BAB 3

7 0 0
                                        


Setiap malam aku cuba untuk membuat nota pendek berkenaan dengan subjek yang aku belajar siang tadi. Walaupun mata dah mula kecil besar dan kepala otak aku pun dah melayang entah ke planet mana, tetapi aku tetap gagahkan juga menyalin kembali ayat-ayat ringkas yang aku sempat catat ketika di dalam kelas pagi tadi. Ayat-ayat ringkas itu aku huraikan lagi mengikut kefahaman aku dan nota berbentuk slides yang aku siap print itu cuba aku baca lagi untuk menambahkan pengetahuan. Aku akui tajuk ni agak mudah untuk faham, tetapi bila aku buka soalan past sem. Hmmm mula dari situlah aku rasa macam nak baling je. Berpusing kepala otak dibuatnya.

Chaa dah terbaring di atas katil dengan nota masih di tangan. Dia kata nak study sama-sama sebab nampak aku study. Kerap dia katakan bosan sebilik dengan aku sebab aku asyik study setiap malam. Tak nak layan dia berborak. Dia ingat kerja aku datang universiti ni nak borak dengan dia 24/7 agaknya. Hana macam biasa jika terdapat masa senggang memang dia tak akan lepaskannya begitu sahaja. Baginya masa itu adalah emas dan haruslah diberikan pada boyfriend tercinta. Itu satu lagi masalah. Tak sampai satu sem kenal dengan Khai dah sayang bagai nak mati aku tengok. Setiap malam asyik keluar. Adat lah kalau cuti tu nak keluar, aku okay lagi.... tapi esok kelas pukul 8 pagi kot. Sekarang jarum jam telah pun berganjak ke angka 11 masih lagi tak balik-balik. Memang kena tahan dengan pak guard la cerita dia.

Aku? Aku memang tak ada life. Walaupun kalau ikutkan aku antara pelajar yang bawa kereta. Dalam fikiran orang mesti panjang langkah lah ni. But, that sentence is not for me. Sepanjang aku bawa kereta kat universiti ni, aku hanya gunakan untuk beli barang kat luar, makan, lepaskan craving aku makan McDonald or KFC and lepaskan craving Hana dan Chaa untuk makan claypot kat luar. Selain daripada itu memang aku tak akan ke mana. Waktu-waktu aku banyak dihabiskan di dalam bilik buat assignment dan tidur. Kalau tak ada kerja nak buat, memang aku akan tukar kepada pakaian kelawar dan tidur. Sebab itulah Chaa kata boring sebilik dengan aku. Nak lepak dengan Hana dah berpunya pula. Hari-hari dating. Jadi dia pun stuck dengan aku kat bilik dan tidur. Hahahaha... kesian Chaa dapat member sebilik macam aku.

Nota-nota yang telah aku highlight dengan highlighter warna-warni itu aku tolak ke tepi. Laptop yang dari tadi aku biarkan dalam sleep mode, aku buka kembali dan menyemak pula assignment english yang Sir Ali beri beberapa hari lepas. Kerja itu telah pun siap cuma aku perlu menyemak kembali sahaja agar tiada typo. Part Chaa dan Hana telah pun aku combine sekali dalam microsoft word. Assignment kali ini kami group bertiga. Banyak benda yang perlu aku ubah kembali terutama sekali part Hana. Ayat tunggang-langgang dia memang tak agak-agak. Sakit mata aku tengok. Tapi sikit sahaja la yang tak make sense manakala selebihnya okay. Itupun selepas beberapa hari yang lepas aku dah puas membebel suruh dia buat research berkenaan dengan part dia itu. Kalau tak dibebel memang ke laut jadinya. Buat kerja asalkan jadi. Sudahlah markah nanti sama satu group. Tak nak aku dapat markah rendah. Effect dekat carry mark kot nanti. Part Chaa boleh tahan sesuai. Ayat dia pun high level sampai aku pun tak faham.

Mata aku sudah kecik besar sahaja melihat ayat yang berjela-jela ni. Bila-bila masa je boleh tertutup.Selepas yakin tiada kesalahan, aku menekan butang print. Kertas yang telah siap di print daripada printer yang aku bawa dari rumah, kemudian aku stapler dan masukkan di dalam fail sedia untuk diberikan pada sir hari esok. Selesai sahaja aku kemaskan buku-buku dan ingin mula menggosok baju untuk esok... pintu bilik dibuka dari luar.

Kelibat Hana muncul di muka pintu bilik. Aku hanya menjeling sekilas dan kembali menggosok baju. Mata sudah tidak boleh buka lagi. Aku menggosok tanpa memandang ke arah Hana yang sudah masuk ke bilik. Senyap sahaja dia tanpa berkata apa-apa. Aku langsung tidak memandang ke arahnya kerana dalam hati mahu cepat habiskan menggosok dan selepas itu terus tidur.

Usai menggosok baju, aku terus mencapai baldi kecil yang berisi berus gigi, pencuci muka dan sabun mandi ke bilik air. Selesai melepaskan hajat, memberus gigi dan mencuci muka, aku membelek-belek muka di hadapan cermin. Kelihatan jerawat-jerawat baru muncul di atas dahi. Aku benci betul. Sedang leka membelek, derapan kaki memasuki bilik air. Hana dengan blouse hitam dan jeans terkocoh-kocoh memasuki salah satu tandas membelakangkan ku. Shawl biru gelap masih tersarung di kepalanya.

'Dari tadi dia di dalam bilik, tak menyempat nak bukak tudung dan salin pakaian ke apa perempuan ni.' Kataku di dalam hati

"Kau dah kenapa Hana? Kau makan apa haa tadi? Beria betul."

"Tadi Khai bawak aku makan kedai Pak Samad yang pedas tu. Kurang ajar betul."

Aku hanya tergelak. Hana memang tak boleh makan pedas.

Aku tinggalkan Hana keseorangan di dalam tandas, aku terus memasuki bilik.

Ketika aku bersiap-siap untuk tidur, Hana sudah pun berada di muka pintu.

"Perghhh penat gila."

Aku hanya melihat keletah Hana yang sudahpun terbaring di atas katil dengan tudung tak dibuka lagi.

"Bukak la shawl tu dulu. Tadi kau dalam bilik punya lama sampai aku dah habis gosok baju, tak menyempat nak bukak tudung. Aku ingat kau ada problem dengan Khai. Masuk-masuk je bilik senyap sunyi. Apsal? Khai buat hal lagi ke?"

Hana pandang aku.

Pelik.

"Gosok baju? Balik bilik apanya? Aku baru sampai la. Tadi kau tau pak guard tahan kitaorang lepas tu soal macam-macam kat depan tu. Erghh benci la aku. Lambat sikit je pun. Kitaorang baru first time kot. Lepas kan je la.....bla bla bla..."

Aku dah tak boleh fokus apa yang Hana bicarakan.

"Eh sat sat. Kau baru sampai?"

"Iyeeeeeee.... Aku sampai je kolej dah start rasa senak perut. Tu yang berlari aku pergi tandas. Kurang ajar si Khai. Dah tau aku tak boleh makan pedas."

Okay.

This is weird.

Aku terdiam.

Hana sudah membebel-bebel di hadapan aku.

Bebelan Hana bagaikan masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Badan aku sudah terasa sejuk.


KAD (Kenapa Aku Diuji)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang