Sejak Daniel pulang ke mansion ini saya tak pernah nampak dia senyum.. walaupun sekali. Saya tahu banyak sejarah hitam yang menghantui dia , saya takut Daniel tak akan gembira lagi. Jadi tolong kembalikan senyuman dia..
Kata-kata Mak Cik Sofia masih lagi bermain-main di telinga Irene. 'Aku sebagai kawan baik , akan tolong Daniel !'
"Daniel !!" Jerit Irene sambil berlari ke arah Daniel.
Daniel pandang sekilas ke arah Irene sebelum meneruskan langkahnya.
"Daniel , awak abaikan saya ke ?" Soal Irene kecewa.
Daniel menghentikan langkah, "Irene tolong tinggalkan saya sendirian"
"Tapi-" kata-kata Irene terhenti apabila kelibat Daniel hilang dari pandangannya.
"Cik muda Irene, maaf kan Tuan Muda" kata butler peribadi Daniel apabila melihat tindakan kurang sopan Daniel itu.
Irene mengesat air matanya , "hmm tak apa.. saya balik dulu"
"Baiklah , cik muda" kata butler Daniel sambil tunduk tanda hormat ke arah Irene.
Irene meninggalkan mansion itu dengan rasa penuh kecewa.
Knock knock !!
"Tuan muda , nampaknya Cik Muda Irene sudah pulang" kata Butler itu .
"Cloud , buat sementara waktu ni jangan bagi siapa-siapa datang rumah termasuk Irene. Kecuali aunty Sofia" arah Daniel.
"Baik Tuan Muda. Saya minta diri dulu" kata Cloud sebelum melangkah keluar bilik Daniel.
"Apa aku nak buat dengan Daniel ni. Susah sangat nak ceriakan dia tu. Kalau kecik tak apa juga ni dah besar panjang.Buat bazir air mata je tadi, tapi tak berkesan langsung" omel Irene seorang diri ketika berjalan pulang ke rumahnya.
"Kau marah siapa Irene ?"
"Ahhhh !!!"
Berdegup kencang jantung Irene seperti baru lepas lari marathon apabila seseorang yang entah dari mana tiba-tiba muncul menegurnya.
"Hahaha"
"Ray !! Ish kau ni kan .. nasib baik aku tak ada heart attack kalau tak dekat sini juga aku mati"
"Sorry la .. Dari jauh aku tengok mulut tu tak reti nak tutup ada saja benda dicakapkan" kata Ray yang merupakan rakan sekelas Irene.
"Kau dari mana ?" Soal Irene.
"Dari ..... hurm mana ya ?" Ray meletakkan jari telunjuknya pada dagu seperti sedang memikirkan sesuatu.
"Ray... kau ni tak pernah nak serious bila jawab soalan" Irene berjalan pantas meninggalkan Ray dibelakang.
"Oi tunggu lah..gurau je.. aku dari rumah Kai" Ray berlari mendekati Irene.
"Itu mesti main video game" teka Irene.
"Wow bijak" Ray mencubit pipi kanan Irene sebelum berlari menjauhi Irene,
"Bye jumpa esok"
"Ya !" Irene menggosok pipi kanannya yang terasa sakit.
"Tak guna Ray ni !" Gumam Irene.
Keesokkannya ,
"Cloud , siapkan uniform sekolah aku" arah Daniel.
YOU ARE READING
Save Me !
RandomDaniel yang baru sahaja pulang dari Canada setelah 11 tahun menetap di negara itu tidak lagi mudah tersenyum seperti yang biasa dia lakukan ketika kecil. Sejarah hitam menghantui dirinya sehingga membuatkan Daniel sedemikian. Irene merupakan rakan D...