Bab 7:Tiada Siapa Akan Selamat!

118 8 1
                                    

Setiap hari di asrama,mesti ada pelajar yang akan dibunuh termasuk guru-guru.Mereka semua mati dengan pelbagai keadaan.Sehinggakan pelajar perempuan hampir kesemua terbunuh.Hanya seorang sahaja pelajar perempuan yang terselamat iaitu Zainina.Lelaki pula hanya dua orang sahaja iaitu Nabil dan Fakhrullah.Guru-guru juga semakin sikit.

"Hmmmmmmm,"Nabil sedang berfikir cara untuk menyelesaikan semua masalah ini."Aku rasa dah takda harapan..."keluh Fakhrullah.Mereka berdua dari tadi hanya duduk diam di bilik mereka."Weh korang bukalah pintu nih,"pinta Zainina."Kau nak apa?Kalau nak masuk tak boleh sebab nanti kitaorang kena tuduh macam-macam lak,"kata Fakhrullah.Zainina meminta mereka berdua berbual bersama dia di kedai mamak.Dia ingin memberitahu sesuatu kepada Nabil dan Fakhrullah.Nabil memulakan perbualan"Hah,cakaplah apa yang kau nak bagitahu,".Zainina seakan-akan lupa apa yang hendak diberitahunya."Bagilah tahu cepat!"gesa Fakhrullah."Aku terjumpa kertas yang tertulis perkataan "DIE".Perkataan itu ditulis dengan menggunakan darah!"jawab Zainina."Oh tu je ke,ingat apa lah tadi.Kitaorang pun dah pernah jumpa gak,"balas mereka berdua."Ohhhh,kalau camtu kenapa kertas ni ada kat aku?"soal Nina iaitu nama singkatan bagi Zainina."Itu tandanya benda tu akan bunuh kau jugak.Kitaorang tahu semasa kematian Ahmad kat bilik CCTV.Perkataan tu tetiba tertera kat skrin komputer,"balas Nabil.Zainina sedang memikirkan apa yang akan berlaku kepadanya.Melihat kawannya begitu,Nabil dan Fakhrullah bercadang untuk menemani dia.Tiba-tiba,mereka berasa diperhatikan.Mereka bercadang untuk pergi ke asrama semula.

Keesokan harinya,
Mayat Zainina dijumpai di biliknya.Badannya dirobek sehingga nampak jantungnya.Kedua-dua matanya tiada."Aduhaiii,Nina dah mati pulak.Aku rasa apa kata kita larikan diri dari asrama ni waktu malam ni,"ajak Nabil."Betul jugak cakap kau.Apa guna kita duduk kat asrama ni.Cikgu-cikgu,kawan-kawan pun dah takde,pengetua pun dah cuba larikan diri tapi mayat dia jumpa kat hutan,"balas Fakhrullah."Eh jap,kalau macam tuh berkemungkinan besar kita pun akan lalui perkara yang sama macam pengetua!"kata Nabil dengan penuh kerisauan.

(Pada waktu malam)
"Weh Nabil jomlah cepat.Lambatlah kau ni!"marah Fakhrullah.Setelah mereka keluar dari bilik,tiba-tiba mereka ternampak seseorang yang sama seperti Animal jumpa."Kau nak apa syaitan!Jangan ganggu kami!Kenapa kau bunuh semua orang kat sekolah ni?!"teriak Nabil."Sebab pembalasan dendam.Dulu aku dan kawan-kawan aku pun duduk kat asrama ni.Kami semua telah dibunuh dengan kejam kerana dituduh membunuh orang.Sebab tu lah kalau kauorang tengok kami ni lebih daripada seorang.Hahh,disebabkan itu aku ingin membunuh orang kat asrama ni!Dulu kami hanya dituduh,sekarang kami akan melakukannya betul-betul!"balas hantu itu.Nabil dan Fakhrullah membaca ayatul kursi.Secara tiba-tiba,hantu itu lenyap.Tiba-tiba,mereka ternampak dua orang tanpa kepala.Disebabkan ketakutan,mereka berlari tak ingat dunia sampai ke hutan.Secara tiba-tiba,Fakhrullah tergantung pada tali yang diikat pada dahan pokok.Ini akan menyebabkan orang ramai fikir Fakhrullah membunuh diri!Nabil yang buntu fikirannya apabila hanya dia seorang sahaja yang tinggal."Apa yang aku nak buat ni!"tanya Nabil di dalam fikirannya.Nabil berlari ke mana-mana sahaja.Dia berlari sampai ke jalan raya.Secara tiba-tiba,dia ternampak seseorang yang membawa kereta berjenama Nissan.Orang itu tanpa kepala!Kereta itu bergerak dengan laju lalu melanggar Nabil.Tiba-tiba,seorang perempuan yang membawa parang,memakai jubah yang penuh dengan darah dan kedua-dua matanya tertonjol keluar berlari lalu memotong kepala Nabil!
-----------------------------------------------------------
Setelah 2 bulan berlalu,asrama itu telah dirobohkan disebabkan banyak pembunuhan berlaku disebabkan hantu!Kini tempat itu menjadi tempat orang melakukan paranormal!

Asrama BerhantuWhere stories live. Discover now