Asrama kini kecoh dengan kematian pelajar-pelajar.Mayat pelajar-pelajar lelaki yang mati telah dijumpai.Kini,pelajar lelaki yang masih hidup ialah Nabil,Fakhrullah,Akmal dan Luqman.Anggota polis menyiasat semua perkara yang berlaku di asrama ini tetapi mereka tidak dapat menjumpai bukti.Mereka juga tidak dapat mengesahkan cap jari pada beberapa bilah pisau dan parang.
(Perbincangan pelajar lelaki)
Seperti biasa,kedai mamak akan menjadi tempat perbincangan mereka.Mereka juga baru sahaja mengetahui bahawa semua ahli kumpulan pertama sudah mati dengan keadaan yang mengerikan."Asal Ummar masih tak dilepaskan lagi?"tanya Akmal dengan reaksi wajah yang kerisauan."Hmmmmmm,jap.Biar aku check,"kata Nabil.Nabil sempat mengambil telefon pintar Ahmad sebelum melarikan diri."Patutlahhhh,dia hantar video bukti Ummar tak bersalah kat cikgu yang dah lama tak on whats app,"kata Nabil.Belum sempat Nabil mahu menghantar video itu, skrin telefon pintar Ahmad terus terpadam."Haihhhhh,sakai betulah.Habis battery lah pulak!Sapa ada bawak power bank?"tanya Nabil."Aku!"balas Fakhrullah.Fakhrullah kalau tak bawak power bank tak sah.Katanya untuk kecemasan lah konon."Biar henfon Ahmad ni charge dulu,"kata Nabil.Mereka semua berbual-bual tentang perkara yang lawak untuk menghilangkan rasa sedih dan ketakutan mereka selepas pembunuhan di asrama mereka.Secara tiba-tiba,mereka ternampak kertas yang tertulis 'DIE'.Mereka amat mengenali kertas itu kerana sebelum kematian Ahmad di bilik CCTV,tertera perkataan 'DIE' pada skrin komputer."Camna pulak ada kertas ni kat atas meja kita nih?"tanya Luqman dengan nada yang pelik.Luqman mengoyak kertas itu lalu membuangnya ke tong sampah yang berdekatan.Luqman memberitahu mereka bahawa yang dia mahu tandas sekejap.Setelah 10 minit Luqman ke tandas,
"Asal Luqman lama sangat do?Kata nak buang air kecil je,"Nabil memulakan perbualan."Entah,tapi mana tahu tetiba dia nak buang air besar sekali,"balas Fakhrullah."WAAAAAAAAAAHHHH",
jerit seseorang lelaki di situ.Mereka semua bergegas ke tempat lelaki itu menjerit iaitu di tandas."Whatt the heckk,"kata Nabil apabila melihat keadaan Luqman yang telah dibunuh.Kepala Luqman di lubang jamban manakala kulit-kulitnya disiat sehingga nampak daging,tulang dan ususnya.Terdapat haiwan berbisa juga seperti kala jengking.Seseorang telah menghubungi anggota polis tentang kejadian itu."Jap,aku terlupa yang aku nak hantar video tuh,"kata Nabil.Nabil menghantar video itu ke pengetua."Bagus,pengetua dah baca sebab dah bluetick.Cepat aja,hahaha,"kata Nabil dengan riak wajah yang gembira.Keadaan di balai polis,
Ketua anggota polis telah dapat video bukti yang menunjukkan Ummar tidak bersalah daripada Pengetua di asrama.Seseorang anggota polis telah diarah untuk membawa Ummar keluar dari lokap.Ummar yang hanya terbaring,terus terlompat-terlompat keriangan seperti budak tadika kerana dia mengetahui bahawa dia disahkan tidak bersalah.Ketika Ummar mahu menuju ke pintu keluar untuk pulang ke asramanya semula,lampu balai polis terpadam secara tiba-tiba.Suasana yang terang-benderang menjadi gelap-gelita.Selepas 5 minit lampu terpadam,akhirnya terbuka juga tetapi.....Ummar telah mati apabila melihat keadaanya apabila terbaring dengan keadaan yang mengerikan dan tidak bernafas.Matanya dicungkil keluar,tangan dipotong dengan kakinya dan kepalanya juga.Di atas badannya,terdapat sehelai kertas yang tertulis 'DIE'!!
-----------------------------------------------------------
Nampaknya hampir kesemua pelajar lelaki telah mati tetapi kita masih tidak mengetahui nasib pelajar-pelajar perempuan juga.Kita masih tidak mengetahui adakah mereka akan selamat atau kesemua mereka akan mati!!
YOU ARE READING
Asrama Berhantu
HorrorNovel ini mengisahkan beberapa orang remaja yang menetap di asrama sering diganggu oleh sesuatu.Kejadian ini menjadi lebih serius apabila terdapat beberapa orang mati di asrama itu.Sekumpulan remaja ingin menyelesaikan masalah yang berlaku di asrama...