*masih kat Planet Sparkle*
"Ceh!! Ingat aku tak berani jalan sorang² ke?!" Bebel Fang geram. Nak je dia nak hempuk kepala batu Boboiboy namun hajatnya tetap tak kesampaian akibat asyik lupa. Fang menendang ketulan² berlian disisi jalan sebelum salah satunya terkena sesuatu. "Eh??" Fang terkedu melihat apa yang baru terkena akibat sepakannya. Boboiboy sampai di sebuah istana yang sangat besar. Di kiri dan kanan istana itu dipenuhi oleh permata² yang sangat cantik berkilau. Pintu gerbangnya pula mempunyai ukiran² yang susah untuk difahami. "Ohh.. Baru aku faham kenapa planet ni namanya Sparkle. Semua bende berkilau." puji Boboiboy sendirian. "Siapakah gerangan tuan muda untuk datang ke Istana Cahaya ini?" satu suara yang bergema datang dari langit. Boboiboy mendongak keatas dan mulutnya terbuka luas tatkala melihat seekor rama² kristal berterbangan diudara.(Tetiba ada ayat ala² zaman dulu² 😂😂). Rama² itu mendarat dihadapan Boboiboy yang masih termangu. Seorang gadis yang sangat cantik turun dari situ. Rambutnya yang lurus hingga ke pinggang ditambah lagi dengan aksesori rambut yang simple membuatkan Boboiboy terkedu. "Sape pula dia nie?" bisik Boboiboy hairan. "Siapakah gerangan anak muda ini? Apakah urusan anak muda untuk kesini?" soalan demi soalan keluar dari bibir mugil gadis itu. " Nama saya Boboiboy. Saya datang sini nak cari Power Sphera." Boboiboy menjawab dengan jujur. Gadis itu tersenyum manis lalu menepuk tangannya tiga kali secara perlahan. Pintu gerbang automatik dan pengawal nyang mengawal pintu istana membuka pintu istana. Mereka berjalan menuju kedalam istana dan.... "Puteri Lazuli!! Risau patik tatkala melihat tuan puteri menaiki Rerama Kristal itu!! Ayahanda sudah naik murka!!" Seorang dayang berbaju putih datang meluru mendapatkan si tuan puteri. "Jangan risau wahai dayang Caca. Patik tahu menjaga diri patik. Tolong pelawa anak muda ini untuk masuk kedalam." suruh si tuan puteri. Dayang tersebut menjemput Boboiboy masuk. Mulut Boboiboy terbuka luas saat melihat ruangan istana yang sangat besar. Seorang wanita yang agak berumur datang. "Siapa kah anak muda ini?" tanya si wanita. Boboiboy meneka wanita itu merupakan permaisuri dengan melihat mahkota yang dipakai. "Anak muda ini namanya Boboiboy. Dia datang kemari untuk mencari sesuatu yang anakanda sendiri tidak tahu. Kita boleh tanya kepada Faira." kata Puteri Lazuli. Permasuri itu menggangguk lalu membawa mereka ke suatu tempat. "Suruh Faira datang kemari." titah permaisuri. Dayang caca bergerak ke suatu tempat yang agak tersorok. Tiba² datang seorang gadis yang membuatkan hati Boboiboy digeletek kuat.
-Jalan Berlian-
Fang terkedu dengan apa yang baru disaksikannya. Seorang pemuda yang terkena akibat berlian yang ditendangnya tadi menoleh dan mendekatkan mukanya kearah Fang. Tak semena mena pemuda tadi menarik tangan Fang menuju ke istana yang tersergam indah. "Puteri!! Patik dah jumpa orang yang tuan puteri maksudkan!!" jerit si pemuda. Fang kebingungan. Seorang gadis keluar dari bilik dan terus menuju jearah Fang. "Hm.... Beta setuju dengan tuan hamba namun.. Ramalan yang beta dapat ialah 'seorang gadis berkacamata pelik datang dengan pakaian pelik akan menjelma untuk menemani tuan puteri." tutur gadis itu. "Eh?! Saya lelaki lah!!" kata Fang cemas. "Patik rasa, orang inilah yang diramalkan namun gayanya sahaja seperti lelaki. Ayuh tuan puteri. Patik harus mendandan cantik sigadis manis ini!" ( The heck?! Nooooooo!!! 😭😭😭)pemuda tadi menyentuh dagu Fang namun sepantas kilat Fang mengeluarkan Harimau bayangnya. "Harimau bayang!!" seru Fang lalu dia menunggang Harimaunya untuk mencari jalan keluar namun tiada. Sesuatu memukul belakang tengkuknya sebelum dia pengsan. Fang tersedar apabila dia berada di sebuah bilik yang sangat cantik. Dia terkejut melihat dirinya sedang memakai dress biru. Dia melihat pergelangan tangannya dan jam tangan kuasanya hilang entah kemana. Puteri Lazuli masuk dengan senyuman yang sangat lebar. "Ka..kau siapa?!" tanya Fang cemas. "Patik Puteri Lazuli. Sekarang hamba ialah ahli sihir patik." ujar Puteri Lazuli. "Eikk?" Fang garu kepala. "Jom. Patik nak kenalkan seseorang kepada Faira." ajak si tuan puteri sebelum ghaib disebalik pintu. Mulut Fang ternganga luas.
Mulut Fang ternganga lagi luas bila terlihat Boboiboy berada di taman dalam istana. Namun, Boboiboy kelihatan tidak perasan akan dirinya. "Ini Faira. Ahli sihir beta. Anak muda boleh bertanya kepadanya." puteri Lazuli tersenyum manis. Boboiboy cuma tersengih laku menggaru topi dinosournya. Mereka semua meninggalkan Fang dan Boboiboy sendirian di taman itu. Tak semena mena Boboiboy ketawa. "Hahahahahahahahahahaha!!" Boboiboy ketawa berguling² atas rumput. Merah muka Fang dibuatnya. "Ingat aku suka sangat ke pakai camnie?! A.. Aku kene paksa lah!!" bentak Fang malu. Ketawa Boboiboy semakin kuat. 10minit lepas tu barulah Boboiboy berhenti ketawa. Itu pun dia tetap nak gelak lagi bila dia melihat Fang memakai dress hingga ke lutut. Fang segera memukul kepala Boboiboy hingga berasap. "Okay, okay. Maaf Faira.. Bukan!! Fang.. Hmphhffgg!!!"Boboiboy menahan ketawanya dengan sekuat hati. Tiba² sebuah teleporter dibuka dan Ochobot keluar. Fang segera bersembunyi dibelakang Boboiboy. "Boboiboy. Komender kata korang perlu balik kat kapal angkasa sekarang juga. Laksamana Tarung nak jumpa." kata Ochobot. "Hmmpphhggff.. O.. Okay Ochobot.. Hmphhhggff!! Jo.. Jom Fang!! Ahahahahaha!!" ketawa Boboiboy meletus disitu. "Aku takde jam kuasa aku lah!!" kata Fang geram. Bajunya pun dah hilang entah kemana. Ochobot yang terlihat Fang memakai dress terus ketawa geli hati. "Haa.. Gelak lah. Gelaklah sepuas hati korang!" kata Fang geram. "Takpe Fang.. Pfff!! Bi..biar... Pff!! Aku cari jam kuasa. Pff!! Kau tu.. Hihihi"Kata Boboiboy sambil menahan ketawanya. Fang semakin geram dengan kelakuan Boboiboy.
To be continue ✌✌😍😍
Woahh!! Panjang pula chapter kali nie 😪😪. Author jadi excited sangat nak buat chap nie sbb Fang jadi girl!! 😂😂
Author akan cari jalan camne nak end citer pasal Planet Sparkle ni. Susah giler!! And sorry kalau ada yang rasa geli geleman lepas baca part si Fang jadi Girl. Sorry sangat 💦. Author akan cuba untuk tidak masukkan element camtu lagi.( kalaulah 😂😂😂😁)
Okay, readers!! Please vote 🌟🌟 and Comment 👇👇.
Pounsikou no dokoyu, kio~Please wait for the next chapter!! 😃😃
![](https://img.wattpad.com/cover/123136423-288-k516879.jpg)
YOU ARE READING
FRIEND OR RIVAL [✓]
Fanfiction" Kau ingat kau hebat sangat ke? Aku lagi hebat dari kau sebab kuasa aku lagi hebat dari kuasa kau! " *buat muka angkuh* - Fang " Ye lah tu. " *muka selamba* - Boboiboy " Eeeeeeeee!! OI!! Orang tengah bercakap nie dengar lah dulu!! Tak guna!! " - Fa...