"Aku tak percaya lah Ummar yang lakukan semua nih,"kata Hafiz.Mereka semua berasa pelik,takkanlah kawan baik mereka sanggup melakukan begitu kepada kawan-kawannya."Aku pun tak percaya juga sebenarnya,"sokong Akmal.
Tiba-tiba suasana yang sunyi-sepi berubah menjadi hiruk-pikuk."Woi,Aiesya dah mati!"jerit seseorang remaja.Mereka bergegas ke tempat pembunuhan Aiesya yang berlaku di bilik asramanya.Kata kawan Aiesya yang mereka pergi berjalan -jalan sekejap,mereka sudah mengajak Aiesya tetapi dia tidak mahu.Mayat Aiesya sangat mengerikan.Jari-jari tangan dan kakinya dipotong dan ada banyak pisau yang tercucuk di muka,badan,tangan dan kaki.Seperti kematian Niyaz,Syimir dan Ismairil,sedikit dagingnya juga diambil!Kawan-kawan Aiesya sangat bersedih atas kematiannya kerana Aiesya lah yang selalu membuat lawak.Pelajar lelaki berasa pelik,bukankah Ummar di lokap?Adakah ada lebih pembunuh?Ataupun pembunuhnya bukan seseorang manusia!
Di kedai mamak,pelajar-pelajar lelaki melakukan perbincangan tentang kematian Niyaz,Syimir,Ismairil dan Aiesya.Mereka bercadang untuk menyiasat tentang pembunuhan-pembunuhan di asrama mereka pada waktu malam.Mereka juga dibahagikan kepada dua kumpulan.Ahli kumpulan pertama ialah Zikrul,Hafiz,Irfan,Syahir dan Fadhil.Kumpulan kedua pula Nabil,Ahmad,Akmal,Fakhrullah dan Luqman.
Pada waktu malam,
(Kumpulan pertama)
"Berkemungkinan pembunuhan berlaku pada setiap malam.Jom kita lalu kat semua depan bilik kat asrama nih,"kata Irfan.Mereka juga bersetuju dengan pendapat Irfan.Mereka memulakan perjalanan mereka untuk lalu di depan semua bilik asrama itu."Weh,aku nak masuk bilik aku sekejap.Aku tertinggal telefon pintar aku lah.Kalau ada kecemasan,senang nanti,"minta Zikrul.Zikrul ke sana sambil ditemani Irfan manakala yang lain pula pergi menyiasat.Tanpa mereka sedari ketika melakukan penyiasatan,Salah seorang ahli kumpulan mereka telah menghilankan diri iaitu Fadhil."Weh mana Fadhil?Asal dia menghilang pula ni?Kita kena cari dia nih,"tanya Syahir dengan nada kerisauan.Mereka memulakan pencarian Fadhil.Mereka berpecah kepada dua kumpulan iaitu kumpulan Irfan dan Zikrul dan kumpulan Hafiz dan Syahir.Kumpulan pertama A
(Irfan dan Zikrul)
"Hmmmmmm,mana Fadhil nih?Kalau nak pergi ke sesuatu tempat pun, bagitahulah dulu!"kata Irfan dengan nada yang marah."Argggggghhhh tolong aki!"jerit Fadhil.Irfan dan Zikrul berpandangan sesama sendiri.Mereka amat mengenali suara itu.Itu ialah suara Fadhil!Mereka pergi mencari Fadhil dengan mendengar di setiap bilik di asrama.Selepas 20 minit mereka mencari Fadhil,akhirnya mereka menjumpai dia juga tetapi......dia sudah mati dalam keadaan yang begitu teruk sekali!Keadaan mayat Fadhil sangat teruk.Dua biji matanya telah dicungkil keluar manakala kulitnya disiat sehingga nampak daging,tulang dan ususnya.Selain dari itu,mata dan mulutnya terjahit!Seperti biasa kematian pelajar,daging mesti diambil sedikit.Disebabkan ketakutan,mereka berdua lari ke bilik tidur mereka tetapi mereka tidak sampai kerana mereka berdua telah dibunuh dengan keadaan yang menyeramkan.Kumpulan pertama B
