"Hai guys." Sapa Meera pada rakan-rakannya yang sudah pun kelihatan di kerusi panjang yang terletak betul-betul berhadapan dengan fakultinya itu.
"Benda kau lambat sangat soal jawab dengan Miss Farah. Mengampu ler tu." Sindir Dalila.
Perempuan ni memang kaki bahan dan mulut puaka sikit. Bab-bab perli semua pass kat dia.
"Kurang ajar kau. Tak main la mengampu ni. Well, bukan tak main. Tak perlu pun rasanya. Tengok test la." Balas Meera tersengih. Sekali-sekala kena riak sikit dengan perempuan ni.
"Perghhh dia main markah test la weyhhh... Mentang-mentang second highest."
Meera hanya tersenyum simpul sahaja. Malas nak membalas lagi. Kang ada yang panas telinga pulak.
Ya, test 2 kali ni aku berjaya kalahkan Dalila dan geng-geng pandainya yang lain. Selalunya Dalila, Ikin dan Jo yang selalu peroleh markah tinggi di dalam kelas. Kira minah-minah hot la ni. 'Cantik plus pandai.' Bak kata Amir la. Konon. Menyampah pulak aku. Entah macam mana minah-minah puaka macam dorang ni otak geliga sangat aku pun tak tau. Puas hati aku akhirnya dapat jugak melepasi dorang walaupun masih lagi tak boleh kalahkan si Afif bijaksana tu. Erghhh otak apa entah dia pakai. Every quiz and test memang fullmarks memanjang. Sakit hati aku.
" Korang singgah cafe tak? Ke makan luar?" Soal Jo sambil melibas-libas selendang yang dipakainya. Selendang memang panjang entah berapa meter. Bahagian depan bukan main lilit tengkuk je tapi bahagian belakang panjang siap boleh mengibas muka orang yang lalu kat belakang. Rasa nak tarik-tarik terus je selendang dia tu biar semua nampak. Pakai tudung serupa tak pakai.
Untuk pengetahuan semua, aku memang ada bad sense dekat 3 ekor perempuan ni dari aku masuk kolej dulu sampai sekarang. Perangai memang aku tak berkenan langsung. Aku ni jenis yang tak ambil kisah pun hal orang ni sebenarnya. Tapi kalau spesis tiga ekor ni memang boleh spoil kan hari-hari aku. Serius aku cakap.
"Kitaorang makan luar hari ni." Jawab Chaa dan Hana serentak. Chaa dan Hana ini adalah antara buddies aku dari first day aku kat sini sampai sekarang. Kami bertiga bagaikan belangkas. Pergi ke mana sahaja mesti selalu bertiga.
"Hmmm orang ada kereta kan. Hari-hari la makan luar. Mana nak makan makanan cafe dah."
"Haah betul la tu. Tak kuasa la we all nak beratur panjang-panjang ni. Banyak lagi benda lain boleh buat." Tambah aku saja nak bagi sakit hati.
Jo dan Ikin hanya tergelak. Tapi, riak wajah Dalila aku dapat baca. Kelihatan menyampah sungguh dengan aku. Itu yang aku nak sebenarnya pun.
Dalila, Ikin, Jo, Chaa dan Hana merupakan classmates aku. Dalila, Ikin dan Jo duduk sebilik manakala aku, Hana dan Chaa menetap satu bilik. Tetapi, bilik kami bersebelahan sahaja. Disebabkan bilik bersebelahan, kami berenam agak rapat dan kebanyakan group assignment selalu bersama-sama. Tetapi rapat yang aku maksudkan adalah bagaikan pasangan kahwin yang menikah di atas kertas sahaja. Begitu jugaklah aku dan mereka. Kawan-kawan di sini hanyalah untuk memenuhi kehidupan aku sepanjang hidup di kolej sahaja (means tak ada la nanti dikatakan forever alone pulak kan). Nak lebih-lebih itu memang tak la. Perangai budak-budak sini lain macam sikit. Environment diploma dengan ijazah sangat lain. Kelompok kawan-kawan juga lain. Aku ingat aku dah cukup mengenali perangai manusia semasa diploma dulu, rupa-rupanya masih ada lagi jenis manusia pelik yang belum aku jumpa.
Di dalam kereta Meera....
" Kau nampak muka Dalila tadi? Annoyed giler dia dengan kau, Meera." Beritahu Hana pada aku.
"Ingat aku kisah? Lantak dia la. Bahan orang pandai, kena diri sendiri nak sakit hati apa hal pulak."
"Siapa? Dalila? Ahhh peduli lah dia tu. Dia memang tak boleh tengok orang lebih sikit. Aku kenal dia dari dip lagi. Memang macam tu lah perangai." Tambah Chaa. Dia memang satu tempat dengan Dalila daripada diploma lagi tetapi berlainan kelas.
"Kau tau semalam kan aku nak keluar lepak dengan Khai. Khai parking kat depan kolej tunggu aku. Sibuk si Dalila tu perli .... dating ke tuuu. Quiz esok perform la tu dah habis study. Benda seyh. Lantak aku la dah habis study ke apa. Perlu ke nak mention dah habis study ke esok nak kuiz. Bongok!" Luah Hana.
Aku dan Chaa dah tergelak-gelak dengar cerita Hana.
"Lepas tu dia boleh pulak snap gamba kereta Khai parking kat depan kolej lepas tu send kat Adam dengan ayat dia.... member kau buat apa malam-malam menyinggah kolej perempuan ni...suruh dia balik please. What the fuck... Kau rasa apa weyh? Menyibuk gila kan? Aku tak faham la. "
Kalau Hana tak faham, aku lagi tak faham. Mungkin dia rasa itu satu gurauan but, i don't think so. Benda macam tu tak perlu kot aku rasa. Perlu ke nak sibuk hal orang?
"Mana kau tau dia snap gamba send kat Adam? Adam bagitau kau ke?"
"Adam bagitau benda... dia send kat group budak-budak laki kelas la. Apalagi kena bahan la Khai dalam tu. Khai mengamuk habis semalam. Kitaorang dua keluar malam semalam pun dia moody je. Tadi kau tak dengar? Hamdi bahan dia dalam kelas. Kau tau je la Hamdi kan. Benda sikit nak besar-besarkan."
"Hamdi tu poyo je lebih. Tak ada kerja lain. Bahan nombor satu."
"Sakit hati aku weyh. Khai tak suka kot hal kitaorang heboh-heboh sekelas."
"Tak payah nak heboh dah Hana. Budak-budak kelas memang dah tau pun." Kata aku.
"Entah macam mana dorang tau." Jawab Hana memuncung. Haaa ni memang kes minta pelempang.
"Macam mana dorang tau benda.... setiap malam dating. Kalau kitaorang yang sebilik ni pun dah syak something happen, apalagi budak-budak laki Hana. Dorang lepak ramai-ramai kot sebilik. Tengok pulak Khai asyik hilang je lagilah."
Aku setuju dengan kata-kata Chaa. Agaklah kalau ye pun si Hana ni. Tiap malam pergi dating memang terang lagi bersuluh lah ada apa-apa. Ingat budak-budak kelas tu bodoh agaknya. Sekali pandang dah boleh agak dah. Walaupun Hana dan Khai try to make it private tapi, kami sekelas boleh baca kot. Bengap betul si Hana ni.

YOU ARE READING
KAD (Kenapa Aku Diuji)
General FictionMengisahkan kehidupan realiti seorang manusia yang mencari identiti diri.