Bertanding sambil gaduh

624 24 1
                                    

Bilik kebal TAPOPS

"Korang tau kenapa aku panggil korang sini?" tanya Laksamana Tarung sambil menjengilkan matanya. "Sebab budak kadet ni, Laksamana." jawab Fang sambil tersenyum sinis. "Apa kau cakap?!" Boboiboy mula panas. Sepanas cerek yang tengah panas kat dapur author. "Eleh.. Tak dengar ke apa yang aku cakap? Dasar budak kadet." sindir Fang lagi. "Kau ni memang....!!" saat Boboiboy mula mengaktifkan Kuasa Apinya, Laksamana Tarung menendang Boboiboy dan Fang ke ruangan teleporter yang telah dibuka oleh Ochobot awal² lagi. "Aduhh!!" Boboiboy mengerang kesakitan akibat ditendang kat pinggul. Sakit wooo. Fang segera bangun dan mengaktifkan jamnya untuk berkomunikasi dengan Stesen Tapops. "Laksamana, kenapa tendang kami berdua kat sini? Ada apa² ke?" pertanyaan Fang disambut garang oleh Laksamana Tarung. "Hah!! Kamu berdua suka sangat bergaduh kan?! Ochobot dah hantar korang berdua kat planet Metropolition Cyber 360°. Kat situ, kuasa korang tidak dapat digunakan kecuali guna tenaga manusia sendiri. Dan, cari Power Sphera Mordern yang boleh menukarkan alatan menjadi alat canggih. Sebelum kamu memulakan misi, kamu perlu bermalam di situ untuk tiga hari." Laksamana Tarung terus menutup hologramnya. Boboiboy cepat² menekan kembali jam kuasa. "Laksamana!! Macam mana kami nak cari Power Sphera kalau tak boleh guna kuasa?" Boboiboy bertanya. "Ahh, sudah! Itupun tak boleh harap! Fikir sendiri lah!!" Laksamana Tarung menutup kembali hologramnya. "Pula..." Boboiboy menjeling Fang yang sedang memerhati keadaan sekeliling. "Huh! Kalau bukan sebab kau yang mulakan, aku dah lama kat Stesen Tapops dengan Ochobot." gumam Boboiboy sambil membersihkan habuk di bajunya. "Ehh.. Sape yang mulakan dulu? Aku ke kau? Dasar memori pendek. Sama pendek dengan kependekan kau." sindir Fang. "Eee!! Apa yang kau nak hah?! Apa salah aku?! Cakaplah!!!" bentak Boboiboy geram. Nak je dia sumbat mulut puaka Fang dengan bebola api. "Dah. Aku malas nak layan budak kelas bawahan macam kau. Jom. Kita perlu ca-" "Taknak! Aku taknak satu team dengan kau! Pergi ahh!!" Boboiboy memintas ayat Fang dan berlalu pergi. "Fine." Fang bergerak menuju kearah sebuah monumen sementara Boboiboy menuju kearah kedai minuman.

Kapal Angkasa Tapops

"Tak boleh jadi ni, Laksamana. Boboiboy dan Fang dah bermusuhan." kata Yaya sambil meneliti skrin dihadapannya. Mereka sebenarnya sedang memerhati Boboiboy dan Fang menerusi HidCam berbentuk pepatung yang akan terus mengikuti setiap tingkah laku mereka. "Hm... Takpe. Aku tau apa nak buat." Laksamana Tarung tersenyum jahat. "Haiyoo. Kenapa Fang macam jahat saja? Asyik² Boboiboy saja kena sindir. Fang ni memang jahat ahh?" tanya Ying. "Isk, kau ni Ying. Kau dah lupa, dulu dorang dua pernah gaduh kuasa siapa lagi kuat. Lepas Fang kalah, Fang anggap Boboiboy bukan kawan dia dah. Seminggu kot Boboiboy tidur tak tenang, makan pun separuh pinggan je.. Haih.. Bila lah dorang ni nak berbaik." keluh Gopal. "Eh, ye ke Gopal? Aku tengok, elok je dorang pergi misi kat Planet Sparkle tu?" kata Yaya. "Ya lo.. Tadi masa kita lawan kucing kat Planet Gamerz, bagus saja?" sokong Ying. "Hish, korang ni. Nama je Lanskoprel tapi tak peka lansung. Kita tengok esok. Kalau dorang jumpa, kompom gaduh balik." kata Gopal.

Esoknya..

"Eeeehh! Fang! Apesal dengan kau ni!! Aku yang jumpa dulu Power Sphera ni!!" Boboiboy merampas kembali power shpera berwarna kelabu dari tangan Fang. "Oi!! Bagi balik!! Aku yang jumpa dulu!!"Fang berusaha merebut kembali namun gagal. "Eee!! Tak guna kau!!! Hiyarggghh!!" Boboiboy menolak Fang kuat hingga Fang terbaring kat atas lantai. "Ish!! Berani kau!!" Fang bangun kembali lalu menekan badan Boboiboy ke dinding bangunan. "Jangan ingat sebab kau pernah kalahkan aku 3 tahun dulu kau dah kuat. Memang silap besar, Boboiboy." bisik Fang separuh geram + psycho mode. "Kau.. Memang dah melampau!!" Boboiboy menggunakan tenaga sepenuhnya untuk menolak kembali namun badannya yang masih pendek dan fizikalnya menyukarkan ia untuk melawan kembali. Fang tersengih. Dengan hanya satu tangan, dia menekan sekuat²nya Boboiboy ke dinding bangunan. "Ack!!" Boboiboy terbatuk. Tangan tegap Fang mencekik lehernya dan di sandar ke dinding bangunan. "Ak.. Aku.. Fang...." Boboiboy berusaha untuk bercakap namun gagal. Nafasnya disekat. Air liur dah terkeluar² dari mulut Boboiboy. Power Sphera Mordern pula dah terjatuh entah ke mana. "Aku.. Takkan biarkan .. Kau ... Lagi hebat dari aku!!" jerit Fang histeria. Cengkaman diperkuatkan. "Akk!! Arghhh!!" Boboiboy menendang kuat perut Fang. "Kau nak bunuh aku ke Fang?! Kita kawan!!" Boboiboy cuba menyedarkan Fang. "Huh? Aku? Kawan dengan kau?! Hahahahaha!!" Fang ketawa geli hati. Boboiboy mengambil kesempatan dengan menendang perut Fang hingga Fang terjatuh. "Sedar lah sikit! " Boboiboy mula meradang. "Kau....!!" Fang bangun dan mula menyerang Boboiboy namun Boboiboy mengelak dan menepis tumbukan Fang. Fang tertumbuk angin menyebabkan dia hampir jatuh ke air pancut namun Boboiboy pantas memeluk Fang dari belakang. "Sedarlah!! Kenapa dengan kau ni?! Aku dengan kau kawan tau tak?! Jangan nak ego sangat!!" Boboiboy mula memperkemaskan pelukannya. Fang meronta kuat. Dia kemudian terasa basah di belakangnya. Boboiboy yang melekapkan mukanya ke belakang Fang menangis. "Kau.. Kau ingat aku nak sangat ke macam ni? Dah lama tau aku nak kita jadi geng balik? Lepas apa yang berlaku masa kita darjah dulu tu, aku rasa menyesal sangat. Menyesal sangat. Kau ingat.. Aku tak tahu ke kenapa kau tak pernah balik kat bumi lagi? Sebab Kapten Kaizo taknak mengaku kau adik dia lepas kau kalah dengan aku and kau terpaksa melalui ujian maut yang bangsa alien kau tubuhkan. Aku.. Aku tau tu semua tapi.. "Percakapan Boboiboy terhenti bila Fang membuka perlahan pelukkannya dan berjalan menuju ke arah hutan. "Fang.." Panggil Boboiboy perlahan. Fang berhenti sambil memandang Boboiboy. "Walau apapun yang kau nak buat, itu takkan menjadikan kita kawan." Fang berlalu pergi. Meninggalkan Boboiboy sendirian.

Stesen Angkasa TAPOPS

Suasana di kapal angkasa sunyi. Masing² taknak mulakan percakapan. "Err.. Jadi.. Siapa yang menang? Boboiboy atau Fang?" tanya Gopal memecahkan kesunyian.

To Be Continue

Yeay! Baru dapat publish!!
BTW, feel free to read~
Bai bai~

FRIEND OR RIVAL [✓]Where stories live. Discover now