member-member Exo hari-hari kerana ingin mengelakkan sebarang penyakit menimpa ahli grup korea terkenal itu.

Jam menunjukkan 5.15 petang.Cuaca di luar sana agak teruk dengan hujan yang agak lebat.Faza mengeluh sambil mengemas mejanya sebelum ingin pulang ke kondominiumnya.Lesen Internasionalnya masih tidak lepas lagi kerana baru sahaja dipohon.Maka dia terpaksa menggunakan bullet train buat masa sekarang ni.Tapi dalam keadaan begini susah pula dia ingin berjalan kaki ke stesen keretaapi laju itu((kinda like lrt)).Lagi pula sekarang ni dia terpaksa bawa dua kotak barang-barang yang baru sahaja sampai dari Malaysia yang dihantar oleh kakaknya pagi tadi melalui international post.Terus sampai ke Sm.Hanya kakaknya sahaja yang tahu dia bekerja di sini.Ibubapa dan adiknya masih tidak tahu.

Kaki dihayun ke tingkat bawah dan ke bahagian luar bangunan tersebut.Pekerja semua dah beransur pulang.Faza merenung kaki.Sedih.Tak tahu macam mana nak balik.Nak ambil teksi pun susah tengah-tengah hujan ni.

'Yahh,Faza-shi.Naiklah.Aku hantar kau'Faza menaikkan kepalanya dan melihat wajah geranan yang memanggilnya.Sehun.Mamat tu buat apa tak balik lagi.Kereta Sehun betul-betul terparkir di hadapannya.

'Apa awak buat dekat sini?'Faza separuh menjerit kerana hujan terlalu menggangu pendengaran mereka.

'Masak' jerit Sehun dengan muka poyonya.Tangan membuat stereng seperti kuali..nak nampak acah-acah masak lah kat situ.Faza menaikkan bebola matanya ke atas.

'Ingat lawaklah?Nak saya tolong gelak ke?'Faza pura-pura terhibur.

'Dah habistu tanya.Dahlah cepatlah naik.Aku hantarkan'Faza tiada pilihan lain selain mengangguk.Yalah.Dia nak naik dengan apa.

Pintu dibuka di bahagian belakang dan meletakkan barang-barangnya.Baru sahaja dia ingin melabuhkan punggungnya di belakang.Si lelaki beebaju casual itu bersuara.

'Eh.Eh.Buat apa duduk belakang.Kau ingat aku driver ke?Dah meh duduk depan'Faza mencebik.Tersentap juga.Tapi tulah tak biasa pula dia nak duduk di samping lelaki yang baru sahaja dia kenali.

Pintu depan dibuka dan punggung mula duduk di atas kereta BMW jenis apa tah.Tapi baru je keluar model ni.Acilah income dorang berapa juta setahun.Bolehlah beli kereta mahal banyak-banyak.Sehun memandang ke arah Faza.Dia bergerak dekat dan dekat ke arah muka wanita itu...Jantung Faza sudah mula tidak keruan.Rasa ingin pecah sahaja...Mata Sehun pula tepat memancar ke dalam matanya...

Klikkk...

Sehun menarik tali pinggang di sebelah penumpang tempat Faza duduk dan diketatkan pada pemegangnya.Faza terkedu.

'Keselamatan tu penting.Tak sayang nyawa ke?Atau tak tahu nak pakai tali pinggang?'Faza mencerlung ke arah Sehun yang sudah memulakan perjalanan.

'Awak kalau tak menyakitkan hati saya sekali je tak boleh ke?Menyampah betul'Faza menyilangkan tangannya dan memandang ke luar tingkap.Sehun hanya mencebik.

Pemanduan Sehun agak perlahan kerana jalan agak licin.Maklumlah hujan lebat.

'Rumah kat mana?'tanya Sehun sambil memandang Faza yang memegang kemas begnya.

'Condominium Samseong-dong,Gangnam Residence'
Sehun kelihatan terkejut.Sedikit sebelum membuat muka coolnya.Ingat dia tak mampu sewalah tu.Gangnam Residence tu salah satu condo yang dibina oleh syarikat ayah Saera.Dan mereka diberi  diskaun untuk sewa.Kena bayar 30% dari harga sebenar sewa sahaja iaitu RM 1500 sahaja duit Malaysia.

IF I AM REALLY IN YOUR WORLDWhere stories live. Discover now