Kaca mata

77 2 0
                                    

Sehun's POV

Aku buka mata dan aku nampak dia.Dia yang sanggup melukakan tangannya sendiri demi aku yang bukanlah sesiapa untuknya.Aku pandang Faza yang memegang erat tangannya.Pasti wanita itu di dalam kesakitan.Ruang bilik vvip itu aku pandang.Aku tak boleh berlama dekat sini nanti apa pula paparazi kat luar sana nak jual pasal aku.

Aku bangun dan memberanikan tangan mengusap kepala Faza.Dan beberapa saat selepas itu,wanita itu tersedar.

'Sehun-shi.Awak..awak okey?'Dia mengusap matanya dan bertanya tentang kondisi aku.Sepatutnya aku yang merisaukan keadaan dia.

'Aku okey.Faza-shi.Aku nak minta maaf dan terima kasih atas apa yang kau dah lakukan.Maybe kalau kau tak ada tadi,maybe aku dah tak boleh nyanyi lepas ni'aku menunduk.Rasa bersalah pula kepada wanita itu.

'It's okay.Ada salah saya jugak.And saya kan doktor peribadi awak semua.Takkanlah saya nak biarkan awak sakit kan?Dah rehatlah.Ubat pelali tadi tu confirm buat awak mengantuk'Dia tersenyum manis ke arah aku.Jantung aku mula bergetar.Argggh.Aku mahukan dia.Aku dah gila kan dia.

'Faza-shi.Aku...aku...'

'Awak apa..hmm?'dia tersenyum ke arah aku.Sesekali dia mengerutkan dahi mungkin kerana bekas gigitan aku itu.Setelah beberapa saat kami berpandangan,aku rasa aku perlu berani mengatakan hal ini kepada dia.

'Aku nak tanya boleh?'Faza menganguk.

'Boleh.Apa dia?'aku menarik nafas dalam-dalam.

'Apa type ideal kau untuk dijadikan boyfriend atau suami?'muka Faza berubah.Dia makin mengerutkan dahi.

'Kenapa awak tanya saya macam tu tiba-tiba Sehun-shi' aku mengeluh.Dia tak faham ke apa maksud yang ingin aku sampaikan.

'Tolong jawab please'aku memandang dia penuh harapan.Dia kelihatan serba salah untuk menjawab.

'Bagi saya,seseorang yang baik hati,yang dapat lindungi saya,yang beriman,dapat bimbing saya,tak hemsem tak apa,tak suara sedap tak apa,tak kaya pun tak apa,asal ada apa yang saya nak tulah'Dia tersenyum manis sambil memandang ke arah lain seperti teringat akan sesuatu.

'Kalau orang tu tak beragama islam,kau boleh terima?'aku cuba bertanya.Mana tahu dapat kan.

'Boleh..'aku tersenyum besar.Yes.
Namun...

'Kalau dia masuk Islam lah.Sebab agama saya tak bagi kahwin campur agama.Lagi satu kalau masuk Islam pun,tak digalakkan masuk Islam hanya kerana cinta.So,orang yang nakkan saya tu mesti masuk Islam dengan ikhlas dan belajar agama dahulu serba sedikit.Lepas tu baru saya akan bimbing dia lebih lanjut'
Dushhh.Bagai satu hentaman menyentap hati aku sekarang ini.Macam mana dan dekat mana aku nak belajar agama Islam?

'Sehun-shi,sehun-shi'aku tersedar dari lamunan ku.Dia di sebelah aku pandang.

'Jom balik.Nah pakai kot and baju ni.'Dia tolong sarungkan kot ke badan aku.Kan best kalau dia boleh urus semua benda untuk aku?

'Okay'aku dipimpin nya untuk bangun.Sentuhannya menggetarkan jantung aku sekarang ini.Dia aku pandang lagi.

'Faza-shi.Kau boleh ke pegang aku macam ni?Tuhan kau tak marah ke?Lagipun tangan kau tengah sakit kan?'

'Saya pegang bukan kerana hawa nafsu.Saya pegang awak sebab saya tahu awak tengah sakit.So,no problem with that.Islam tu mudah dan tak menyusahkan.Kita tetap kena bantu orang dalam kesusahan walaupun dia Islam or bukan Islam or apa-apa bangsa sekalipun.Sebab kita manusia semua sama di mata Allah'

Ada sesuatu seperti mengetuk pintu hatiku.Apa itu?Sesuatu yang buat aku rasa ingin menangis,tersentuh.Siapa itu Allah?Tuhan diakah?Kalau lah suatu hari nanti aku memang ingin berubah agama,adakah omma dan appa akan marah atau sedih?

IF I AM REALLY IN YOUR WORLDWhere stories live. Discover now