BAB 4

5 0 0
                                        


Aku menghabiskan sisa roti yang sudah tinggal sedikit. Kaki pantas berjalan menuju ke fakulti yang lebih kurang beberapa tapak lagi di hadapan.

"Hoi Meera, slow la sikit. Boleh tercabut kaki aku macam ni." Chaa dah membebel di belakang.

Hana di sebelahku juga pantas berjalan sambil matanya tertancap pada telefon bimbit di tangan.

"Kelas kat mana wei?" Soalku pada Hana.

Walaupun sudah beberapa minggu, tetapi itulah soalan yang sering kali bermain di bibir kami setiap kali dalam perjalanan pergi ke kelas. Masalahnya benda lain boleh ingat, kelas yang setiap minggu pergi pun boleh dikatakan hari-hari lupa.

" BK 12."

Sampai sahaja di dalam kelas, beberapa orang rakan perempuan kami telah pun sampai dan mengambil tempat masing-masing. Kami bertiga macam biasa mengambil tempat paling belakang. Itulah port kitaorang bila masuk je kelas ni.

" Sir ada bagi apa-apa kerja ke hari tu?"

" I think no. Ke ada tapi aku lupa?"

" Mana ada sir bagi kerja." Tiba-tiba Ain di hadapan menyampuk.

" Thanks Ain." Balas Hana.

" Wei korang, after kelas jom lepak Kampar. Kelas petang ni cancel."

Aku terkejut. " Serius la kelas Madam Anisah cancel? Takde cakap apa-apa pun dalam group."

"Aku baru je nak masukkan dalam group ni haa... Baru tadi Madam mesej aku."

Tina, Jiha, Hanim dan Nad yang duduk berdekatan dengan kitaorang dah buat muka terkejut.

"Seriuslah wei kelas cancel???" Soal Hanim.

"Ye cancel. Confirm!"

Semua yang berada dalam kelas dah bising.

Yeahh typical students macam kami memang suka announcement kelas cancel ni. Memang ditunggu-tunggu.

"Apalagi Kampar jom!"

Kami sekelas dah bersorak.

Hahahahaha... Teruk betul perangai masing-masing.

Kelas bersurai

"So, macam mana? Petang ni jadi pergi Kampar?" Soal Hana pada aku.

Aku dah terdiam. Dalam kepala sama ada nak atau tidak. Dalam dilema. Aku berkira-kira jika petang ni tiada kelas mahu qada' tidur.Sudah berapa malam tidur lambat. Memang barai la cerita dia. Kejadian malam semalam juga masih bermain-main dalam fikiran aku. Pertama kali terjadi untuk semester ni. Aku tak cerita lagi pada Chaa dan Hana. Penakut sikit budak berdua tu.

"Entahlah wei. Aku macam nak. Tapi macam tak nak jugak"

"Hak alah kauuuu.... jom lah. Bila lagi nak lepak. Hari tu pun kau tak pergi."

"Entahlah...aku macam malas. Baik aku balik bilik tidur lagi bagus. Korang nak join je lah. Aku tak tau lagi. Entahlah. Check duit dulu tengok macam mana."

Bila bercakap soal duit, Hana dan Chaa akur. Semua hanya mengangguk sahaja.

Ketika kami bertiga menuju ke arah tempat parking pelajar,terserempak pula dengan Amirul and the gang juga menuju ke tempat yang sama.

"Hey guys!" Sapa Amirul yang tersangatlah peramah orangnya.

"Hey Amir." Balas aku.

Hamdi pandang aku semacam. "Yelah... Amir sorang je dekat sini kan...."

KAD (Kenapa Aku Diuji)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang