Ujian Maut

689 31 1
                                    

***3 tahun yang lalu***

Fang balik ke rumah dengan baju compang-camping. Kaca matanya dah retak dan beg sandangnya dah putus. Dia mengetuk pintu rumah dan kelihatan Lahap membuka pintu rumah.

"Eh? Kenapa dengan kau ni? Balik rumah dengan baju camtu?"tanya Lahap pelik.

Fang diam sambil memberi jelingan setajam pedang halilintar. Fang berjalan menuju kearah biliknya. Dia berselisih dengan Kapten Kaizo yang baru keluar dari bilik. "Pang, abang ada nak-...?" Kapten Kaizo melihat Fang hanya diam tanpa membalas mahupun berhenti. Kapten Kaizo diam sambil melihat Fang menutup daun pintu biliknya. Kapten Kaizo kemudiannya menyuruh Lahap kembali ke Kapal mereka untuk memeriksa sesuatu.

Fang menghempaskan begnya ke lantai dan melihat kaca matanya yang retak di hadapan meja belajar. Dia kemudiannya berdecit geram dan menumbuk dinding bilik.

"Arrghhh!! Tak guna kau, Boboiboy!!" Fang menumbuk dinding bertubi² sehingga retak dinding biliknya.

Kapten Kaizo yang baru nak masuk bilik Fang terkejut terdengar bunyi dentuman bertubi². Tanpa teragak², Kapten Kaizo menggunakan pedang tenaganya untuk membelah pintu bilik Fang dan meluru masuk. Lega hatinya bila melihat Fang diam sambil merenung kearahnya dengan tangan melekat di dinding.

"Apa yang kau buat ni, hah?!"marah Kapten Kaizo. Dia melihat keadaan sekeliling. Sangat berselerak dengan buku² bertaburan dan kerusi yang tunggang terbalik. Fang hanya menjeling dan mula berjalan keluar untuk ke ruang tamu namun dengan pantas Kapten Kaizo menghalangnya dengan menghunuskan pedang tenaga.

"Duduk atas katil, sekarang." arah Kapten Kaizo dingin.

Fang mendengus geram lalu duduk di atas katilnya namun membelakangi Kapten Kaizo. Kapten Kaizo mendekati Fang lalu menolak Fang ke atas katil dengan kuat.

"Ack!! Ab.. Abang!! Ape yang... ?!"Fang terkejut dengan tindakan drastik Kapten Kaizo.

Kapten Kaizo kemudiannya menarik kasar rambut Fang hingga Fang terdongak sedikit. Berkerut dahi Fang menahan sakit.

"Macam ni ke adik abang? Kalah dengan manusia?" Tanya Kapten Kaizo sinis.

"Ma.. Macam mana..?!" Fang terkaku.

Kapten Kaizo tersengih jahat sambil menampar pipi Fang. Kuat. Rambut Fang dilepaskan. Kapten Kaizo menarik kolar baju Fang dan merapatkan mukanya kearah muka Fang.

"Kau dah malukan aku dengan kekalahan kau. Aku dah bagi banyak peluang tapi.. Ini yang aku dapat?!"Fang ditolak kasar hingga terbaring atas katil.

Kapten Kaizo berdiri sambil memandang Fang. Fang bangun lalu berdiri di hadapan Kapten Kaizo yang sedang memandangnya dengan serius.

"Aku dah decide. Lepas ni kau perlu jalani ujian maut. Aku dah call ayah untuk minta kebenaran tentang hal ni. Esok, hantar surat berhenti sekolah." Kapten Kaizo memandang muka Fang yang seolah² terkejut.

Ujian maut merupakan ujian kelas-S dimana para ahli akan di uji dengan pertarungan yang sebenar. Bukan hologram dan tanpa menggunakan sebarang kuasa. Ujian akan tetap dijalankan walaupun ahli hampir² kehilangan nyawa. Barang siapa yang akan mati semasa ujian maut dijalankan, ahli keluarga akan di buang dari planet.

Kapten Kaizo keluar dari bilik Fang. Dia berhenti lalu menoleh belakang. Memandang Fang.

"Dan lepas ni, kau bukan adik aku dan jangan sesekali panggil aku abang lagi. Aku takde adik yang pengecut macam kau."

Fang terkaku. Matanya mengeluarkan air mata yang ditahannya tadi. Hanya satu benda yang berada di mindanya iaitu, Boboiboy.

***** Ujian Maut*****

"Tinggal 10 minit sahaja lagi!! Adakah Pang akan berjaya mengalahka Mighty?!" suara host perlawanan bergema di stadium. Suara² bangsa alien juga gamat dengan sorakan.

"Urhhgg..." Fang berusaha untuk bangun. Kaki nya dah patah. Mighty pula tiada sebarang luka dibadannya.

Kapten Kaizo memerhati dari jauh. Dia berpeluk tubuh sambil memerhati Fang berusaha untuk bangun. Jelas kelihatan Mighty menyerang Fang dan Fang segera bergolek ke kiri dan menarik tangan Mighty lalu menghumbannya ke dinding. Mighty bangun lalu menendang Fang hingga terpelanting jauh.

"Lima minit sahaja lagi! Ahli kini dibenarkan menggunakan kuasa masing²!" Fang terkejut. Dia tak tahu yang dorang boleh guna kuasa.

Mighty tersenyum sinis. Sebuah pusaran berada di tangannya sebelum menghelakan tumbukan ke arah Fang. Fang menutup matanya dan menanti. Menanti tumbukan tersebut mengenainya namun tiada. Hanya bunyi sorakan yang kedengaran. Fang membuka matanya dan terkejut melihat Kapten Kaizo menghunuskan pedang tenaganya ke arah badan sasa Mighty. Tangan Mighty pula berada di perut Kapten Kaizo. Kedua² mereka kemudiannya terjatuh menyembam lantai stadium.

"ABANG?!?!" Fang segera bangun namun kecederaan yang dialaminya membuatkan dia tersandung kembali. Dia mengesot menghampiri Kapten Kaizo dan menyentuh luka besar di perut Kapten Kaizo.

"Jangan panggil aku abang. Aku bukan abang kau lagi. Kau kecewakan aku." Kapten Kaizo bangun dengan penuh susah payah dan bergerak keluar sambil ditemani Lahap.

Fang menangis disitu juga sambil memanggil nama abangnya. Kapten Kaizo hanya membiarkannya lalu berjalan pergi. Serba salah Lahap dibuatnya. Lahap terpaksa meninggalkan Fang dan berjalan menemani Kapten Kaizo.

"ABANGGGGGGGG!!!!!"

**********

Fang terbangun dari mimpi buruknya. Dia mengurut dadanya dan mengelap peluh yang membasahi dahinya. Dia yang sedang tidur di atas pokok berdiri dan memerhati sekeliling.

"Dah tengah hari rupanya." Fang melompat turun dari pokok dan hampir² terpijak kaki seseorang di bawah pokok yang ditiduri nya tadi. Fang berdecit. Kelihatan Boboiboy sedang tidur lena di bawah pokok sambil memengang seplastik kuih donut lobak merah.

"Huh. Nak pujuk lah tu." kata Fang sebelum berjalan pergi ke arah taman. Tak sampai 5 langkah, dia pusing balik dan ambil kuih donut lobak merah dari tangan Boboiboy.

To Be Continue~

Hai, minna! Thanks for reading this book!
Feel free to vote and comment~
Bai bai~

FRIEND OR RIVAL [✓]Where stories live. Discover now