Syimir dari tadi hanya duduk ketakutan di biliknya sementara Ummar pula sedang melayari Internet menggunakan komputernya.
Kedengaran ketukan pintu "Tok,Tok,Tok,".Disebabkan ketakutan,Syimir berselindung di selimutnya tetapi orang yang datang ialah Ahmad dan Ismairil apabila pintu dibuka."Eh korang ke,kenapa tiba-tiba datang ke sini,"tanya Ummar."Alahhh,bosan lah.Saja datang lepak sini,"balas mereka berdua.
"Weh jom bersiar-siar,"ajak Syimir.Mereka mengangguk untuk menunjukkan tanda setuju mereka.Ketika mereka sedang bersiar-siar,Ismairil ingin pergi ke tandas sekejap sambil ditemani Ummar.
Tiba-tiba,
"WAAAAAAAAAAAAAAA!,"jerit Ismairil dan Ummar seperti sangat terkejut.Ahmad dan Syimir bergegas masuk ke tandas untuk melihat perkara yang berlaku.Mereka bertanya kepada Ismairil dan Ummar "Apa yang berlaku sampai korang berdua menjerit ni?"tanya Ahmad dan Syimir.
"Wehhh,ada mayat la!"balas Ismairil.
"Eh jap tu bukan ke.....NIYAZ!"jerit mereka berempat apabila melihat mayat kawan mereka di dalam tandas.Salah sorang dari mereka iaitu Ahmad pergi melaporkan perkara ini kepada guru-guru di asrama mereka manakala Syimir,Ummar dan Ismairil pula menunggu di luar.Secara tiba-tiba kedengaran bisikan di telinga Syimir "Kan aku dah kata aku akan bunuh kawan-kawan kau termasuk kau."Muka Syimir berubah menjadi pucat.Dia berasa ketakutan kerana setiap hari diganggu!
"Weh tadi ada bisikan kat telinga,dia kata dia akan bunuh kita semua!"kata Syimir.
"Tipu lah kau ni.Takkan lah,tak de sapa pun bisik kau tadi,"balas Ummar dan Ismairil.Syimir sudah mengetahuinya yang kawannya tidak percaya."Hmmmmmm,aku nak jalan-jalan sekejap lah,"kata Syimir.
Selepas 30 minit Syimir berjalan-jalan,
Kedengaran suasana yang hiruk-pikuk.Ramai orang menjerit "SYIMIR DAH MATI!!!".
Kawan-kawan Syimir berasa sangat bersedih.Dah lah Niyaz mati,sorang lagi kawan mereka mati.Yang paling sedih dengan kematian Syimir ialah Ummar rakan sebiliknya.
Di dalam hati Ummar "Aku rasa betul cakap Syimir tadi.Aku rasa macam ada hantu lak kat asrama.Ish aku ni fikir yang bukan-bukan lak.Dah lah aku akan tinggal sorang-sorang kat bilik nanti,".
Ismairil dari tadi berasa pelik dengan Ummar kerana ketika dia hanya menunggu di luar tandas,Ummar menghilang secara tiba-tiba selepas 10 minit Syimir pergi!Ismairil berasa Ummar yang membunuh Syimir tetapi macam mana dengan Niyaz pula?
-----------------------------------------------------------
Apakah masalah yang telah menimpa di asrama kalini kerana dua kematian dalam satu hari?Adakah sangkaan Ummar betul atau Ismairil yang betul tentang kematian Syimir?Tetapi macam mana pula dengan sebab kematian Niyaz!Kita masih tidak tahu sebab kematian mereka!
YOU ARE READING
Asrama Berhantu
HororNovel ini mengisahkan beberapa orang remaja yang menetap di asrama sering diganggu oleh sesuatu.Kejadian ini menjadi lebih serius apabila terdapat beberapa orang mati di asrama itu.Sekumpulan remaja ingin menyelesaikan masalah yang berlaku di asrama...