" Jihyo , oppa mintak maaf "
Airmata lelaki Jimin jatuh mengalir di pipi . Sangat berat untuk dia menerima semua ini .
" Betul ke tu anak aku ? Kalau betul , perlu ke bertanggungjawab ? Aku taknak tinggalkan Jihyo . Aku sayang dia . Arghh serabutt ! "
Jimin mengusutkan rambut nya . Dia terus pecut memandu . Dia memandu tanpa arah tuju . Dia buntu . Apa yang harus dia lakukan ? Dia tidak mahu pulang ke rumah . Dia tidak sanggup nak berhadapan dengan Jihyo .
Dan tibalah Jimin di satu tempat yang sudah lama dia tidak jejak , kelab . Di sini lah di mana Jimin menghilangkan stress nya .
Jimin keluar dari kereta dan memasuki ke dalam kelab tersebut . Kelab ? Memang tak sah kalau tiada perempuan separuh bogel .
Jimin duduk di atas kerusi dan mengambil segelas arak yang dituang oleh pelayan untuknya lalu meneguk dengan pantas .
" Lagi "
Pelayan tersebut menuang lagi arak ke dalam gelas Jimin . Jimin meneguk nya tidak sampai 10 saat .
Lagi lagi lagi dan lagi .
Di rumah .
" Dah pukul 2 pagi . Mana dia ni ? Tadi cakap keluar kejap je . Risau lah "
Jihyo mundar mandir di ruang tamu . Fikiran nya mula negatif .
" Tak mungkin Jimin keluar ngan pompuan lain "
Telefon milik Jihyo dicapai dan terus mendail nombor Jimin .
Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi . Sila cuba sebentar lagi .
Tutt tutt .
" Dia off ? "
" Takkan lah nak keluar cari dia . Dah lewat sangat ni . Teksi dah takde time ni . Aduh macam mane ni "
" Tidur je lah . Mungkin dia ada hal penting kot ngan kawan dia "
Kelab .
Tanpa sedar Jimin telah menghabiskan lebih sepuluh gelas arak . Fikiran nya sangat serabut . Dia mengeluarkan telefon dari poket seluarnya dan menekan butang on .
Terpapar jam menunjukkan pukul 3 pagi . Tapi dia enggan untuk pulang ke rumah .
Tiba tiba Jimin berasa bahu kanannya disentuh oleh seseorang .
" Jimin oppa ? "
Jimin menoleh ke belakang dan melihat satu tubuh berdiri tegak di belakangnya . Namun , perlahan lahan pandangan Jimin kabur dan jatuh di lantai .
Keesokkan paginya .
Jihyo bangun dari tidur tepat pukul 7 pagi . Hajatnya untuk membuat sarapan di dapur . Jihyo menoleh ke kiri untuk pastikan Jimin ada atau tidak . Namun Jimin tiada di sebelahnya .
" Dia pergi mane ? Tak balik dari semalam ke ? "
Jihyo bangun dari katil dan keluar dari biliknya . Jihyo masuk ke dalam bilik sebelah namun Jimin masih tiada . Dengan pantas Jihyo turun ke bawah dan mencari kelibat Jimin . Kosong dan sunyi . Hanya Jihyo yang berada di rumah itu . Jihyo menjenguk pula di luar tingkap , kereta milik Jimin tidak kelihatan .
" Dia pergi mane ? Ahh cuba call omma ngan appa Jimin "
Jihyo berlari menaiki tangga dan menuju semula ke bilik nya . Dengan pantas telefon milik Jihyo dicapai .
Tiba tiba masuk satu mesej dari orang tidak dikenali . Jihyo membuka mesej tersebut .
Jimin ada di Paradise Hotel . Bilik 208 . Datang sekarang .

YOU ARE READING
Painful Marriage [ SJH + PJM ]
RomanceApabila seorang gadis nerd terpaksa kahwin dengan seorang kaki perempuan . Gadis nerd tersebut berusaha untuk memikat suami playboy nya itu dengan pelbagai cara dan apakah hasil nya ? Adakah suami playboy nya itu akan terpikat dengannya dan tinggal...