Bab 1:Permulaan Gangguan

275 12 3
                                    

"Weh,Syimir tidur lah.Dah lewat malam ni,"tegur kawan sebilik asramanya iaitu Ummar.

"Sabar lah,kejap lagi aku tidur lah!"balas Syimir dengan suara yang kasar.

"Ye lah,ye lah,"Ummar sudah malas untuk melayan perangai kawannya itu.Dia memulakan tidurnya dengan lena.Syimir yang dari tadi hanya bermain telefon pintarnya yang berjenama Samsung J7.

Tiba-tiba,

Syimir terdengar seseorang mengetuk pintu bilik asramanya "Tok,Tok,Tok,".
Syimir membuka pintu untuk mengetahui sapa yang ingin masuk ke biliknya.Tetapi,tiada kehadiran seseorangpun di luar biliknya.Syimir mula berasa pelik dan memberitahu Ummar tentang kejadian tadi tetapi Ummar berkata kepada Syimir bahawa yang dia hanya berkhayal sahaja.Ummar menyuruh Syimir untuk tidur tetapi Syimir seperti biasa tidak mempedulikan kata-kata Ummar.Syimir menyambung semula untuk bermain telefon pintarnya semula tetapi kedengaran ketukan pintu yang sama seperti tadi.Syimir yang ketakutan berselindung di selimutnya.

Tiba-tiba,

Kedengaran bunyi air terbuka di tandas bilik mereka.Syimir dengan pantasnya menutup air itu.Syimir berlari ke katil lalu tidur disebabkan ketakutan.Persoalan bermain di fikiran Syimir,Kenapa orang yang ketuk pintu aku tidak ada di luar bila aku bukak pintu?Kenapa air terbuka sedangkan Ummar sudah tidur kerana hanya mereka berdua sahaja yang tinggal di bilik itu?

Keesokan harinya,

Kelihatan muka Syimir sembab.Ummar bertanya kepada Syimir"Weh kenapa muka kau sembab?".

"Tak de papelah.Aku tak cukup tidur je kot,"balas Syimir.

Ummar merasakan ada yang tidak kena dengan kawan sebiliknya itu.

"Hmmmm,jom pergi lepak dengan kawan-kawan kat kedai mamak?",
tanya Ummar.Syimir mengganguk untuk menunjukkan tanda setujunya.Mereka memulakan perjalanan untuk mengajak kawan-kawan mereka.Ketika dalam perjalanan,Syimir berasa kelibat seseorang memerhatikannya.Apabila menoleh ke belakang,tiada apa-apapun.Syimir mula berasa pelik.

"Weh dorang memang dah ada kat kedai mamaklah.Dorang baru je message aku,"kata Ummar.Mereka bergerak ke kedai mamak seperti yang dirancangkan.

Setibanya mereka di sana,kawan-kawan mereka menegur mereka iaitu Nabil,Hafiz,Irfan,Zikrul,Ismairil dan Ahmad.

Mereka seperti biasa berbual tentang keputusan Liga Perdana Inggeris ataupun Premier League.

"Hahaahahha,Manchester United kalah dengan Chelsea 1-3.Kesian kau Zikrul,"perli Hafiz.

"Hahahaha lek lah.Liverpool lagi teruk kalah haritu dengan Manchester United 4-0.Sapa lah punya pasukan tuh?Hahaahhaha,"balas Zikrul perli Nabil.

"Kerek kau Zikrul,"balas Nabil.Mereka semua bergelak-tawa di kedai mamak.Akan tetapi,hanya seorang sahaja yang mendiamkan diri iaitu Syimir.Dia masih berfikir tentang kejadian semalam.Dia masih rasa diperhatikan.Tiba-tiba,kedengaran suatu makhluk halus berbisik kepada Syimir "Kau akan mati....".Syimir sangat terkejut mendengar bisikan itu.Syimir memberitahu kawannya untuk bersiar-siar sekejap.Kawannya hanya mengangguk sahaja.

Syimir seperti biasa berasa diperhatikan.Dia hanya menyimpan perasaan takut itu.Secara tiba-tiba,bisikan halus kedengaran di telinga Syimir "Aku akan bunuh semua kawan-kawan kau termasuk kau!".Syimir menjadi pucat.Dia yang hanya mahu bersiar-siar pun asyik diganggu!
-----------------------------------------------------------
Adakah hidup Syimir akan sentiasa sengsara?Adakah betul dia dan kawan-kawannya akan dibunuh?Saya pasti mesti korang tertanya-tanya kan!

Asrama BerhantuWhere stories live. Discover now