(Hafiz dan Syahir)
"Wehhh,aku rasa better kita balik ke bilik kut,"kata Syahir."Aku pun rasa camtu jugak lah,"balas Hafiz.Ketika mereka sudah masuk ke bilik mereka,terdapat nota yang terletak di atas katil mereka iaitu dengan perkataan "DIE".Syahir membuang kertas itu di tong sampah.Mereka melelapkan mata kerana ngantuk dan perasaan ketakutan.Tetapi....selepas 30 minit mereka melelapkan mata....mereka pun telah DIBUNUH!Syahir telah dilemaskan dalam air berdarah di dalam tab.Manakala Hafiz pula,digantung atas kipas.Sebilah parang tercucuk di bahagian dada Hafiz dan kedua-dua bahagian kakinya dan tangannya telah dikerat kepada 5 bahagian.Nampaknya semakin lama,semakin ramai mati!Semua ahli kumpulan pertama iaitu Fadhil,Zikrul,Irfan,Hafiz dan Syahir telah mati!!!(Kumpulan kedua)
Kematian semua ahli kumpulan pertama masih belum didengari lagi oleh ahli-ahli kumpulan kedua."Aku rasa baik kita pergi ke bilik CCTV.Boleh kita tengok apa yang berlaku semasa kematian dorang,"ajak Nabil.Mereka semua bergerak ke bilik CCTV untuk melihat perkara yang terjadi.Di bilik CCTV,
"Weh asal tak dapat bukak komputer nih?"tanya Fakhrullah dengan nada yang pelik."Aduhaiiii,yang kau tak bukak suis dah kenapa.Memang lah tak dapat bukak,"balas Luqman dengan nada yang marah.Mereka semua memerhatikan semua kematian semua kawan-kawan mereka."Weh asal ada benda kabur yang bunuh dorang nih?"tanya Ahmad.Mereka semua berasa pelik."Weh,cuba tengok bilik Ummar.Dia ada kat bilik tak semasa kematian Ismairil?"pinta Akmal."Dia ada kat bilik dia!"balas Nabil.Fikiran mereka menjadi runsing setelah mengetahui bahawa Ummar tidak bersalah."Aku dah rakam dah rakaman ni pakai telefon pintar aku ni,"kata Ahmad."Bagus,Ahmad.Kita ada bukti untuk buktikan Ummar tidak bersalah,"kata Nabil.Tiba-tiba,
Rakaman CCTV tertutup.Mereka semua berasa pelik dan ketakutan kerana tiada siapa yang menutupnya.Tiba-tiba,tertera tulisan darah di skrin komputer itu iaitu 'DIE'.Mereka semua mahu melarikan diri dari bilik itu tetapi pintu terkunci dan tidak dapat dibuka!Secara tiba-tiba,Ahmad dicampak ke atas dinding.Beberapa bilah pisau tertusuk di badan Ahmad.Nampaknya ini menunjukkan Ahmad sudah mati.Walaupun Ahmad sudah mati,dia masih sempat untuk menghantar video yang dirakamnya ke cikgunya.Ahli-ahli kumpulan berjaya melarikan diri ke bilik-bilik masing-masing.Tetapi semua ini masih belum berakhir!
-----------------------------------------------------------
Adakah mereka akan terselamat?Adakah Ummar yang tidak bersalah akan keluar dari lokap?Walaupun begitu,hantu itu tidak akan berhenti selagi semua pelajar dan guru tidak 'MATI'!
YOU ARE READING
Asrama Berhantu
HorrorNovel ini mengisahkan beberapa orang remaja yang menetap di asrama sering diganggu oleh sesuatu.Kejadian ini menjadi lebih serius apabila terdapat beberapa orang mati di asrama itu.Sekumpulan remaja ingin menyelesaikan masalah yang berlaku di asrama...